Kejohanan merentas desa peringkat sekolah telah diadakan pada 31.3.2010 (Sabtu). Peserta larian mengikut kategori telah dilepaskan oleh En. Idrus b. Abdul Manan (TYDP PIBG) yang mewakili YDP PIBG. Terima kasih atas kesudian beliau melapangkan masa memeriahkan lagi kejohanan pada kali ini.
Berikut adalah peserta yang mendapat Johan dalam setiap kategori:
1. L1 - Mohd. Nor Hakim (Hijau) - 22.09 minit
2. L2 - Raja Mohd. Zaidi (Merah) - 21.04minit
3. L3 - Amirul Rahimi (Merah) - 22.52minit
4. P1 - Anjali (Hijau) - 26.37minit
5. P2 - Nur Eewan Syafiqah (Merah) - 29.10minit
6. P3 - Wan Rukaiah Adibah (Merah) - 28.00minit
Tahniah kepada pemenang-pemenang.
SMK. SUNGAI CHOH, SG. CHOH, 48000 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: 03-60916081, Fax: 03-60933750.
e-mail: BEA5063@moe.edu.my
Sabtu, Mac 31, 2012
Jumaat, Mac 30, 2012
Pentarafan Pengakap Raja Negeri Selangor 2012
Pada 30 Mac - 2 April 2012 akan berlangsungnya Pentarafan Pengakap Raja Negeri Selangor 2012 di Kem Semenyih, Hulu Langat, Selangor. Seramai 10 orang calon Pengakap Raja Hulu Selangor telah sama-sama mengikuti pentarafan tersebut termasuk Muhammad Shahlan bin Yusof dari SMK Sungai Choh. Pihak sekolah amat berharap agar Muhammad Shahlan berjaya dalam ujian pentarafan tersebut dan berjaya menjadi Pengakap Raja 2012.
Khamis, Mac 29, 2012
SPORT CHECK KALI KE-2
Pemeriksaan kekemasan diri dan peralatan-peralatan yang tidak boleh dibawa ke sekolah telah diadakan sewaktu perhimpunan pagi hari ini
Labels:
Sport Check Kali Ke-2
Rabu, Mac 28, 2012
MESYUARAT SEKOLAH KU SAYANG
Mesyuarat telah diadakana di Bilik Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein. Turut hadir En. Mohd. Radi b. Razali (YDP PIBG), En. Idrus Manan (TYDP PIBG), AJK PIBG di kalangan ibu bapa dan Guru serta Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran. Mesyuarat membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan dalam Program "SEKOLAKU SAYANG"
Labels:
Mesyuarat Sekolah Ku Sayang
MESYUARAT JK PELAKSANA FORUM REMAJA
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pn. Norlia bt Abu Bakar (GPK Kokurikulum) telah diadakan di PSS. Agenda mesyuarat membincangkan pelaksanaan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Hulu Selangor. Sebanyak 12buah sekolah akan mengambil bahagian dalam pertandigan tersebut yang akan diadakan pada 4 April, 2012 (Rabu)
Isnin, Mac 26, 2012
OLAHRAGAWATI MSSD PEREMPUAN KELAS 2
Ucapan tahniah kepada Nur Eewan Syafikah yang telah dianugerahkan Olahragawati MSSD Perempuan Kelas 2 Daerah Hulu Selangor. Beliau telah mendapat Empat Pingat Emas dalam acara 100m, 200m, Lompat Jauh dan 4x400m.
Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein menyampaikan empat pingat Emas yang dimenangi oleh Nur Eewan Syafikah
PERINGATAN MENGENAI KES DENGGI
Pn. Maizatulakmam mengingatkan pelajar bahawa SMKSC pernah didenda sebanyak RM500 kerana terdapat bukti larva dan tempat pembiakan nyamuk aedes. Beliau berharap semua warga SEMESCO memberi kerjasama agar tidak membuang sampah bekas makanan, beg-beg plastik supaya menghindarkan pembiakan nyamuk aedes
Labels:
Peringatan Mengenai Kes Denggi
Jumaat, Mac 23, 2012
LATIHAN BOLA SEPAK
En. Bakhtiar dan En. Kamarulzaman melatih pasukan Bola Sepak LB15 dan LB18 yang akan bertarung di Stadium Mellinium Kuala Kubu Bharu pada minggu hadapan
Labels:
Latihan Bola Sepak LB15 dan LB18
Khamis, Mac 22, 2012
MESYUARAT CATUR DAERAH
Selaku tuan rumah Pertandingan Catur Daerah Hulu Selangor, Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang diadakan di Bilik Mesyuarat
Rabu, Mac 21, 2012
PELAJAR CEMERLANG SPM 2011
Syafiqah Nadiah bt Ya'acob mendapat 10A, 1B

Amira Kartini bt Sulaiman Shah (9A, 1B)
Labels:
Pelajar Cemerlang SPM 2011
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2011
Gred Purata Sekolah 2010 ialah 5.39
Gred Purata Sekolah 2011 ialah 5.34
KPI Pengarah JPSNDE ialah 4.9
Gred Purata Sekolah 2011 ialah 5.34
KPI Pengarah JPSNDE ialah 4.9
Sebelum penyampaian slip keputusan SPM 2011 diadakan sesi penerangan kemasukan ke TWINTECH, Sri Damansara yang di sampaikan oleh En. Mohd. Malik dari Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan
Labels:
Keputusan Peperiksaan SPM 2012
PANDU PUTERI
Pn. Rosnah bt Noh menegur serta mengingatkan ahli Pasukan Pandu Puteri agar sentiasa berpakaian lengkap pada setiap Hari Rabu
Labels:
Pasukan Pandu Puteri
KURSUS ASAS MANIK KAYU
57orang pelajar PPU-Atas menyertai Kursus Asas Manik Kayu (Penerangan) Peringkat Negeri Selangor di SMK. Kuala Kubu Bharu. Mereka diiringi oleh dua orang guru pengiring
En. Sukor (Penyelaras Program Pra-U) memberi ucapan kepada peserta sebelum mereka bertolak menaiki bas ke SMK. Kuala Kubu Bharu
Puan Haleeza bt Ibrahim juga turut memberi taklimat mengenai program sebelum peserta bertolak ke SMK. Kuala Kubu Bharu Selamat berkursus
Labels:
Kursus Asas Manik Kayu
Selasa, Mac 20, 2012
LATIHAN BOLA BALING DAN BOLA SEPAK
Latihan perlawanan bola sepak antara LB15 dengan pasukan LB18 telah diadakan dipadang sekolah
Latihan Bola Baling (P) turut dijalankan pada jam 3.30petang - 5.30petang.
