Mengecat bilik bimbingan dan kaunseling
SMK. SUNGAI CHOH, SG. CHOH, 48000 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: 03-60916081, Fax: 03-60933750.
e-mail: BEA5063@moe.edu.my
Sabtu, Februari 27, 2010
Khamis, Februari 25, 2010
MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2010
Terima kasih kepada TYDP PIBG SMKSC, En. Idrus b. Abdul Manan kerana telah sudi melepaskan peserta merentas desa kali ini
Pemenang-pemenang merentas desa mengikut kategori
Victor a/l Gopal - LB15
Ganeswaran a/l Arumugam - LB18
Anjali a/p Lajendra PB14
Izzatul Husna bt Harun - PB15
Siti Radiyah bt Sarif - PB18 Suguna a/l Subramaniam - LB14
Labels:
Merentas Desa Peringkat Sekolah
Rabu, Februari 24, 2010
PERSIAPAN PADANG UNTUK MERENTAS DESA
Keadaan padang yang tidak rata perlu ditambak dengan pasir untuk meratakannya
En. Kamarulzaman turut bersama Pasukan Quarter Master (QM) menambak pasir untuk meratakan padang bagi keselesasaan peserta merentas desa
En. Sabri (S/U Sukan) menggunakan kereta sorong mengangkat pasir untuk meratakan padang 
En. Bakhtiar menyambung kerja-kerja meratakan padang bersama pelajar sesi petang
Selasa, Februari 23, 2010
MESYUARAT MERENTAS DESA KALI KE-2
Mesyuarat membincangkan persiapan dan tahap kesediaan yang telah dilakukan oleh setiap ketua-ketua AJK kecil untuk menjayakan Program Merentas Desa kali ke-24
Isnin, Februari 22, 2010
MESYUARAT BERSAMA GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL
Mesyuarat guru yang mengajar mata pelajaran Teknik dan Vokasional bersama GKMP TV telah diadakan di Bilik Mesyuarat.
Kelihatan Pn. Sarina bt Shaari selaku GKMP TV yang baru dilantik, sedang mempengerusikan mesyuarat tersebut
PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM
Pasukan Pengakap mengetuai perhimpunan bulanan Unit Beruniform sesi petang pada bulan ini
Mohammad Iqmal Haziq b. Idrus sedang menyatakan bahawa pasukan unit beruniform yang diketuai oleh Pasukan Pengakap sudah bersiap sedia untuk memulakan majlis perhimpunan
Sabtu, Februari 20, 2010
PROGRAM PENDIDIKAN MORAL SIRI KE-2
Program Motivasi pelajar Siri Ke-2, anjuran Panitia Pendidikan Moral telah diisi dengan sesi memeriksa buku latihan pelajar, Ceramah Motivasi oleh Pensyarah UIAM En. Sitambaram serta sesi refleksi pelajar.
Pelajar tingkatan 5 menyediakan KOLAM sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu
Pn. Barathei memeriksa buku latihan pelajar - salah satu aturcara program
Jumaat, Februari 19, 2010
MESYUARAT PENGURUSAN KALI KE 3/2010
Labels:
mesyuarat pengurusan 3 / 2010
KELAS PREP
Kelas Prep untuk pelajar KRK berlangsung di Makmal Komputer mulai jam 3.00petang hingga 5.00petang. Mereka berpeluang menggunakan kemudahan internet selepas jam 4.00petang.
Labels:
Kelas Prep RK
MAJLIS JASAMU DIKENANG
Satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan persaraan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sg. Choh, Tn. Hj. Mohamad Yusof b. Abd. Aziz di PKG Sg. Choh. Tn. Hj. Mohamad Yusof pernah bertugas di SMKSC pada 1980 - 1990 sebagai guru KHB.
Kelihatan Tn. Hj. Mohd. Yusof sedang berbual dengan Hj. Ahmad Dahlan b. Kardi (KPP BTPNS) dan Tn. Hj. Suhaimi (PPD HS) sebelum majlis bermula
Labels:
Majlis Jasamu Dikenang
LATIHAN MERENTAS DESA SESI PETANG
En. Sabri b. Ahmad (Setiausaha Sukan) sedang memberi penerangan mengenai peraturan merentas desa dan mengingatkan tentang keselamatan mereka terutama apabila melalui dan menggunakan laluan yang melibatkan jalanraya utama
Latihan merentas desa kali ke-2 pelajar sesi petang telah berjalan dengan baik dan lancar
SIJIL PENYERTAAN KURSUS
Kursus Mini Pengurusan Kewangan Peribadi bertempat di Kolej Komuniti Hulu Selangor pada 31 Oktober 2009 yang lalu
Labels:
Sijil Penyetaan Kursus
Khamis, Februari 18, 2010
MEMBAIKI GRIL BLOK F
Pintu gril di bangunan blok F telah dibaik pulih oleh Syarikat Andys Munis Enterprise.
Labels:
Membaiki Gril Blok F
BEKAS PELAJAR SMKSC
.jpg)
Empat orang bekas pelajar SMKSC Tingkatan 5 tahun 2007 telah datang melawat sekolah. Mereka ialah
Muhamad Atik b Mohd Ali siswa UTM kursus Kejuruteraan Petroleum semester 2.
Mohd Zulwafi b Bahaudin siswa UMP kursus Kejuruteraan Awam semester 2.
Muhammad Rahman b Adedi siswa UIA kursus Aerospace Engineering semester 1.
Muhammad Rahmad bin Adedi siswa UIA kursus Mechatronics Engineering Semester 2.
Labels:
bekas pelajar SMKSC
JOHAN ACARA JEMPUTAN 4 X 100 m
Dalam Acara Jemputan 4 x100m Lelaki di Kejohanan Olahraga Kali Ke 6 SMK Serendah, SMK Sungai Choh telah berjaya mendapat Johan. Kejohanan itu telah diadakan pada 12 Februari 2010 yang lalu. Tahniah diucapkan
Labels:
johan 4 X100 m acara jemputan
Ahad, Februari 14, 2010
PERSIDANGAN BAHASA TAMIL ANTARABANGSA
En. Revi Chander a/l Subramaniam (Guru Cemerlang Bahasa Tamil) telah menyertai Persidangan Bahasa Tamil Antarabangsa di Kolej Kedua Universiti Malaya pada 13 dan 14 Februari, 2010. Perasmian Penutupan Persidangan tersebut telah disempurnakan oleh oleh Dato’ Sarawanan, Timbalan Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sabtu, Februari 13, 2010
SEMINAR PRS BONGSU 2010
Badan PRS SMKSC telah menganjurkan Seminar PRS Bongsu 2010 bertempat di SMKSC. Antara acara yang dijalankan ialah ice breaking, ceramah, LDK di bilik tayangan. Seramai 45orang termasuk fasilitator telah hadir di samping Guru Bimbingan dan Kaunseling Pn. Rosnah bt Zali
Pn. Hjh. Rosnah mengingatkan kepada peserta seminar agar berkhidmat sebagai rakan sebaya yang tidak mengira bangsa dan agama
Bergambar kenangan sebelum sesi ceramah di bilik tayangan
Labels:
Seminar PRS Bongsu 2010
MEMBINA LALUAN BERHALANGAN KALI KE-2
Pasukan Kadet Polis telah menyambung kerja-kerja pembinaan laluan berhalangan bagi kegiatan kokurikulum yang telah diketuai oleh Mohd. Shawal pelajar Pra-U 6C
Pelan cadangan laluan berhalangan meniti kayu yang akan dibina
LAPORAN SETERUSNYA
Labels:
Membina Laluan Berhalangan
Langgan:
Catatan (Atom)