SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, Mac 31, 2010

SUKAN TAHUNAN KALI KE 23

Pn. Pengetua, Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus bersama barisan tetamu khas, Tn. Hj. Yusof b. Hj. Hanif (Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.), En. Mohd Radi b. Ghazali (YDP PIBG), dan En. Hashim b. Yaman (Ketua JKKK Sg. Choh)

Tn. Hj. Yusof b. Hj. Hanif sedang menyaksikan persembahan peserta Rumah Kuning semasa menerima tabik hormat perbarisan dengan diiringi oleh YDP PIBG dan Pn. Pengetua.

GAMBAR DAN LAPORAN SETERUNYA, SILA KLIK DI SINI

Selasa, Mac 30, 2010

PERSIAPAN SUKAN

Sukan Tahunan Sekolah kali ke 23 ini akan dirasmikan oleh Tn. Hj. Yusof b. Hj. Hanif, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Kehadiran beliau ke SMKSC amat dialu-alukan. Beliau telah dihubungi secara peribadi oleh YDP PIBG, En. Radi b. Ghazali.
En. Khairul Azri b.Izhari dari Jabatan Penerangan Hulu Selangor (gambar bawah) sedang berbincang dengan Pn. Raja Zanariah (Juruacara Sukan Tahunan) mengenai keperluan PA Sistem yang akan digunakan semasa sukan nanti. Terima kasih kepada En. Nordin (sebelah kanan) yang telah menghubungi Jabatan Penerangan Hulu Selangor bagi kemudahan perkhidmatan siaraya. Peserta Rumah Kuning sedang berlatih untuk persembahan semasa perbarisan

Peserta Rumah Merah sedang berlatih berbaris

MESYUARAT KEJOHANAN BADMINTON MSSD HULU SELANGOR

Mesyuarat Kejohanan Badminton MSSD Daerah Hulu Selangor telah diadakan di Bilik Mesyuarat. Turut hadir Pn. Hjh. Habshah dan Pengerusi Teknik Badminton Sek Rendah dan Sek Menengah

KEMPEN CEGAH H1N1

Kain rentang kempen Cegah H1N1 yang diletakkan di bahagian luar perpustakaan blok A

Isnin, Mac 29, 2010

BERTUGAS DI PUSAT AKSESS

En. Ahmad Bukhari bertugas di Pusat Akses Sekolah pada setiap hari Isnin dari jam 8.00pagi - 11.00pagi. Guru dan pelajar yang hendak menggunakan perkhidmatan Internet boleh datang pada waktu tersebut. Pelajar sesi petang juga boleh menggunakan perkhidmatan tersebut
Jadual Bertugas Pusat Akses Sesi Pagi

Isnin - En. Ahmad Bukhari
Selasa - En. Anuar b. Mahadi
Rabu - Pn. Nurul Ain bt Razalli
Khamis - Pn. Siti Maheran b. Shapiin
Jumaat - Cik Siti Khadijah bt Hasan

PERSIAPAN SUKAN

Pasukan QM memasang bendera untuk persiapan Sukan Tahunan 2010

PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM

Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin selaku GPK Akademik dalam ucapannya mengingatkan pelajar agar sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dalam tiga aspek iaitu akademik, penampilan diri dan kokurikulum
Pn. Alimah bt Abu Noh selaku GPK Kokurikulum sedang menerima pernyataan sedia untuk menjalankan acara perhimpunan bulanan unit beruniform dari Ketua Pasukan Kadet Bomba
Seramai 35orang atlit telah mewakili sekolah ke peringkat daerah. Pada perhimpunan kali ini, turut disampaikan penyampaian pingat kepada atlit yang menang. Antaranya larian 4 x 100m (L1) yang mendapat Johan Daerah. Tahniah kepada semua atlit yang telah mengharumkan nama sekolah






Sabtu, Mac 27, 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009

Majlis ini telah diadakan bersama dengan Mesyuarat Agung PIBG 2010
Pelajar Cemerlang PMR 2009

Pelajar Cemerlang PMR 2009 yang tidak dapat hadir, diwakili oleh ibu bapa mereka

Pelajar Cemerlang SPM 2009
Pelajar Cemerlang Program Pra-U STPM

LATIHAN PERBARISAN SUKAN TAHUNAN

Latihan perbarisan untuk sukan tahunan oleh ahli rumah sukan diadakan sejak hari Khamis (25.2.2010)





KELAS GANTI ICT TINGKATAN 5

Kelas ganti untuk subjek ICT telah dijalankan di Mamkal Komputer 2, dihadiri oleh 7 daripada 10 orang pelajar

MESYUARAT AGUNG PIBG 2010

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35 telah dirasmikan oleh YB. Tuan Mohd. Isa B. Abu Kasim, (Adun Batang Kali). Tahniah kepada AJK PIBG sesi 2010/2011 yang baru, semoga amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dijalankan dengan penuh dedikasi, telus, dan tulus ikhlas.
Di samping Mesyuarat Agung PIBG, YB. Tuan Mohd. Isa juga menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Akademik kepada pelajar PMR, SPM dan STPM 2009.
GAMBAR DAN LAPORANNYA
YB. Tuan Mohd. Isa sedang memalu gong menandakan Mesyuarat Agung PIBG SMKSC kali ke-35 dibuka dengan rasminya dengan disaksikan oleh Mantan YDP Tn. Hj. Md Khairi dan NYDP En. Idrus b. Abdul Manan.


