SMK. SUNGAI CHOH, SG. CHOH, 48000 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: 03-60916081, Fax: 03-60933750.
e-mail: BEA5063@moe.edu.my
Rabu, Februari 29, 2012
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
SMK Sg. Choh mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas pelantikan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor yang baru iaitu En.Zainal Abidin b. Mohd. Yusuf. Beliau mula menyandang jawatan tersebut mulai 21 Februari, 2012
Sabtu, Februari 25, 2012
MESYURAT AGUNG PIBG KALI KE-37
Ketibaan YB. Datok Mohd. Isa b Kasim, DPSM, AMS, DMS (ADUN N7 Batang Kali) disambut oleh Pn. Hjh. Mazlah (Pengetua), En. Mohd. Radi (YDP), En. Idrus Manan (TYDP), En. Sameon b. Sidek (Wakil PPD)
Gambar lain Mesyuarat Agung Kali ke-37 sila layari blog PIBG SEMESCO
Labels:
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37
Khamis, Februari 23, 2012
PEMERIKSAAN KIPAS SILING
En. Shahril Azli b. Saad merupakan supervisor dan juga wakil Syarikat Panasonic Sdn. Bhd (Klang) telah datang bersama pembantunya pada hari ini dan semalam untuk membuat pemeriksaan samada tali keselamatan dipasangkan pada setiap kipas di semua bilik di SMK. Sg. Choh. Terima kasih kepada syarikat berkenaan atas khidmat masyarakat yang telah dicurahkan
Salah sebuah kipas yang dikesan tidak dipasang tali keselamatan (gambar bawah)
Labels:
Pemeriksaan Kipas Siling
Rabu, Februari 22, 2012
KEGIATAN KOKURIKULUM
Labels:
Kegiatan Kokurikulum
Selasa, Februari 21, 2012
Isnin, Februari 20, 2012
KEM BAKAT SUKAN
Peserta Kem Bakat Sukan berkumpul mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh En. Sabri. Latihan dan pemilihan olahraga atas nama Kem Bakat Sukan telah bermula jam 4.00petang hingga 5.30petang
Labels:
Kem Bakat Sukan
Sabtu, Februari 18, 2012
BENGKEL PENGURUSAN
Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein merasmikan Bengkel Pengurusan Persatuan, Kelab, Sukan dan Permainan serta Unit Beruniform
Slot 1 - Pn. Norlia (GPK Kokurikulum) menerangkan tugas setiap pemimpin organisasi - pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan AJK Slot 2 - Pertandingan memasang dan membuka khemah
Slot 3 - Menyiapkan carta organisasi kelab, persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform
Sesi rehat - menjamu selera
Labels:
Bengkel Pengurusan
Jumaat, Februari 17, 2012
LATIHAN KAWAD KAKI
En. Mohd. Roseli b. Dardan mengingatkan peserta kawad kaki Kadet Polis agar berada di sekolah jam 8.30pagi (18.2.2012 - Sabtu) untuk aktiviti latihan kawad kaki
Labels:
Latihan Kawad Kaki Kadet Polis
PESERTA PERARAKAN
Ustazah Shafinaz berbincang dengan pelajar yang akan mengikuti Perarakan Maulidul Rasul peringkat Kariah Sg. Choh pada 19.2.2012 (Ahad) bermula jam 8.00pagi. Perarakan akan bermula dari Dewan Sg. Choh menuju ke Masjid
KUTIPAN DERMA KEMATIAN BAPA
Tabung kutipan derma untuk kematian bapa Nor Darwina bt Mahmud (5Ekonomi) telah diedarkan kepada guru dan pelajar serta kakitangan SEMESCO oleh dua orang pengawas
Labels:
Kutipan Derma Kematian Bapa
TAZKIRAH HARI JUMAAT
Tazkirah ringkas pagi Jumaat kali ini disampaikan oleh Ustazah Shafinaz di tapak perhimpunan mengenai bagaimana menjaga hati. Hati kita amat perlu dijaga agar terhindar dari sifat iri hati, tidak sombong dengan kelebihan yang kita ada. Beliau menegaskan bahawa untuk menjaga dan mendidik hati agar jauh dari sifat-sifat keji, kita perlu banyak mengingati ALlah, banyak baca Quran dan selalu ingat akan mati. Oleh itu, jadilah anak yang baik, tidak mengikut bisikan syaitan yang menyeru kepada berbuat kejahatan dan maksiat.
Labels:
Tazkiran Hari Jumaat
Khamis, Februari 16, 2012
MESYUARAT MERENTAS DESA
Mesyuarat Merentas Desa telah dipengerusikan oleh Pn. Norlia bt Abu Bakar (GPK Kokurikulum)
Guru-guru yang hadir mesyuarat merentas desa
En. Sabri turut menerangkan mengenai laluan merentas desa
Labels:
Mesyuarat Merentas Desa
Rabu, Februari 15, 2012
MESYUARAT PENDIDIKAN SENI VISUAL DAERAH
Selaku Pengerusi Mata Pelajaran PSV Daerah Hulu Selangor, SMK. Sg. Choh telah menganjurkan Mesyuarat Mata Pelajaran PSV Daerah kali pertama untuk tahun 2012 bertempat di bilik mesyuarat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein
Tuan Hj. Sameon Sidek turut hadir
Tuan Hj. Sameon Sidek turut hadir
SUKAN DAN PERMAINAN
Aktiviti sukan dan permainan untuk kegiatan kokurikulum telah diadakan pada jam 3.30petang hingga 5.00petang hari ini.
Labels:
Sukan Dan Permainan
SEMINAR KERJAYA CHEF
Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan SEMINAR KERJAYA CHEF. 70orang peserta telah menghadiri seminar ini yang diadakan di Dewan Sekolah
Labels:
Seminar Kerjaya Chef
Selasa, Februari 14, 2012
PENUKARAN MODEM
Dua orang juruteknik TM Bhd sedang membuat konfigurasi dan menukar modem yang rosak dipanah petir pada hari Ahad yang lalu (12.2.2012)
Labels:
Penukaran Modem
Langgan:
Catatan (Atom)