Jeriji besi Blok F (Blok Tingkatan 6) tidak cantik dipandang mata. Ada sesiapa yang sudi membantu untuk membaikinya ? Sila hubungi Habshah.
SMK. SUNGAI CHOH, SG. CHOH, 48000 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: 03-60916081, Fax: 03-60933750.
e-mail: BEA5063@moe.edu.my
Jumaat, Oktober 31, 2008
BUKAN SEMUANYA CANTIK
Jeriji besi Blok F (Blok Tingkatan 6) tidak cantik dipandang mata. Ada sesiapa yang sudi membantu untuk membaikinya ? Sila hubungi Habshah.
JAMUAN HARI RAYA DAN DEEPAVALI TINGKATAN 3
Jamuan ini diadakan pada 31 Oktober 2008. Pelajar Tingkatan 3 telah dibenarkan memakai baju raya masing-masing.
PERBINCANGAN SEBELUM LAWATAN
Pada hari Khamis 30 Okt 2008, pelajar Tingkatan 3 berbincang dengan Pn Hjh Rosnah Zali sebelum mengadakan lawatan pada minggu hadapan.
Rabu, Oktober 29, 2008
PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN SMK SUNGAI CHOH
1) Sijil Penghargaan Atas Peningkatan Prestasi Yang Cemerlang Dalam Peperiksaan SPM 2007
2) Sijil Penghargaan Atas Kejayaan Mengekalkan Kecemerlangan Dalam Peperiksaan STPM 2007
Kedua sijil penghargaan ini adalah Hadiah Khas dari Jabatan Pelajaran Selangor.
Empat sijil yang lain adalah
1) Anugerah Kualiti Sekolah Cemerlang STPM ditandatangani oleh Pengarah Pelajaran JPS
2) Anugerah Kualiti Sekolah Cemerlang STPM ditandatangani oleh PPD Hulu Selangor
3) Anugerah Kualiti Pengurusan Makmal ICT Cemerlang Kategori Sekolah Menengah ditandatangani oleh Pengarah Pelajaran JPS
4) Anugerah kualiti Pengurusan Makmal ICT Cemerlang Kategori Sekolah Menengah ditandatangani oleh PPD Hulu Selangor.
Semuga kejayaan ini dapat diperolehi lagi pada tahun hadapan. Maju SMK Sungai Choh. Tahniah kepada semua warga SMKSC.





IKRAM DAN KESELAMATAN SEKOLAH
Tiga orang pegawai dari IKRAM telah datang ke sekolah untuk memeriksa keadaan pendawaian elektrik, bekalan air dan paip serta lain-lain seperti keadaan alat pendingin hawa dan alat pemadam api.
Isnin, Oktober 27, 2008
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008
Pelajar-pelajar Tingkatan 4 sedang menghadapi peperiksaan Mathematics Paper 1 and Paper 2 pada 24 Oktober 2008, Jumaat lalu.
Khamis, Oktober 23, 2008
MENUKAR MOTHERBOARD
Encik Shawal b Alias dari Syarikat Getronics yang mewakili DELL telah menukar motherboard PC K15 - Setiausaha Peperiksaan di Bilik Data.

INSTALLATION OF KASPERSKY ANTIVIRUS
Laptops were installed with Kaspersky AntiVirus by GiTN staffs with the help of our ICT teacher En Musalli.
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
Pelajar-pelajar Tingkatan 4A dan 4B sedang menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun dalam mata pelajaran Additional Mathematics Kertas 1 dan Kertas 2 hari ini.
URUSAN PEMULANGAN JUBAH KONVO
Jubah konvo dan mortarboard dikira untuk urusan pemulangan. Sebanyak 70 helai jubah dan 28 mortarboard telah disewa dari SM Sains Hulu Selangor. Jutaan terimakasih kepada semua warga Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor kerana sudi menyewakan jubah dan mortarboard beserta dengan lain-lain kelengkapan.
Langgan:
Catatan (Atom)