En. Yatim Mustafa dan En. Mohd.Firdaus dari UNIT KHAS,
Majlis Daerah Hulu Selangor telah membersihkan runtuhan
dahan pokok hujan-hujan yang menghempap Bumbung Perhentian
Bas di hadapan sekolah. Kerja pembersihan bermula jam
3.00ptg hingga 4.30petang. Mereka menjelaskan bahawa
kerja-kerja pembaikan semula perhentian bas tersebut akan
dilaksanakan tidak lama lagi. Terima kasih kepada Majlis
Daerah Hulu Selangor.
Ke dua-dua gambar di atas menunjukkan keadaan perhentian
bas di hadapan sekolah setelah kerja-kerja pembersihan
dijalankan oleh UNIT KHAS MDHS.