SMK. SUNGAI CHOH, SG. CHOH, 48000 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: 03-60916081, Fax: 03-60933750.
e-mail: BEA5063@moe.edu.my
Khamis, September 30, 2010
BAIKPULIH TANDAS PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN
Rabu, September 29, 2010
MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KE-4
Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat mulai jam 1.49ptg - 2.15petang.
1. Hari Anugerah dan Kecemerlangan Kokurikulum - 13 Okt, 2010
2. Perhimpunan Khas sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 - 13 Okt, 2010.
Labels:
Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke-4
TAKLIMAT SEKOLAH
Pn. Hjh. Nor'aini telah menjelaskan mengenai Peperiksaan PMR, Peperiksaan Akhir tahun tingkatan 2 dan tingkatan 4, Cuti berganti Hari Deepavali atau Hari Raya Haji, Konvo Mini di Produa pada 24/10/2010, dan cara pemilihan guru cemerlang 2009. Beliau juga turut memperkenalkan guru baru.
Labels:
Taklimat Sekolah
Sabtu, September 25, 2010
JAMUAN HARI RAYA
Pn. Hjh.Nor'aini menerima cek sumbangan PIBG berjumlah RM1000.00

En. Mohd. Radi (YDP PIBG) bersama Pn. Hjh. Nor'aini (Pemangku Pengetua) sedang melawat gerai juadah tingkatan 3
Gerai juadah pelajar tingkatan 4


Sambutan Hari Raya peringkat sekolah telah diadakan di perkarangan sekolah dan kantin. Guru dan pelajar membawa juadah dan dihidangkan mengikut tingkatan. Suasana sungguh meriah ditambah pula pelajar berpakaian raya. Turut hadir sama ialah YDP, TYDP dan AJK PIBG yang lain dan ibu bapa. YDP PIBG turut menyumbangkan cek bernilai RM1,000.00. Terima kasih atas sumbangan tersebut
Labels:
Jamuan Hari Raya
UCAPAN TAHNIAH
Tahniah kepada Pn. Halezza bt Jabar kerana selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang ke-4 pada jam 8.20pagi Jumaat. Beliau kini berada di rumah di Desa Melor Serendah.
Labels:
Ucapan Tahniah
Jumaat, September 24, 2010
PEMERIKSAAN SISTEM PENDAWAIAN LETRIK
En. Amir bersama pembantu merupakan dua orang juruteknik letrik dari JKR Hulu Selangor (Bahagian Letrik) sedang memeriksa dan menguji samada arus letrik di bangunan Blok A mengikut spesifikasi yang sepatutnya. Hasil dari permeriksaan tersebut, sekolah disahkan dalam keadaan selamat.
MENAIKTARAF TANDAS
Kerja-kerja penambahbaikan tandas pelajar lelaki dan perempuan adalah seperti berikut:
1. Mengecat semula
2. Menukar keseluruhan sistem paip
3. Menukar pintu besar, setiap pintu tandas
4. Menukar mangkuk tandas, tangki, singki
5. Menukar jubin dinding dan lantai tandas
Kerja-kerja penambahbaikan tandas guru lelaki dan guru perempuan pula ialah:
1. Mengecat semula
2. Menukar keseluruhan sistem paip
3. Menukar singki
Kerja-kerja pembaikan di rumah pam bersebelahan makmal komputer
1. Menukar sistem pendawaian baru dan pendawaian mesin pam air
2. Menukar peralatan suis, lampu, suis utama
Ahad, September 05, 2010
KURSUS MOTIVASI SEHARI PELAJAR KELAS PERALIHAN

KURSUS SEHARI UNTUK PELAJAR KELAS PERALIHAN TELAH DIANJURKAN OLEH SRI MURUGAN CENTRE (NGO) DENGAN KERJASAMA JABATAN PERDANA MENTERI.
TARIKH: 05/09/2010
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 5.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
EN.REVI CHANDER SEBAGAI GURU PENGIRING TELAH MEMBAWA 18 ORANG PELAJAR DARI SMK SG CHOH ,RWG
Langgan:
Catatan (Atom)