Pasukan Pengakap membuat latihan kawad kaki untuk menyertai pertandingan kawak kaki peringkat sekolah yang akan diadakan pada 4.5.2011 (RABU). En. Kamarulzaman selaku guru penasihat membantu pelajar semasa latihan kawad tersebut
SMK. SUNGAI CHOH, SG. CHOH, 48000 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: 03-60916081, Fax: 03-60933750.
e-mail: BEA5063@moe.edu.my
Jumaat, April 29, 2011
Khamis, April 28, 2011
PENUKARAN PAPAN PUTIH BARU
Dua orang wakil Syarikat Dida Chee Services, MC 4B Mulberry Court, UP4 Taman Ukay Perdana Ampang sedang memasang papan putih baru, menggantikan papan putih lama yang tidak boleh berfungsi dengan baik. Papan putih lama Tingkatan 2Bestari (Blok F) telah dibaiki dan telah dipasang semula oleh syarikat berkenaan. Empat buah papan putih berkenaan telah dipasang pada hari ini
Labels:
Pemasangan White Board
Rabu, April 27, 2011
AKTIVITI UNIT BERUNIFORM
Acara permulaan untuk aktiviti Unit Beruniform kali ini dimulakan dengan menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Kemudian pelajar berada dalam unit beruniform masing-masing. Pelajar yang tidak hadir akan dikenakan tindakan demerit.
Pn. Halezza bt Ibrahim mengarahkan pelajar berada mengikut Unit Beruniform masing-masing
Labels:
Aktiviti Unit Beruniform
MESYUARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI
Mesyuarat Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Beruniform SMK. Sg. Choh telah dipengerusikan Pn. Norlia bt Abu Bakar (GPK Kokurikulum). Pertandingan tersebut akan diadakan pada 4 Mei, 2011 (Rabu)
SEMINAR PENDIDIKAN ISLAM PMR
Pn. Norazlinda bt Md. Wazir bertugas di SMK. Bandar Baru Batang Kali sedang memberi ceramah kepada pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Labels:
Seminar Pendidikan Islam PMR
PASUKAN KAWAD KAKI
Unit beruniform akan mengadakan pertandingan kawad kaki peringkat sekolah. Pasukan PBSM, Kadet Polis, dan Kadet Bomba mengumpulkan ahli untuk melengkapkan pasukan mereka
Labels:
Pasukan Kawad Kaki
Selasa, April 26, 2011
KHIDMAT BANTU PSS DAN PUSAT AKSES
PKG. Sg. Choh, menganjurkan Program Khidmat Bantu PSS dan ICT. Semua Juruteknik Makmal telah hadir bersama Guru Media sekolah Zon PKG. Sg.Choh. Terima kasih atas perkhidmatan yang telah mereka berikan. Program telah diketuai oleh Pn. Khairul Faridah bt Hasan, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG. Sg. Choh
KELAS ICTL
Pn. Siti Maheran mengedarkan surat pemberitahuan kepada ibu bapa mengenai kelas ICTL yang telah ditentukan mengikut hari dan tempat. Kelas ICTL diletakkan di luar jadual waktu atas arahan pengetua mulai 25.4.2011
Labels:
Kelas ICTL
PEMBAYARAN YURAN PEPERIKSAAN MUET
Pn. Siti Shanaz (S/U MUET) mengingatkan Pelajar PPU-A, tarikh akhir pembayaran Yuran Peperiksaan MUET pada 29/4/2011
Isnin, April 25, 2011
GURU BERTUGAS MINGGUAN
En. A.Rahim b. Mohd. Sharif, salah seorang guru bertugas minggu ini, menyampaikan ceramah bertajuk "Hormat Menghormati" semasa perhimpunan pagi
Labels:
Guru Bertugas Mingguan
PERKHEMAHAN PELANTIKAN KELANA HULU SELANGOR (VIGIL) 2011
Pada 23/4 - 24/4/2011 bertempat di SMK. Syed Masyor seramai 30/49 ahli Kelana telah menyertai Perkhemahan Pelantikan Kelana Hulu Selangor (VIGIL) 2011.