SUNTIKAN HPV
Petugas dari Klinik Kesihatan, Kuala Kubu Bharu iaitu dari Unit Pasukan Sekolah yang diketuai oleh Pn. Saviah bt Omar telah mengadakan perkhidmatan Suntikan Pelalian Human Papilloma Virus (HPV) kepada pelajar tingkatan 1. Suntikan pertama telah diadakan pada 13.2.2012 yang lalu, suntikan ke-2 pada 20.3.2012 manakala suntikan ke-3 akan dilakukan pada 20.7.2012 akan datang. Terima kasih atas perkhidmatan mereka ke SEMESCO.
Labels:
Suntikan Pelalian HPV
LATIHAN MERENTAS DESA
Masa: 3.00petang - 4.30petang
Tempat: Padang SMK. Sg. Choh.
Oleh kerana cuaca tidak mengizinkan, latihan merentas desa telah berlangsung di Padang SMK. Sg. Choh.
Labels:
Latihan Merentas Desa Kali Ke-2
Isnin, Mac 19, 2012
BUKU KAWALAN KELAS
En. A. Rahim b. Mohd. Sharif mengingatkan ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan agar sentiasa memastikan buku kawalan kelas diisi oleh guru yang masuk ke kelas mereka
Labels:
Buku Kawalan Kelas
Selasa, Mac 13, 2012
Khamis, Mac 08, 2012
Rabu, Mac 07, 2012
LATIHAN MERENTAS DESA KALI KE-3
Latihan merentas desa kali ke-3 telah diadakan pada jam 3.30petang hingga 4.30petang
Labels:
Latihan Merentas Desa Kali Ke-3
UCAPAN TAHNIAH
Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru kerana telah berjaya meningkatkan prestasi pencapaian SPM 2011. Sebagai target, beliau berharap semua mata pelajaran PMR, SPM akan mencapai 100% dan peratus keseluruhan PMR 2012 adalah 85% sementara GPMP (SPM) meningkat dari 5.35 ke 5.25. STPM 2012 pula, beliau berharap keputusan STPM akan mencapai 100% (2012) dengan GPS - 3.25. Pn. Hjh. Mazlah turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru yang telah bertungkus lumus melatih atlit sekolah sehingga berjaya mendapat tempat ke-7 MSSD.
Labels:
Ucapan Tahniah
KEPUTUSAN STPM 2012
Keputusan STPM 2011 SMKSC telah diumumkan oleh Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein di Bilik Mesyuarat jam 2.00petang hari ini. Seramai 10orang pelajar telah berjaya memperolehi CGPA melebihi 3.0. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Terima kasih atas kerjasama erat guru-guru Tingkatan 6 bagi melahirkan pelajar yang cemerlang
Ishak Sairozi mendapat CGPA 3.75
Farah Wahida mendapat CGPA 3.5
Mohd Sufi mendapat CGPA 3.55
Gambar dan berita selanjutnya, boleh melayari BLOG MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SEMESCO
Nur Sazwani mendapat CGPA 3.92
Labels:
Keputusan STPM 2011
CERAMAH PROGRAM NILAM
Penerangan mengenai Program Nilam berlangsung di Bilik Tayangan Perpustakaan SMKSC telah disampaikan oleh Pn. Salamah bt Udin, Guru Cemerlang Pusat Sumber SMK. Serendah. Terima kasih atas kesudian beliau memberi penjelasan mengenai program tersebut
Labels:
Ceramah Program NILAM
Selasa, Mac 06, 2012
Isnin, Mac 05, 2012
LATIHAN ATLIT SEKOLAH
Latihan Atlit Sekolah yang akan mewakili SEMESCO dalam kejohanan sukan dan olahraga peringkat Daerah Hulu Selangor telah dikendalikan oleh En. Sabri dan En. Zahrul
En. Sabri menunjuk cara yang betul acara merejam lembing
Labels:
Latihan Atlit Sekolah
Langgan:
Catatan (Atom)