SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, November 25, 2009

MENUKAR KABEL DAN WAYAR LETRIK

Dua orang pekerja Syarikat KCP Network sedang menukar kabel dan wayar letrik makmal 1. Kerja penukaran kabel dan wayar ini telah dimulakan sejak Isnin dan dijangka siap pada hari Rabu minggu depan.

MEMPERBAIKI LANTAI



Lantai Bilik Jahitan, Bilik Masakan dan Bilik Urus Diri sedang dibaikpulih oleh Syarikat yang dilantik oleh Bahagian Pembangunan JPNSDE.

LALUAN BLOK B DAN BLOK C

Laluan berbumbung antara Blok B dan Blok C ini sedang diperbaiki. Terima kasih kepada Bahagian Pembangunan JPN kerana telah meluluskan peruntukan pembinaannya.

Sabtu, November 21, 2009

SELAMAT BERCUTI

SELAMAT BERCUTI

Jumaat, November 20, 2009

UCAPAN TAKZIAH

Seluruh warga SMK. Sg. Choh mengucapkan takziah kepada keluarga Nasrah bt Azaludin pelajar 6 Atas C atas pemergian ayahanda beliau yang meninggal dunia jam 2.00pagi di IJN. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Rabu, November 18, 2009

PEPERIKSAAN SPM 2009


Calon SPM 2009 sedang menjawab kertas Bahasa Melayu pada hari pertama

Selasa, November 17, 2009

PEPERIKSAAN SPM DAN STPM 2009

SEMUA WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI CHOH, RAWANG MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM KEPADA SEMUA CALON

PROJEK NAIKTARAF




Dua orang pegawai dari JPN Selangor dan pihak Kontraktor telah berbincang mengenai kerja-kerja menaiktaraf lantai dua bilik Bilik Kemahiran Hidup - Bilik Masakan dan Bilik Jahitan serta dua laluan gajah menyusur. Projek ini akan bermula esok 18 November 2009.

MESYUARAT KEWANGAN KALI KE 4 2009



Mesyuarat Kewangan Kali ke 4 tahun 2009 telah dihadiri oleh semua Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran dan Ketua Panitia yang dipengerusikan oleh Pengetua. Antara lain yang dibincangkan ialah semua panitia hendaklah menggunakan peruntukan yang diterima sehingga tinggal lebih kurang 10 peratus sahaja sebelum akhir tahun.

TEMUDUGA UNTUK CALON KETUA PENGAWAS


Empat orang pelajar telah ditemuduga oleh guru-guru untuk calon Ketua Pengawas tahun hadapan.

Isnin, November 16, 2009

SELAMAT DATANG PN SARINI BT YUSOFF


Pn Sarini bt Yusoff adalah Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi sekolah yang baru. Beliau mula bertugas di SMKSC pada 16 November 2009. Sebelum ini beliau bertugas di SM Agama Al-Falah Kemaman, Terengganu

Jumaat, November 13, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN 2009

Badan Pengawas, UBK dan Pengawas Pusat Sumber telah menganjurkan jamuan akhir tahun di Bilik Mesyuarat secara bersama. Mereka telah diberi sijil dan menjamu selera sebagai salah satu cara pihak sekolah menghargai jasa dan kerjasama mereka kepada pihak sekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka kepada SMKSC.

KEGAGALAN MENGAKSES INTERNET


2 daripada 3 orang Juruteknik TM Bhd sedang menguji kesediaan router untuk menerima signal. Mereka datang jam 12.10tengahari. Tiada masalah untuk talian penerimaan internet, mereka telah menghubungi pihak GiTN.
Juruteknik GiTN pula datang jam 3.00ptg untuk membolehkan akses ke internet. Capaian ke internet telah pulih setelah terputus sejak jam 3.00petang hari Rabu (11.11.09). Terima kasih kepada ke dua-dua pihak kerana telah memberikan kerjasama.

MAJLIS RESTU GURU SPM DAN STPM


GPK Akademik, Pn. Hjh. Noraini bt Abdul Muin dalam ucapannya telah mengingatkan pelajar agar bersedia minda dan lakukan yang terbaik semasa menjawab soalan peperiksaan. Kepada pelajar tingkatan 6, beliau juga berharap agar mereka dapat mengekalkan prestasi pencapaian sekolah dalam STPM yang mendapat tempat ke 4 dalam Negeri Selangor.

Sebahagian guru lelaki yang hadir di majlis tersebut Sebahagian guru perempuan yang hadir pada majlis tersebut

Untuk melihat gambar lain sila klik di sini.

Isnin, November 09, 2009

MESYUARAT GURU KALI KE 3

Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat bermula jam 12.40tgh hingga 2.10petang.
Catatan:
1. 13/11/2009 - Program Restu Guru dan Bacaan Yasin.
2. 17/11/2009 - Mesyuarat Kewangan
3. 30/12/2009 - Mesyuarat Guru dan Mesyuarat Kurikulum.
4. 31/12/2009 - Mesyuarat Kokurikulum dan Mesyuarat HEM.
5. Pelajar yang tidak mampu membayar yuran perlu disenaraikan dan mesti diberi surat pemberitahuan sebanyak 3 kali.
6. Guru tingkatan diminta menyediakan sijil berhenti untuk pelajar Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan 5.
7. Pemulangan buku SPBT pada 9/11 - 11/11/09 (sesi petang)
8. Fail panitia hendaklah diurus dan dikemaskini
9. Semasa menyampaikan ucapan, mengikut bidang kuasa masing-masing, semua pentadbir telah mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan komitmen, kerjasama, mengurus program panitia dan kelas tambahan terutama kelas peperiksaan, mengurus aktiviti koko, seminar, bengkel, LADAP yang telah berjalan dengan jayanya.

KAJIAN PROGRAM DAKWAH DI SEKOLAH


Dua orang pegawai dari JPNSDE dan UIA telah datang untuk membuat kajian mengenai Keberkesanan Program Dakwah Di Sekolah.

Sabtu, November 07, 2009

PEPERIKSAAN MUET 2009

Tn. Hj. Rahim (Penyelia Peperiksaan PPDHS) sedang berbincang dengan Ketua Pengawas Peperiksaan MUET
Terima kasih kepada Pn. Siti Shanaz kerana bertugas mengendalikan peperiksaan ini dan juga Pn. Suriana yang sempat memberikan panduan terakhir kepada calon yang akan menduduki peperiksaan tersebut terutamanya calon PERTINAM.

Jumaat, November 06, 2009

PROGRAM ANYAMAN BAKUL - 4 NOV 09


Seramai 20 orang pelajar beserta 3 orang guru mengikuti kelas anyaman bakul daripada suratkhabar lama pada 4 Nov 2009. Program Sayangi Bumi Kita ini merupakan satu aktiviti yang dimuatkan dalam Kem Membaca 1 Malaysia 2009 anjuran Pusat Sumber Sekolah, di bawah tunjuk ajar Pn Anita Saad daripada Anhaz Creative Enterprise

Khamis, November 05, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA SEKOLAH

Sempena Program Rakan Muda Sekolah ini, pertandingan bola baling, bola tampar dan sepak takraw telah diadakan selepas tamat peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 dan 6 Rendah. Program ini bermula pada 2/11/2009 hingga 4/11/2009.


Isnin, November 02, 2009

JAMUAN PERPISAHAN AKHIR TAHUN






Kelab Guru SMKSC telah mengadakan jamuan perpisahan di sekolah untuk Pn Lee yang akan bersara akhir tahun nanti. Antara yang hadir adalah Tn Hj Md. Khairi YDP PIBG dan En Idrus Naib YDP PIBG.