SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Ogos 28, 2009

KELAS EKONOMI

Pn. Halezza mengadakan kelas bimbingan Mata Pelajaran Ekonomi tingkatan 4.

Khamis, Ogos 27, 2009

PEPERIKSAAN PTK HARI KE-3

Peperiksaan PTK Hari Ke-3 berjalan seperti biasa di Dewan Wawasan SMKSC.

Rabu, Ogos 26, 2009

PEPERIKSAAN PTK 2009

Peperiksaan PTK Hari Ke-2 telah diadakan di Dewan Wawasan SEMESCO.

Selasa, Ogos 25, 2009

PEPERIKSAAN PTK

Peperiksaan PTK Ogos 2009 dijalankan di Dewan Wawasan SMKSC.

Jumaat, Ogos 21, 2009

SELAMAT BERCUTI


SELAMAT BERCUTI

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

CYBERKIDS KOMUNITI 2

Ahli Kelab Cyberkids telah menganjurkan Kursus PhotoScape dan Audacity kepada pelajar tingkatan 1Amanah. Kursus diadakan di Makmal Komputer 2, bermula jam 3.55petang hingga 6.15petang. Terima kasih kepada Ahli Cyberkids yang terlibat menjayakan kursus ini.

TAYANGAN FILEM PATRIOTIK

Tayangan filem EMBUN dan BUKIT KEPONG telah diadakan di Bilik Tayangan Pusat Sumber Sekolah kepada pelajar Sesi Petang

Selasa, Ogos 18, 2009

PELANCARAN PROJEK PERNIAGAAN


Pelajar Tingkatan 6 Bawah bersama dengan Guru Cemerlang Pengajian Perniagaan Pn Punitha dan Pengetua bergambar selepas Majlis Pelancaran Projek Perniagaan mereka.

Sabtu, Ogos 15, 2009

PROGRAM MOTIVASI ANJAKAN PARADIGMA

Program anjuran Panitia Moral dengan Kerjasama Persatuan Bahasa Tamil bertujuan untuk:
1. Membentuk sikap positif dalam diri pelajar terutamanya terhadap iklim dan kehendak dalam dan luar persekolahan.
2. Melahirkan pelajar SEMESCO yang berketrampilan, berperibadi mulia, seimbang dan harmonis.
Pn. Lee Yue Yin (GKMP TV) sedang menyampaikan cenderahati kepada En. Vivekan, Setiausaha Sulit YB. SK. Devamany, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri.
Pn. Hjh. Habshah sedang menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil tingkatan

Gambar-gambar lain sila klik di sini

LADAP 5

LADAP 5 - Etika Professionalisme Keguruan Impak Pendidikan Berkesan - telah disampaikan oleh Dr. Ros Zakaria. LADAP kali ini telah diadakan di Makmal Komputer 2.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Pn. Jamilah bt Abdul Wahid sedang menerima sijil dan cenderahati dari Pn. Hjh. Habshah disaksikan oleh Pengerusi Kelab Guru En. Sabri. Pn. Jamilah akan bertukar ke SK. Sg. Choh.

Jumaat, Ogos 14, 2009

AGIHAN PIL VITAMIN C

Salah seorang AJK PIBG, Dr. Zahira bt Taib, telah mengusahakan untuk mendapatkan tajaan pil vitamin C. Beliau telah mendapat 8botol pil vitamin C yang berisi 1000biji setiap botol. 5botol pil berkenaan telah dan akan diagihkan kepada pelajar sesi pagi manakala selebihnya kepada pelajar sesi petang. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha murni beliau.

BERTUKAR TEMPAT BERTUGAS

Puan Jamilah bt Abdul Wahid mula bertugas di SMKSC pada 20/9/1979 hingga 15/8/2009 (hampir 30tahun). Beliau merupakan seorang Kakitangan Pejabat yang bertanggungjawab, berdedikasi dan mesra, akan mula bertugas di SK. Sg. Choh mulai 16/8/2009. Seluruh warga SMKSC memohon maaf atas segala kesilapan, keterlanjuran bicara serta mengucapkan selamat bertugas di tempat dan suasana serba baru bagi beliau.

