SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Mei 18, 2012

PROGRAM MAJU DIRI PPU-BAWAH

Program Pengurusan Masa secara berkesan telah disampaikan oleh En. Mohd. Roseli dan Pn. Rosnah di Bilik Mesyuarat

Khamis, Mei 17, 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

TEMA HARI GURU 2012: GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Guru...
sebutir pasir menjadi intan,
seketul batu dijadikan berlian,
seorang manusia dijadikan insan,
seikhlas janji tetap ditunaikan,
kerana Mu ALlah kita berkorban,
didoakan semoga menjadi guru yang Murabbi,
didoakan oleh makhluk di langit dan dibumi,
SELAMAT HARI GURU

Isnin, Mei 14, 2012

TAKLIMAT PROGRAM PRA-U BAWAH

Satu taklimat mengenai HEM, mata pelajaran yang ditawarkan serta Program Sambutan Hari Guru 2012 telah diadakan di Bilik Mesyuarat kepada pelajar Program Pra-U Bawah


SELAMAT DATANG

Pn. Hjh. Nor'aini (PK Akademik dan Pentadbiran) mengalu-alukan kehadiran semula seramai 42orang pelajar tingkatan 5 SEMESCO (2011) dan pelajar dari sekolah sekitar Zon Selatan Hulu Selangor. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memilih SEMESCO sebagai tempat menimba illmu sebelum melangkah ke menara gading

MENTOR MENTEE

Guru-guru berpeluang memberi perhatian, bimbingan dan khidmat nasihat kepada 68 orang pelajar melalui Program Mentor Mentee. Mereka diberi peluang bertemu mentee sebanyak 5 kali. Program anjuran bersama Badan Pengawas dan UB&K ini memberi peluang bertujuan agar pelajar yang berkeperluan tinggi ini dapat dibimbing supaya mereka lebih terarah di bidang akademik, sahsiah dan emosi

 En. Bakhtiar mengumumkan pelancaran Program Mentor Mentee

Pn. Hjh. Nor'aini bertemu mentee beliau

Guru-guru kanan lain turut menerima mentee mereka semasa pelancaran program tersebut
Pn. Alimah bt Abu Noh (PK HEM)
Pn. Norlia bt Abu Bakar (PK Kokurikulum)
En. Abd Sukor b. Yusof (PK Tingkatan 6)


Sabtu, Mei 12, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU



Secebis bicara buat ibu tersayang

Jumaat, Mei 11, 2012

MESYUARAT KURIKULUM KALI KE-3

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Hjh. Nor'aini bt Abd. Muin (PK Kurikulum dan Pentadbiran) pada 10.5.2012 (Khamis). Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein turut hadir
Antara perkara yang dibincangkan ialah:
1. Pendaftaran SPM

2. PBS Tingkatan 1

3. Kehadiran Kelas Tambahan PMR,SPM dan STPM

4. Maklum balas lawatan nazir pada 24.4.2012

5. SPSK

6. SKPM

Khamis, Mei 10, 2012

SELAMAT DATANG

Seluruh warga SEMESCO mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pn. Norizan bt Ujang. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda di bidang  Pendidikan Seni Visual dari UiTM



Selasa, Mei 08, 2012

PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM PRA-U

SEMESCO mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru Program Pra-U yang telah mendaftar pada hari ini.
Pn. Hjh. Mazlah mengalu-alukan kehadiran pelajar Program Pra-U
En. Abd. Sukor selaku PK Tingkatan 6 menerangkan mengenai kaedah penilaian PPU mengikut sistem semester

Khamis, Mei 03, 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH

Piala Pusingan yang dipertandingkan
Pasukan Kadet Polis mendapat Johan dan Mohd. Hakimi sebagai Ketua Platun terbaik
Naib Johan dimenangi oleh Pasukan Kadet Remaja Sekolah
Tempat ke-3 dimenangi oleh Pasukan Bulan Sabit Merah
Terima kasih kepada Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein kerana telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang. Syabas dan tahniah kepada pasukan yang berjaya, cuba lagi kepada pasukan yang kurang bernasib baik. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Kawad Kaki 2012 kali ini.

Rabu, Mei 02, 2012

AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum hari ini diisi dengan kegiatan Pertandingan Lagu Patriotik dan Pertandingan Sketsa yang disertai oleh semua unit beruniform.

Pasukan Pandu Puteri 
Pasukan PBSM membawakan lagu "JALUR GEMILANG"
Pasukan Kadet Polis menunjukkan bakat mereka

Selasa, Mei 01, 2012

HARI PEKERJA

Selamat bercuti sempena Hari Pekerja 1 MEI, 2012

Tema Hari Pekerja 2012: "PEKERJA BERINOVATIF PENGGERAK TRANSFORMASI"

SUMBANGAN BUKU

Terima kasih kepada Persatuan Bangkulu Malaysia Cawangan Sg. Choh terutama kepada Tuan Haji Zainal Abidin b. Hj. Zulkifle kerana telah menyumbang empat kotak buku bagi kegunaan Pusat Sumber SEMESCO. Sumbangan buku-buku tersebut telah disampaikan melalui Pn. Hjh Nor'aini (PK Akademik).


Pn. Azilah bt Jais mewakili Cik Siti Khatijah menerima sumbangan buku-buku tersebut yang telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Mazlah semasa perhimpunan pagi Isnin (30.4.2012)
Pn. Hjh. Nor'aini mengumumkan sumbangan yang telah diterima dari Persatuan Bangkulu Malaysia Cawangan Sg. Choh