GAMBAR DAN LAPORAN SETERUSNYA

KUARTET 4 X 100m

Nazirul Helmi, Premkumar, Norazmel Yahya dan Norazhar mendapat Johan Daerah dalam acara balapan 4 X 100m (L1) dengan catatan masa terbaru dan terpantas


Gambar ehsan dari En. Sabri



Jumaat, Mac 26, 2010

KHIDMAT SOSIAL PERSATUAN BAHASA TAMIL

Pada 26/3/2010 jam 3.30ptg - 5.00ptg, 8 orang ahli Persatuan Bahasa Tamil, SMK Sg. Choh, telah mengambil bahagian dalam satu khidmat Sosial yang diadakan di SJK(T) Ldg. Sg. Choh. Mereka telah membantu mengecat kerusi-kerusi tahun satu. Mereka berkhidmat di bawah penyeliaan En Revi Chander, yang juga Ketua Penasihat Persatuan Bahasa Tamil SMKSC. Pelajar yang terlibat ialah Devendran Rao 4C, Satia 4C, Darmaseelan 4D, Narasimman Rao 4D, Francis xavier 4B, Ganeson 4B dan S.Dinesh 4C







BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN

Sugumaran a/l Subramaniam Pelajar Tingkatan 1, SMK. Sg. Choh dari sesi petang telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Bukit Sentosa pada 16/03/2010. Bapa dan dua orang pembonceng termasuk Sugumaran mengalami kecederaan parah. Panitia Pendidikan Moral SMK. Sg. Choh dan pelajar-pelajar sesi petang telah menghulurkan bantuan berupa barang runcit kepada keluaga Sugumaran di Taman Bukit Teratai. Pada 26/3/2010 (Jumaat) En Revi Chander, selaku Ketua Panitia Pendidikan Moral dan dua orang pelajar tingkatan 4, (Ganesh dan Devenren Rao) telah menyampaikan barang-barang tersebut pada pukul 3.50 petang dirumah mereka.
Ibu Sugumaran menerima sumbangan barangan runcit

Keadaan bapa Sugumaran

Adik Sugumaran
Kepada para pembaca yang mengikuti blog ini "Berhati hatilah di jalanraya"

PEMASANGAN LCD DI BILIK UBK


Dua orang juruteknik elektrik sedang memasang LCD di Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Ujian paparan skrin setelah LCD siap dipasang

PROGRAM BACAAN YASIN

Amirul Hafiz b. Kamarulzaman (PPUAB) sedang mengetuai bacaan Yasin sementara doanya dibaca oleh Ustaz Mohd. Zabidi



PROGRAM PENDIDIKAN MORAL

En. Revi mengingatkan pelajar agar bersedia menghadapi apa jua cabaran, menerima perubahan untuk mengikut arus perdana negara. Beliau juga mengingatkan kepada pelajar agar merubah sikap terutama setelah mengikuti kursus bina insan yang lalu



Khamis, Mac 25, 2010

SEMANGAT KESUKANAN


Beberapa orang pelajar sedang menyiapkan kain rentang rumah hijau

Persembahan kumpulan rumah biru

BANTUAN KEWANGAN

Sugumaran a/l Subramaniam tingkatan 1Cekal ditemani oleh Bapa Saudaranya, sedang menerima sumbangan berjumlah RM180.00 hasil kutipan guru-guru dan pelajar sesi petang. Beliau bersama bapanya telah terlibat dalam kemalangan dan telah menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di bahagian perutnya Puan Pengetua, Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus menyampaikan sumbangan kepada Sugumaran disaksikan oleh GPK Petang, Pn. Norlia Abu Bakar, Pn. Rohaizah bt Ishak (Pen. GPK Petang) dan rakan-rakan beliau serta bapa saudaranya (Gambar atas). Terima Kasih kepada seluruh pelajar dan guru-guru sesi petang yang telah sudi menghulurkan bantuan kewangan

PPUAA CHEMISTRY

NATIONAL SCIENCE CHALLENGE 2010

Pelajar tingkatan 4 Sains mengambil ujian "National Science Challenge 2010" anjuran Akademik Sains Malaysia