SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Selasa, Mac 20, 2012

LATIHAN BOLA BALING DAN BOLA SEPAK

Latihan perlawanan bola sepak antara LB15 dengan pasukan LB18 telah diadakan dipadang sekolah
Latihan Bola Baling (P) turut dijalankan pada jam 3.30petang - 5.30petang.

SUNTIKAN HPV

Petugas dari Klinik Kesihatan, Kuala Kubu Bharu iaitu dari Unit Pasukan Sekolah yang diketuai oleh Pn. Saviah bt Omar telah mengadakan perkhidmatan Suntikan Pelalian Human Papilloma Virus (HPV) kepada pelajar tingkatan 1. Suntikan pertama telah diadakan pada 13.2.2012 yang lalu, suntikan ke-2 pada 20.3.2012 manakala suntikan ke-3 akan dilakukan pada 20.7.2012 akan datang. Terima kasih atas perkhidmatan mereka ke SEMESCO.

LATIHAN MERENTAS DESA



Tarikh: 19.3.2012 (Isnin)
Masa: 3.00petang - 4.30petang
Tempat: Padang SMK. Sg. Choh.
Oleh kerana cuaca tidak mengizinkan, latihan merentas desa telah berlangsung di Padang SMK. Sg. Choh.

Isnin, Mac 19, 2012

BUKU KAWALAN KELAS

En. A. Rahim b. Mohd. Sharif mengingatkan ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan agar sentiasa memastikan buku kawalan kelas diisi oleh guru yang masuk ke kelas mereka

SEMAKAN MATA PELAJARAN

Pelajar tingkatan 5 diberi slip senarai mata pelajaran SPM yang mereka pilih. Semakan perlu dibuat agar menepati mata pelajaran yang dipilih

Selasa, Mac 13, 2012

LATIHAN BOLA BALING

En. Mohd. Roseli menasihatkan pelajar agar pulang terus ke rumah setelah tamat latihan bola baling

Khamis, Mac 08, 2012

LATIHAN BOLA SEPAK

En. Bakhtiar dan En. Kamarulzaman melatih pasukan Bola Sepak B15 dan B18

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein berharap guru mata pelajaran membuat Bank Item

Rabu, Mac 07, 2012

KEPUTUSAN STPM 2012

Keputusan STPM 2011 SMKSC telah diumumkan oleh Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein di Bilik Mesyuarat jam 2.00petang hari ini. Seramai 10orang pelajar telah berjaya memperolehi CGPA melebihi 3.0. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Terima kasih atas kerjasama erat guru-guru Tingkatan 6 bagi melahirkan pelajar yang cemerlang

Nur Sazwani mendapat CGPA 3.92

Ishak Sairozi mendapat CGPA 3.75 Farah Wahida mendapat CGPA 3.5
Mohd Sufi mendapat CGPA 3.55 Gambar dan berita selanjutnya, boleh melayari BLOG MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SEMESCO

LATIHAN MERENTAS DESA

Latihan merentas desa kali pertama telah berlangsung bermula jam 3.00petang hingga jam 5.00petang

CERAMAH PROGRAM NILAM

Penerangan mengenai Program Nilam berlangsung di Bilik Tayangan Perpustakaan SMKSC telah disampaikan oleh Pn. Salamah bt Udin, Guru Cemerlang Pusat Sumber SMK. Serendah. Terima kasih atas kesudian beliau memberi penjelasan mengenai program tersebut




Pn. Alimah bt Abu Noh (GPK HEM), mewakili Puan Pengetua menyampaikan cenderahati kepada penceramah

Selasa, Mac 06, 2012

MESYUARAT UNIT HEM

Mesyuarat Unit HEM telah dipengerusikan oleh Pn. Alimah bt Abu Noh, berlangsung di Bilik Mesyuarat

Isnin, Mac 05, 2012

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein mengendalikan sesi perjumpaan bersama pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM 2012 mengenai prestasi pencapaian akademik dan kehadiran mereka ke kelas tambahan

LATIHAN ATLIT SEKOLAH

Latihan Atlit Sekolah yang akan mewakili SEMESCO dalam kejohanan sukan dan olahraga peringkat Daerah Hulu Selangor telah dikendalikan oleh En. Sabri dan En. Zahrul


En. Sabri menunjuk cara yang betul acara merejam lembing

Peserta Lelaki Lompat Tinggi Latihan melontar peluru

LATIHAN BOLA SEPAK

Latihan Bola Sepak B15 dan B18 telah dikendalikan oleh En. Bakhtiar dan En. Kamarulzaman

Sabtu, Mac 03, 2012

LATIHAN BOLA SEPAK

Latihan Bola Sepak Bawah 15 dan 18 telah diadakan pada petang Jumaat (2.3.2012). Perlawanan antara dua pasukan itu juga turut berlangsung

Khamis, Mac 01, 2012

MESYUARAT KEWANGAN 1

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein mempengerusikan mesyuarat kewangan pertama di Bilik Mesyuarat. Antara perkara yang disentuh ialah perancangan perbelanjaan setiap panitia mata pelajaran

Rabu, Februari 29, 2012

PEGAWAI PELAJARAN DAERAH

SMK Sg. Choh mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas pelantikan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor yang baru iaitu En.Zainal Abidin b. Mohd. Yusuf. Beliau mula menyandang jawatan tersebut mulai 21 Februari, 2012

Sabtu, Februari 25, 2012

MESYURAT AGUNG PIBG KALI KE-37

Ketibaan YB. Datok Mohd. Isa b Kasim, DPSM, AMS, DMS (ADUN N7 Batang Kali) disambut oleh Pn. Hjh. Mazlah (Pengetua), En. Mohd. Radi (YDP), En. Idrus Manan (TYDP), En. Sameon b. Sidek (Wakil PPD)

Poster Mesyuarat AGUNG PIBG


Gambar lain Mesyuarat Agung Kali ke-37 sila layari blog PIBG SEMESCO

PERLAWANAN BOLA SEPAK

Barisan Pemain


Penyelaras Tingkatan 6, En. Sukor memulakan sepak mula

Khamis, Februari 23, 2012

PEMERIKSAAN KIPAS SILING

En. Shahril Azli b. Saad merupakan supervisor dan juga wakil Syarikat Panasonic Sdn. Bhd (Klang) telah datang bersama pembantunya pada hari ini dan semalam untuk membuat pemeriksaan samada tali keselamatan dipasangkan pada setiap kipas di semua bilik di SMK. Sg. Choh. Terima kasih kepada syarikat berkenaan atas khidmat masyarakat yang telah dicurahkan Salah sebuah kipas yang dikesan tidak dipasang tali keselamatan (gambar bawah)

Rabu, Februari 22, 2012

KEGIATAN KOKURIKULUM

Kegiatan Unit Beruniform telah diadakan mengikut tempat yang telah ditentukan

Pasukan Bomba

Pasukan PBSM

Selasa, Februari 21, 2012

PELANCARAN PROGRAM NILAM

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein telah merasmikan Program Nilam Peringkat Sekolah. Beliau mengingatkan pelajar bahawa ilmu itu pelita hidup yang akan menyuluh hidup pelajar. Justeru itu, pelajar perlu banyak membaca bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan

Isnin, Februari 20, 2012

KEM BAKAT SUKAN

Peserta Kem Bakat Sukan berkumpul mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh En. Sabri. Latihan dan pemilihan olahraga atas nama Kem Bakat Sukan telah bermula jam 4.00petang hingga 5.30petang