SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, September 25, 2013

Hari Anugerah Kokurikulum Sekolah 2013















Lencana Perkhidmatan Pengakap Daerah Hulu Selangor 2013

Seramai dua orang ahli Pengakap Remaja SMK Sungai Choh telah menyertai perkhemahan Lencana Perkhidmatan Pengakap Daerah Hulu Selangor yang telah diadakan pada 23-25 September 2013 di Pejabat Daerah Jabatan Pertahanan Awam Kuala Kubu Bharu.Perkhemahan tersebut dihadiri seramai 43 org Pengakap Remaja sekitar Hulu Selangor. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor, Haji Mohd Ishak b Jonid.
 

Isnin, September 23, 2013

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN 23 SEPTEMBER 2013

 Ikrar rukun negara


 Ikrar pelajar

 Laporan guru bertugas pada minggu lalu, En Ahmad Bukhari

 Ucapan Pengetua, Pn Hjh Jamilah Bt Hussein




Jumaat, September 06, 2013

TAKLIMAT PELAJAR PMR

 Pelajar-pelajar PMR berkumpul selepas perhimpunan untuk mendengar taklimat daripada GPK Kurikulum




 Pn Alimah Bt Abu Noh selaku GPK Kurikulum sedang memberikan peringatan kepada pelajar-pelajar agar meningkatkan pencapaian dalam PMR 2013.



Selasa, September 03, 2013

TAKLIMAT SEBELUM MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN

Pelajar-pelajar SPM mendengar taklimat daripada Pn Zaida selaku guru penyelaras peperiksaan SPM.



 Pelajar-pelajar membaca doa supaya diberi kelapangan dalam menjawab soalan peperiksaan percubaan 



Tn Hj Sameon turut meninjau pelajar-pelajar SPM



Isnin, September 02, 2013

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

Unit HEM SMK Sungai Choh dengan kerjasama Unit Kebajikan, telah mengumpulkan sumbangan daripada warga semesco untuk diberikan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Hari ni, sumbangan diberikan kepada Nyak Abu Bakar, iaitu bapa kepada Nyak Azizan, pelajar 2 Delima yang koma di Institut Saraf HKL. Sumbangan ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga. kami, warga SMK Sungai Choh mendoakan Nyak Azizan agar sembuh seperti sediakala dan dapat meneruskan pembelajaran di sini semula.



 Puan Pengetua turut menyampaikan sumbangan kepada Nur Farihah, kakak kepada  Nyak Azizan untuk membeli sepasang kasut sekolah. 



PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN 2-9-2013

Hari baru..Minggu baru..Bulan baru..

Hari ini, Isnin 2 September 2013 diharap dapat memberi semangat baru kepada pelajar-pelajar dan guru SMK Sungai Choh. Perhimpunan rasmi mingguan dimulakan dengan laungan " kami pelajar cemerlang" daripada pelajar-pelajar semesco, diikuti bacaan doa oleh pengawas yang bertugas.



 Ucapan guru bertugas pada minggu ini iaitu Pn Wan Safrah. Tajuk ucapannya pada minggu ini adalah "Sepakat Membawa Berkat". Beliau bersama-sama Pn Robalkhis bertugas dari isnin 2/9/2013 - jumaat 6/9/2013
  


Ucapan Tn Hj Sameon dapat memberi semangat motivasi kepada pelajar-pelajar.




Pn Nabisha sedang memberikan soalan kuiz kemerdekaan kepada pelajar-pelajar