SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Sabtu, Oktober 31, 2009

KELAS GANTI HARI SABTU

Kelihatan (gambar bawah) pelajar Tingkatan 4 Sains A dan 5 Sains A sedang mendengar ceramah oleh Pn. Mardiana bt Yusuf dari SM. Sains Hulu Selangor. Beliau telah sudi berkongsi pengalaman mengenai teknik menjawab soalan Biologi Kertas 3. Terima kasih kepada GPK 1 yang merancang program ini terima kasih juga atas kesudian penceramah undangan kerana telah menyampaikan ilmu kepada pelajar sekolah ini. Teknik menjawab soalan Matematik Tambahan juga telah dianjurkan sebelum sesi ceramah ini.

Kelas ganti Hari Sabtu sesi petang sempena Perayaan Deepavali juga telah berjalan seperti biasa. Pn. Nor Jihan bt Mohammed sedang mengendalikan Kuiz Matematik.

Jumaat, Oktober 30, 2009

MEMBUAT GARISAN GELANGGANG BOLA BALING

En. Sabri memberi sedikit panduan kepada En. Kamarulzaman dalam usaha beliau mencabut duri di gelanggang yang bakal digunakan oleh pelajar.

Garisan yang dibina menggunakan "minyak hitam" kereta. Setelah Peperiksaan Akhir Tahun tamat, pelajar akan mengambil bahagian dalam program Program Rakan Muda Kecergasan. Antara permainan yang akan dipertandingkan ialah Bola Tampar, Futsal, Sepak Takraw dan Bola Baling. Terima kasih atas kerjasama mereka.

KLIK DI SINI untuk melihat gambar-gambar lain.

Khamis, Oktober 29, 2009

HUJAN, RIBUT DAN PETIR




Garaj Motor terkena hempap dahan pokok yang merekah akibat ribut beserta hujan dan petir.



Keadaan motor Amaran, pelajar 5A yang berada dalam garaj sewaktu kejadian. Syukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Rabu, Oktober 28, 2009

KONVO MINI 2009







Tetamu Kehormat mengambil tempat. Dr. Mohd. Noor Mohd Taib diiringi oleh TYDP PIBG En. Idrus b. Abdul Manan dan Pengetua SMKSC, Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus.

Perarakan masuk dewan oleh tetamu kehormat
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis yang gilang gemilang ini.

Sila KLIK DI SINI untuk melihat gambar lain.

PEMERIKSAAN KAWASAN PEMBIAKAN NYAMUK

Tiga orang pegawai dari Jabatan Kesihatan Kuala Kubu Bharu telah memeriksa sekitar kawasan sekolah. Masih kedapatan tempat-tempat pembiakan nyamuk yang perlu diberi perhatian oleh seluruh warga SEMESCO.


Selasa, Oktober 27, 2009

FOGGING

Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Selangor telah menjalankan kerja-kerja "fogging" di bilik-bilik kelas blok F, tandas, sekitar kawasan kantin, sekitar kawasan blok 1 dan blok 2 serta kawasan rumah pam berhampiran makmal komputer. En. Azhari b. Zakaria, Pegawai Kesihatan Awam Daerah telah mengetuai kerja-kerja ini. Tindakan ini dilakukan hasil dari laporan doktor Hospital Kuala Kubu Bharu yang merawat salah seorang pelajar perempuan tingkatan 3 SMK. Sg. Choh yang telah dijangkiti demam denggi. Pelajar berkenaan telah pulih seperti sedia kala.

RAPTAI KONVO MINI TINGKATAN 6 ATAS

Raptai Konvo Mini 2009 untuk pelajar Tingkatan 6 Atas telah diadakan di Dewan Wawasan

KLIK DI SINI untuk melihat gambar-gambar lain.

Isnin, Oktober 26, 2009

UCAPAN TAKZIAH

Seluruh warga SMK. Sg. Choh mengucapkan takziah kepada Mohd. Fikri b. Mohd. tingkatan 5Dedikasi atas pemergian Ayahanda beliau yang dikasihi pada petang Ahad (25.10.09) selepas maghrib akibat sakit jantung. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dimasukkan dalam gulungan orang-orang yang soleh.

Jumaat, Oktober 23, 2009

JAMUAN KRK

Pn. Norlia mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama pelajar bagi menjayakan jamuan Kelas RK.
Umar Farok b. Shahruzzaman sedang membaca doa memulakan majlis
Klik di sini untuk melihat gambar-gambar lain.

BENGKEL PENGURUSAN DIRI





Program Usahawan Muda di bawah seliaan Pn Nor Jihan telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Diri yang dihadiri oleh 40 orang pelajar perempuan dari SMK Sungai Choh dan SMK Bukit Sentosa

Khamis, Oktober 22, 2009

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU SPM


Pelajar Tingkatan 5 telah didedahkan dengan Teknik Menjawab Bahasa Melayu dari Pn Norlia bt Abu Bakar

MESYUARAT GURU SESI PETANG

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh GPK Petang Pn. Norlia bt Abu Bakar bertempat di Bilik Mesyuarat, jam 12.30tgh - 1.40petang. GPK KOKO - Pn. Alimah bt Abu Noh turut hadir.