TAYANGAN FILEM DOKUMENTASI KEMERDEKAAN

Pelajar sesi petang sedang menonton Dokumentasi Kemerdekaan terbitan Filem Negara Malaysia.

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, Unit Beruniform sesi petang telah menganjurkan Pertandingan Mencari Harta Karun. Sebanyak 7unit beruniform menghantar 5orang wakil kepertandingan tersebut.

Khamis, Ogos 13, 2009

CYBERKIDS KOMUNITI 1

Ahli Kelab Cyberkids SMKSC telah mengadakan kursus pendedahan perisian Photoscape dan Audacity kepada pelajar 2Amanah. Kursus tersebut bermula jam 3.50petang hingga 6.30petang. Terima kasih kepada Ahli Kumpulan Cyberkids tersebut.

BEKALAN LETRIK TERPUTUS

En. Ameer dari JKR Bahagian Letrik Hulu Selangor sedang menyambung semula aliran letrik yang terputus. Terima kasih di atas kerjasama mereka.

Isnin, Ogos 10, 2009

MENANDATANGANI KAIN RENTANG 1MALAYSIA

Pelajar sedang menandatangani Kain Rentang 1Malaysia

Pelajar sesi petang sedang mengadakan perhimpunan rasmi mingguan di Dewan Wawasan

Jumaat, Ogos 07, 2009

PERTANDINGAN LAGU PETRIOTIK

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, Pasukan Unit Beruniform Pelajar Sesi Petang telah mengambil bahagian dalam pertandingan Lagu-lagu Patriotik secara berkumpulan.


CERAMAH KERJAYA

En. Mohd. Hanif dari Politeknik Sultan Azlan Shah sedang memberi ceramah mengenai Kemasukan ke Politeknik kepada pelajar tingkatan 5

BACAAN YASIN KESYUKURAN

Majlis bacaan Yasin telah diadakan sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat dan rahmat yang telah dikecapi selama 52tahun selepas kemerdekaan di surau SEMESCO.

PERTANDINGAN BOLA BALING

Pertandingan Akhir Bola Baling antara Tingkatan telah diadakan pada pagi Jumaat 7.8.09

Khamis, Ogos 06, 2009

PEMAKAIAN MASK









Hari ini kelihatan ramai para guru mula memakai mask masing-masing. Pelbagai kaedah dan rupa bentuk pemakaian dilakukan. Sungguh kreatif. Namun, apa yang penting, langkah-langkah pencegahan tersebut seharusnya diamalkan agar penularan wabak H1N1 ini dapat dibendung.

PEMERIKSAAN KESIHATAN H1NI

Saringan pertama mengenalpasti suhu badan pelajar

Pasukan Kesihatan dari Fakulti Sains Kesihatan UiTM telah datang ke sekolah untuk membuat pemeriksaan H1NI di kalangan pelajar.

Saringan ke dua - menemuduga pelajar bagi mendapatkan maklumat mengenai latar belakang keluarga, lawatan terakhir dan kesihatan diri pelajar

Selasa, Ogos 04, 2009

PEMANTAUAN OLEH PPDHS




Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Hulu Selangor seramai empat orang yang diketuai oleh Tn Hj Suhaimi telah datang memantau sekolah berkaitan dengan pentadbiran, hal ehwal murid, kokurikulum, PIBG, aset dan lain-lain.


Isnin, Ogos 03, 2009

PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Perbarisan bersiap sedia untuk masuk ke tapak perhimpunan

Pn. Hjh. Habshah sedang berucap merasmikan majlis tersebut


Puan Hjh. Habshah mengetuai barisan pentadbir sedang menandatangani Kain Rentang 1Malaysia


Pasukan Puteri Islam turut menandatangani sepanduk tersebut
Kain rentang 1Malaysia yang telah ditandatangani oleh Guru dan Pelajar sesi pagi
Gambar kenangan pasukan bermotor sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan