Program Pengurusan Masa secara berkesan telah disampaikan oleh En. Mohd. Roseli dan Pn. Rosnah di Bilik Mesyuarat
SMK. SUNGAI CHOH, SG. CHOH, 48000 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: 03-60916081, Fax: 03-60933750.
e-mail: BEA5063@moe.edu.my
Jumaat, Mei 18, 2012
Khamis, Mei 17, 2012
SELAMAT HARI GURU 2012
TEMA HARI GURU 2012: GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Guru...
sebutir pasir menjadi intan,
seketul batu dijadikan berlian,
seorang manusia dijadikan insan,
seikhlas janji tetap ditunaikan,
kerana Mu ALlah kita berkorban,
didoakan semoga menjadi guru yang Murabbi,
didoakan oleh makhluk di langit dan dibumi,
SELAMAT HARI GURU
sebutir pasir menjadi intan,
seketul batu dijadikan berlian,
seorang manusia dijadikan insan,
seikhlas janji tetap ditunaikan,
kerana Mu ALlah kita berkorban,
didoakan semoga menjadi guru yang Murabbi,
didoakan oleh makhluk di langit dan dibumi,
SELAMAT HARI GURU
Labels:
Selamat Hari Guru 2012
Isnin, Mei 14, 2012
TAKLIMAT PROGRAM PRA-U BAWAH
Satu taklimat mengenai HEM, mata pelajaran yang ditawarkan serta Program Sambutan Hari Guru 2012 telah diadakan di Bilik Mesyuarat kepada pelajar Program Pra-U Bawah
Labels:
Taklimat Pelajar PPU- Bawah
SELAMAT DATANG
Pn. Hjh. Nor'aini (PK Akademik dan Pentadbiran) mengalu-alukan kehadiran semula seramai 42orang pelajar tingkatan 5 SEMESCO (2011) dan pelajar dari sekolah sekitar Zon Selatan Hulu Selangor. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memilih SEMESCO sebagai tempat menimba illmu sebelum melangkah ke menara gading
Labels:
Ucapan Aluan Selamat Datang
MENTOR MENTEE
Guru-guru berpeluang memberi perhatian, bimbingan dan khidmat nasihat kepada 68 orang pelajar melalui Program Mentor Mentee.
Mereka diberi peluang bertemu mentee sebanyak 5 kali. Program anjuran bersama Badan Pengawas dan UB&K ini memberi peluang bertujuan agar pelajar yang berkeperluan tinggi ini dapat dibimbing supaya mereka lebih terarah di bidang akademik, sahsiah dan emosi
En. Bakhtiar mengumumkan pelancaran Program Mentor Mentee
Guru-guru kanan lain turut menerima mentee mereka semasa pelancaran program tersebut
Pn. Alimah bt Abu Noh (PK HEM)
Pn. Norlia bt Abu Bakar (PK Kokurikulum)
En. Abd Sukor b. Yusof (PK Tingkatan 6)
Labels:
Program Mentor Mentee
Sabtu, Mei 12, 2012
Jumaat, Mei 11, 2012
MESYUARAT KURIKULUM KALI KE-3
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Hjh. Nor'aini bt Abd. Muin (PK Kurikulum dan Pentadbiran) pada 10.5.2012 (Khamis). Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein turut hadir
Antara perkara yang dibincangkan ialah:
1. Pendaftaran SPM
2. PBS Tingkatan 1
3. Kehadiran Kelas Tambahan PMR,SPM dan STPM
4. Maklum balas lawatan nazir pada 24.4.2012
5. SPSK
6. SKPM
1. Pendaftaran SPM
2. PBS Tingkatan 1
3. Kehadiran Kelas Tambahan PMR,SPM dan STPM
4. Maklum balas lawatan nazir pada 24.4.2012
5. SPSK
6. SKPM
Labels:
Mesyuarat Kurikulum Kali Ke-3
Khamis, Mei 10, 2012
SELAMAT DATANG
Seluruh warga SEMESCO mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pn. Norizan bt Ujang. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda di bidang Pendidikan Seni Visual dari UiTM
Selasa, Mei 08, 2012
PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM PRA-U
SEMESCO mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru Program Pra-U yang telah mendaftar pada hari ini.
Pn. Hjh. Mazlah mengalu-alukan kehadiran pelajar Program Pra-U
En. Abd. Sukor selaku PK Tingkatan 6 menerangkan mengenai kaedah penilaian PPU mengikut sistem semester
Khamis, Mei 03, 2012
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH
Piala Pusingan yang dipertandingkan
Pasukan Kadet Polis mendapat Johan dan Mohd. Hakimi sebagai Ketua Platun terbaik
Naib Johan dimenangi oleh Pasukan Kadet Remaja Sekolah
Tempat ke-3 dimenangi oleh Pasukan Bulan Sabit Merah
Terima kasih kepada Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein kerana telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang. Syabas dan tahniah kepada pasukan yang berjaya, cuba lagi kepada pasukan yang kurang bernasib baik. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Kawad Kaki 2012 kali ini.
Rabu, Mei 02, 2012
AKTIVITI KOKURIKULUM
Aktiviti kokurikulum hari ini diisi dengan kegiatan Pertandingan Lagu Patriotik dan Pertandingan Sketsa yang disertai oleh semua unit beruniform.
Pasukan Pandu Puteri
Pasukan PBSM membawakan lagu "JALUR GEMILANG"
Pasukan Kadet Polis menunjukkan bakat mereka
Labels:
Aktiviti Kokurikulum
Selasa, Mei 01, 2012
HARI PEKERJA
Selamat bercuti sempena Hari Pekerja 1 MEI, 2012
Tema Hari Pekerja 2012: "PEKERJA BERINOVATIF PENGGERAK TRANSFORMASI"
Labels:
Hari Pekerja 2012
SUMBANGAN BUKU
Terima kasih kepada Persatuan Bangkulu Malaysia Cawangan Sg. Choh terutama kepada Tuan Haji Zainal Abidin b. Hj. Zulkifle kerana telah menyumbang empat kotak buku bagi kegunaan Pusat Sumber SEMESCO. Sumbangan buku-buku tersebut telah disampaikan melalui Pn. Hjh Nor'aini (PK Akademik).
Pn. Azilah bt Jais mewakili Cik Siti Khatijah menerima sumbangan buku-buku tersebut yang telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Mazlah semasa perhimpunan pagi Isnin (30.4.2012)
Pn. Hjh. Nor'aini mengumumkan sumbangan yang telah diterima dari Persatuan Bangkulu Malaysia Cawangan Sg. Choh
Labels:
Sumbangan Buku
Langgan:
Catatan (Atom)