Semasa mesyuarat tersebut Pn. Norlia bt. Abu Bakar telah menyentuh:

1. Pertandingan antara rumah sukan untuk permainan Sepak Takraw, Bola Tampar, Futsal, Bola Baling dan mungkin Ping Pong.
2. Peperiksaan Akhir tahun pada 28/10/09 - 5/11/09
3. Keyin markah Peperiksaan akhir tahun 9/11/09 - 14/11/09
4. Cetak slip peperiksaan akhir tahun 16/11/09
5. Hari Orientasi pelajar baru pada 2/1/2010
6. Persekolah tahun 2010 bermula pada 4/1/09

GPK KOKO pula menerangkan mengenai Program Selepas Peperiksaan Akhir Tahun
1. Porgram Rakan Muda Kecerdasan
2. Kad Penilaian Aktiviti Koko
3. Sijil penyertaan untuk pelajar yang mendapat JOHAN dan NAIB JOHAN pertandingan permainan antara rumah sukan hendaklah diberi secepat mungkin selepas perlawanan dijalankan.


Rabu, Oktober 21, 2009

PENYENGGARAAN PERALATAN ICT FASA II

Penyelenggaraan Peralatan ICT Fasa Ke 2 telah dibuka. Syarikat yang memasuki tender untuk menyelenggara peralatan tersebut telah datang untuk mengambil maklumat kerosakan peralatan ICT. Ini merupakan tender terbuka yang dikeluarkan oleh PPD HS. Sebanyak 8 buah syarikat berminat untuk membida tender tersebut.
Wakil Syarikat QYM Computech.
Wakil Syarikat Noor Azidah Enterprise
Wakil Syarikat Wajuna Enterprise sedang menandatangani buku pelawat.

Jumaat, Oktober 16, 2009

PELUPUSAN PERALATAN MAKMAL KOMPUTER

En. Ajma'ain b. Mohammad Nor (Pegawai PPICT, PPDHS) sedang menandatangani buku pelawat untuk menyaksikan proses pemeriksaan bagi melupuskan peralatan Makmal Komputer 1 dan 2. Beliau datang bersama Nurakmar Niza bt Zulkifli yang juga PPICT, PPDHS.

Pn. Nurul Amalina bt Jajuli (gambar bawah kiri) bersama Pn. Samsuria bt Yuddin (gambar bawah kanan) merupakan Pegawai Pelupusan Peralatan ICT yang dilantik oleh PPDHS dan JPNSDE sedang berbincang setelah selesai menyemak inventori dan nombor siri peralatan ICT yang akan dilupuskan.

Prosedur pelupusan bahagian pertama telah selesai, proses pelupusan seterusnya akan diajukan kepada PKG untuk diluluskan oleh BTP Negeri dan seterusnya BTP KPM.

Khamis, Oktober 15, 2009

KEMUDAHAN INTERNET

Bilik Pengetua telah mendapat kemudahan internet secara terus. Terima kasih kepada En. Musalli yang telah memohon ke PPD Hulu Selangor untuk menyediakan kemudahan rangkaian setempat (LAN) untuk menjayakannya. Terima kasih kepada PPD Hulu Selangor kerana telah meluluskan peruntukan tersebut.

MESYUARAT MEMBAIKPULIH PADANG SEKOLAH





Mesyuarat membaikpulih padang telah diadakan antara pihak sekolah dengan dua orang pegawai dari Halim Consultant, seorang wakil dari pihak Kontraktor EF-MF serta dua orang pegawai dari PPD Hulu Selangor.

Rabu, Oktober 14, 2009

MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM SELEPAS PMR 2009

Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat SEMESCO, di pengerusikan oleh Puan Pengetua dan dihadiri oleh semua guru yang mengajar tingkatan 3.

BACAAN DOA SELAMAT








Ustaz Mohamad Zabidi telah mengetuai Bacaan Doa Selamat untuk pelajar Mohd Khairul Nizam b Mohammad Tingkatan 4C yang masih koma di Hospital Sungai Buluh. Hari ini adalah hari jadi Mohd Khairul Nizam yang ke enam belas. Semoga cepat sembuh.

Selasa, Oktober 13, 2009

MESYUARAT MINI KONVO 2009

Mesyuarat telah dihadiri oleh Pn. Pengetua, dan Guru-Guru Kanan SMKSC serta guru yang mengajar tingkatan 6. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat SEMESCO.

Puan Pengetua turut hadir sama dalam mesyuarat tersebut.