Selangor di ketuai oleh En. Sahrom b. Jaafar

Pasukan Kelana SMKSC telah mendapat Johan dalam Pertandingan Forum bertajuk "Globalisasi Melahirkan Generasi Glokal Dan Mengikis Obsesi Masyarakat". Gambar bawah menunjukkan peserta-peserta menerima sijil "Johan Pertandingan Forum" yang disampaikan oleh Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein
Labels:
Perkhemahan Pengakap Kelana
KURSUS PRS DAERAH HULU SELANGOR
Seramai 8orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMKSC telah mengikuti Kursus Kepimpinan PRS yang telah diadakan pada 21/4/2011 bertempat di SMK Taman Bunga Raya
Labels:
Kursus PRS Daerah Hulu Selangor
KURSUS KEPIMPINAN PRS
Kursus telah diadakan di Kolej PTPTL Shah Alam. Seramai 40orang PRS telah menghadiri kursus tersebut pada 23/4/2011 bersama-sama PRS SMK. Klang, PRS SMK Meru
Labels:
Kursus Kepimpinan PRS
Sabtu, April 23, 2011
Jumaat, April 22, 2011
KURSUS KEPIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Pn. Rosnah Zali dan En. Mohd Roseli mengingatkan pelajar mengenai keperluan yang perlu mereka bawa untuk menghadiri Kursus Kepimpinan PRS pada 23.4.2011 (Sabtu) di Kolej PTPTL Shah Alam
Labels:
Kursus Kepimpinan PRS
AKTIVITI PAGI JUMAAT
Aktiviti Pelajar India di kawasan berhampiran garaj kereta
Pelajar Melayu di tapak perhimpunan sedang membaca Surah Yasin
Labels:
Aktiviti Pagi Jumaat
PERTANDINGAN BOWLING PPU 2011
Pada 20.4.2011 yang lalu, pelajar PPU mengikuti pertandingan Bowling PPU 2011 bertempat di Golf Club And Country Resort, Bukit Beruntung
Labels:
Pertandingan Bowling PPU 2011
MENUKAR BATANG PAIP
Seorang pekerja sedang menyimen semula kawasan yang menempatkan batang paip air yang telah diganti baru untuk menyalurkan air ke tandas guru, dan pelajar Blok B
Labels:
Menukar Batang Paip
Isnin, April 11, 2011
PIDATO ALAM SEKITAR
Nur Yazida bt Sabarudin (kiri) mendapat Johan dalam Pertandingan Pidato Alam Sekitar anjuran UPSI Tg. Malim. Beliau menerima Sijil, Hadiah dan Wang Tunai RM100. Ishak Sairozi b. Abdullah pula mendapat Naib Johan, telah menerima Sijil, Hadiah dan Wang Tunai RM70. Pertandingan tersebut telah berlangsung di Auditorium Utama UPSI pada 8.4.2011 (Jumaat).
Guru Pengiring: En. Mohd. Aziz b. Che Husin
Guru Pembimbing: En. A.Azhan b. Adam
Tahniah kepada pemenang dan guru yang terlibat sehingga meraih kejayaan tersebut
Labels:
Pidato Alam Sekitar
KEJOHANAN BOLA SEPAK 2011
Muhamad Aiman b. Mat Saleh, Ketua Pasukan Bola Sepak B15 sedang menerima piala Kejohanan Bola Sepak Daerah B15 yang diumumkan oleh En. Bakhtiar. Piala disampaikan oleh Pn. Alimah bt Abu Noh - PK HEM
Barisan pemain pasukan Bola Sepak B15 bergambar selepas dikalungkan pingat oleh Pn. Alimah. Tahniah diucapkan atas kejayaan tersebut
Labels:
Kejohanan Bola Sepak 2011
KEJOHANAN MSSD 2011
En. Sabri mengumumkan bahawa SMKSC telah mendapat tempat ke-4 dalam Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Selangor berbanding tempat ke-8 tahun lalu. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat menggembeling tenaga melonjakkan kedudukan SMKSC di Daerah Hulu Selangor
Labels:
Kejohanan MSSD 2011
HOMESTAY KRK
15orang pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) tingkatan 3Amanah bergambar sebelum mereka bertolak ke SM. Sains Hulu Selangor untuk menyertai Program Homestay selama 5hari (11.4.2011 - 15.4.2011). Bayaran RM65.00 seorang dikenakan bagi menyertai program ini. Guru Pengiring digilir-gilirkan dan diketuai oleh Pn. Asmah Kassim selaku Guru Penyelaras Program KRK.
Labels:
Homestay KRK
Sabtu, April 09, 2011
JOHAN BOLA SEPAK LB15 MSSD
Pasukan Bola Sepak LB15 yang mendapat tempat pertama - Johan Daerah bagi kategori LB15 bergambar kenangan. Tahniah diucapkan kepada pelajar, Jurulatih dan guru pengiring iaitu En. Bakhtiar, En. Kamarulzaman, En. Mohd. Roseli, En. Sabri dan En. A.Rahim
Labels:
Johan Bola Sepak LB15
PERLAWANAN BOLA JARING MSSD
Pasukan Bola Jaring PB18 bersiap sedia untuk bertanding. Walaupun mereka telah berusaha dan berlatih, nasib tidak menyebelahi mereka. Cuba lagi tahun hadapan dengan penuh keyakinan
Guru pengiring Pn. Rosnah bt Zali
Labels:
Perlawanan Bola Jaring MSSD
Khamis, April 07, 2011
MESYUARAT POSTMORTEM PMR, SPM, STPM
Mesyuarat telah diadakan pada 6.4.2011 di Bilik Mesyuarat, dipengerusikan Pn. Hjh. Nor'aini (PK. Akademik)
Rabu, April 06, 2011
PEMANTAUAN PENGURUSAN MAKMAL DAN PUSAT AKSES
Pn. Khairul Faridah Hasan (Pegawai Teknologi Pelajaran PKG Sg. Choh - tengah), bersama En. Mohd. Izuan Yaakop (Juruteknik Komputer PKG Sg. Choh - kiri) telah datang untuk membuat pemantauan pengurusan Pusat Akses dan Makmal Komputer. Taklimat Pengurusan Makmal Komputer telah disampaikan oleh Penyelaras Makmal
RUMAH HIJAU
Ishak Sarozi berharap pelajar rumah hijau memulangkan semula pakaian yang digunakan semasa raptai hari sukan dalam keadaan baik
Labels:
RUMAH HIJAU
Langgan:
Catatan (Atom)