En. Anuar dan En. Ahmad Bokhari mengawasi pelajar tingkatan 4 yang sedang menjawab soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2010 di Dewan Wawasan
Pn. Chen dan En. Mohd. Roseli mengawasi pelajar Tingkatan 2A, 2B dan 2D yang menjawab soalan Peperiksaan Akhir Tahun di Dewan WawasanSMK. SUNGAI CHOH, SG. CHOH, 48000 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: 03-60916081, Fax: 03-60933750.
e-mail: BEA5063@moe.edu.my
Sabtu, Oktober 30, 2010
PERANAN KAUNSELOR JPS DAN PPD
Tn. Hj. Mohmad Noh b. Sairi, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kaunseling dan Keutuhan, Bahagian Sumber Manusia, KPM, menegaskan bahawa peranan utama kaunselor pentadbir di peringkat JPN dan PPD ialah mengurus kes guru dan kakitangan KPM yang bermasalah agar martabat profesion keguruan khususnya dan mutu perkhidmatan kakitangan sokongan amnya dapat dipertingkatkan. Kini terdapat 50,000 orang guru dan kakitangan bukan guru yang perlu diberi perhatian di Negeri Selangor sahaja.
Labels:
Peranan Kaunselor JPS dan PPD
Jumaat, Oktober 29, 2010
Isnin, Oktober 25, 2010
PERKHEMAHAN KADET POLIS (PELAJAR TINGKATAN 3) DAERAH HULU SELANGOR
Perkhemahan Kadet Polis bagi Pelajar Tingkatan 3, Daearah Hulu Selangor bermula pada hari ini 25 okt sehingga 27 okt di KEM PLKN PELANGI HILL RESORT, KERLING,HULU SELANGOR. Seramai 12 orang pelajar tingkatan 3 (6 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan) kadet polis sekolah kita mengikuti perkhemahan tersebut.
Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah latihan dan pertandingan kawad kaki,explorace,ceramah motivasi-jati diri, pengenalan dan pertandingan pandu arah,rentas halangan dan persembahan mustikarama. Guru pengiring adalah En. Sabri dan Cik Khadijah.
Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah latihan dan pertandingan kawad kaki,explorace,ceramah motivasi-jati diri, pengenalan dan pertandingan pandu arah,rentas halangan dan persembahan mustikarama. Guru pengiring adalah En. Sabri dan Cik Khadijah.
Jumaat, Oktober 22, 2010
Rabu, Oktober 20, 2010
Program ICTL: Movie Maker For Beginner
Kursus Movie Maker For Beginner anjuran Bidang Teknik dan Vokasional tahun 2010 di bawah seliaan Pn. Sarina bt Shaari. Program ini telah mendedahkan pelajar cemerlang tingkatan 1, 2 dan 3 (80 pelajar) mengenai aplikasi tersebut. Terima kasih kepada fasilitator dan guru yang terlibat menjayakan program ini iaitu En. Mohd Khairil Hafiz (FT), En. Muhd Ashraff Reddy (GURU), Cik Siti Khadijah (GURU ICTL), Pn. Siti Maheran dan Pn. Siti Shanaz. Kursus selama dua hari (19/10 - 20/10) telah berlangsung di Makmal Komputer 1 dan 2 SMKSC
Jumaat, Oktober 15, 2010
MAJLIS RESTU PELAJAR INDIA SPM DAN STPM
Di kuil Sri Maha Mariamman Taman Bukit Teratai Perayaan Navaratri sedang disambut selama sembilan hari.Hari ini 15/Oktober/2010 merupakan hari memuja Dewi Saraswathy. Pelajar- pelajar SMK SG CHOH telah mengadakan upacara pooja untuk mendapatkan restu Dewi Saraswathi. Dalam Majlis ini pelajar SPM dan STPM seramai 60 orang telah mengambil bahagian .Guru-guru India SMK SG CHOH iaitu En.Revi Chander, Pn.Letchumy ,Pn Punitha dan Puan Barathi telah mengiringi pelajar - pelajar tersebut. Wang perbelanjaan majlis ini diperolehi dari dana Aktiviti Agama dan Moral SMK SG CHOH.
TALIAN SCHOOLNET
En. Mohd. Ariff adalah Juruteknik Syarikat SchoolNet yang mengendalikan sistem internet sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Beliau telah membaikpulih capaian internet SMKSC yang tergendala sejak dua minggu lalu. Capaian internet telah pulih seperti sediakala jam 4.00petang tadi. Terima kasih kepada pihak GiTN.
Labels:
Talian SchoolNet
HARI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2010
Pemangku Pengetua, Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin mengingatkan pelajar beberapa perkara iaitu:
1. Aktiviti kokurikulum boleh membentuk jati diri yang baik.
2. Beliau berharap pelajar sentiasa berfikir untuk melakukan aktiviti "bukan routine" tanpa paksaan.
3. Dari segi sains, aktiviti kokurikulum bukan mendatangkan penat sahaja malah ia menggerakkan aliran darah, membantu kecerdasan otak.
1. Aktiviti kokurikulum boleh membentuk jati diri yang baik.
2. Beliau berharap pelajar sentiasa berfikir untuk melakukan aktiviti "bukan routine" tanpa paksaan.
3. Dari segi sains, aktiviti kokurikulum bukan mendatangkan penat sahaja malah ia menggerakkan aliran darah, membantu kecerdasan otak.
Petikan ucapan Pemangku Pengetua, Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin
Pn. Norlia bt Abu Bakar selaku PK KOKO sedang menyampaikan ucapan. PETIKAN UCAPAN PN. NORLIA ABU BAKAR
Ustaz Abdul Aziz membaca doa untuk memulakan majlis
Persembahan dikir barat oleh Pelajar Pra-U
Khamis, Oktober 14, 2010
Rabu, Oktober 13, 2010
MESYUARAT KEWANGAN KALI KE-3
Mesyuarat Kewangan Kali Ke-3 telah dipengerusikan oleh Pemangku Pengetua, Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin di Bilik Mesyuarat
Beliau berharap guru-guru tingkatan menggunakan budibicara untuk mengutip Yuran Khas.
Labels:
Mesyuarat Kewangan Kali Ke-3
Selasa, Oktober 12, 2010
PINDAAN TARIKH PEPERIKSAAN SPM 2010
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memaklumkan tentang pindaan tarikh peperiksaan bertulis SPM yang telah dijadualkan pada 22.11.2010 - 14.12.2010 kepada 23.11.2010 - 20.12.2010 kerana 22.11.2010 merupakan cuti umum bagi Negeri Johor bersempena keputeraan ke Bawah Duli Yang Mulia Sultan Johor.
Labels:
Pindaan Tarikh SPM 2010
MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM LEPAS PMR 2010
Pn. Alimah bt Abu Noh selaku GPK HEM mempengerusikan mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat. Tarikh cadangan pelaksanaan 13 Oktober 2010 - 19 November, 2010 Program yang akan dilaksanakan ialah:
1. Lawatan Amal, Kerjaya dan Ilmiah ke IPTA, IPTS, Kraf Tangan Malaysia
2. Melukis Mural / Gotong Royong
3. Permaian dalaman dan luar
4. Pertandingan memasak, menggubah dan menjahit
5. Aktiviti kerohanian - Panitia Pendidikan Islam
6. Program Pemantapan Bahasa Inggeris
7. Tayangan Filem FINAS
8. Aktiviti ICT - Mempelajari Perisian Photoshop v5.0 dan Audiocity
1. Lawatan Amal, Kerjaya dan Ilmiah ke IPTA, IPTS, Kraf Tangan Malaysia
2. Melukis Mural / Gotong Royong
3. Permaian dalaman dan luar
4. Pertandingan memasak, menggubah dan menjahit
5. Aktiviti kerohanian - Panitia Pendidikan Islam
6. Program Pemantapan Bahasa Inggeris
7. Tayangan Filem FINAS
8. Aktiviti ICT - Mempelajari Perisian Photoshop v5.0 dan Audiocity
Isnin, Oktober 11, 2010
Ahad, Oktober 10, 2010
Jumaat, Oktober 08, 2010
PROSES PENYENGGARAAN PEMBINAAN TANDAS
Tandas Murid Perempuan yang telah disimen lantai dan bahagian dalam tandas
Tandas Murid Lelaki juga telah disimen bahagian dalam dan lantainya
Pekerja kontrak sedang mengecat bahagian dalam dinding dan siling tandas guru perempuanGambar bawah bahagian dinding tandas murid perempuan. Paip besi untuk sinki masih tidak diganti walaupun dalam kontrak perjanjian, paip tersebut mesti diganti dengan yang baru. Mungkin pihak kontraktor belum memulakan kerja-kerja pemasangan paip
Gambar tandas Murid Lelaki (sebelah pagi)
MURAL KELAB PENCEGAH JENAYAH
Terima kasih kepada Guru Penasihat dan ahli Kelab Penjenayah yang terlibat menyiapkan mural di tangga antara Blog A dan Blog B
Labels:
Mural Kelab Pencegah Jenayah
Isnin, Oktober 04, 2010
UCAPAN TAKZIAH
Emak kepada Cikgu Arunasalam a/l Pandayachi yang berumur 73tahun telah meninggal dunia pada petang Hari Ahad (3.10.2010). Seluruh warga SMKSC mengucap Takziah kepada beliau atas pemergian emak beliau yang tersayang. Semoga En. Arunasalam tabah dan sabar menghadapi musibah yang menimpa. Upacara pembakaran telah berlangsung di Sentul.
Ahad, Oktober 03, 2010
JAMUAN AKHIR TAHUN 2010
Guru dan pasangan, Kakitangan, Pekerja Swasta, Pengusaha Kantin dan PIBG telah menghadiri Jamuan Akhir Tahun 2010 bertempat di Hotel Grand Seasson Kuala Lumpur dari jam 2.00petang - 5.petang. Dua buah bas disediakan untuk ke tempat jamuan yang dibiayai oleh Kelab Guru dan PIBG. Van sekolah juga turut digunakan.
YDP PIBG En. Mohd.Radi b. Razali sedang mencabut nombor bertuah disaksikan oleh Pemangku Pengetua - Pn. Hjh. Noraini (bertudung biru), NYDP PIBG-En. Idrus b. Abdul Manan, En. Revi Chander (Pengerusi Kelab Guru) dan Pn. Wan Supiah (GKMP Sains dan Matematik)
GAMBAR LAIN - LAYARI BLOG KELAB GURU SMKSC
Labels:
Jamuan Akhir Tahun 2010
Langgan:
Catatan (Atom)