SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, Ogos 29, 2011

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI

Selamat Hari Raya Idilfitri kepada seluruh warga SEMESCO

MENUKAR TANGKI

Tangki air antara bangunan Blok C dan Blok D telah ditukar baru yang boleh memuatkan 300liter air setiap tangki

Jumaat, Ogos 26, 2011

BERTUKAR

Pn. Janiah bertukar mulai 15.8.2011 ke SMK. Bukit Sentosa 2. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada seluruh warga SEMESCO

TAKLIMAT GURU

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua guru-guru Islam dan beliau selaku Ketua Pentadbir memohon maaf atas apa jua kesilapan dan minta dihalalkan makan dan minum

Pn. Hjh. Mazlah berharap perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian iaitu:
1. Guru yang ditugaskan mengendalikan kelas intensif semasa Peperiksaan Percubaan SPM perlu mematuhi jadual yang disediakan untuk memenuhi ruang kosong pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran berkenaan
2. Cuti CRK hendaklah dipohon sebelum tarikh bercuti
3. Pn. Janiah telah dinaikkan pangkat dari N22 ke N26. Beliau sepatutnya bertugas di SMK Bukit Sentosa 2, mulai 15.8.2011.

PROGRAM SALAM DAN BERMAAF-MAAFAN

Barisan pelajar bersalaman dan bermaafan dengan barisan guru lelaki dan perempuan sempena menjelang sambutan Hari Raya Idilfitri

PERINGATAN

Ustaz Mohd Zabidi mengingatkan pelajar bahawa Bulan Ramadan dah sampai ke penghujung, kita hendaklah menjaga adab-adab semasa menyambut hari raya

Khamis, Ogos 25, 2011

MAJLIS IHDA'LIL MUHTAJIN

Pn. Hjh. Mazlah mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SEMESCO kerana telah berjaya mengimarahkan lagi bulan Ramadan melalui program yang telah dirancang. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas dana dari pelbagai pihak bagi menjayakan program ini


YDP PIBG, En. Mohd. Radi b. Razali mengingatkan pelajar bahawa harapan PIBG amat tinggi agar semua pelajar berjaya dalam peperiksaan PMR, SPM, dan STPM. Jika pelajar berjaya, guru di SEMESCO adalah cemerlang dan secara langsung akan menjadikan SEMESCO sekolah yang terbilang



Tuan Puan Ikmal bt Tuan Abdullah merupakan aktivis "Team Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata". Kumpulan "facebooker" yang diterajui oleh En. Ahmad b. Saabon merupakan penggerak utama pengumpulan baju untuk golongan yang kurang mampu. Beliau menjelaskan bahawa pertubuhan NGO beliau telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan mendapat kerjasama Kementerian Penerangan Malaysia dan media utama mereka adalah akhbar Sinar Harian.



Kelihatan deretan kotak yang mengandungi barang-barang sumbangan untuk pelajar yang terpilih (gambar bawah)



Sebahagian penerima sumbangan yang dapat dirakamkan. YDP PIBG, En. Mohd. Radi b. Razali menyampaikan sumbangan hari raya kepada pelajar yang terpilih.


Rabu, Ogos 24, 2011

MAJLIS PROGRAM PERMATAKU SAYANG

Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Majlis Program PermataKu Sayang Peringkat Daerah Hulu Selangor yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Khalid b. Haji Jaafar (Pegawai PPDHS).






Pelajar Pra-Universiti di sekolah yang menawarkan tingkatan 6 di daerah ini telah berusaha mengumpul dana dan pakaian raya (baru) untuk lelaki dan perempuan. SMK. Sg. Choh telah mendapat tempat ke 3 dalam daerah, dengan jumlah pakaian yang dikumpulkan sebanyak 50pasang.





En. Abd. Sukor mewakili pengetua menerima sijil tempat ke 3 dari segi jumlah kutipan baju raya Saudara Ishak b Sairozi menerima sijil sebagai Pengerusi Program PermataKu Sayang Peringkat SMK. Sg. Choh

Selasa, Ogos 23, 2011

PENUKARAN MODEM

Modem makmal yang menyalurkan capaian internet keluar dan masuk telah rosak akibat panahan petir. Dua orang juruteknik Telekom Malaysia telah datang menukar modem tersebut dan membuat konfigurasi. Capaian internet masih perlahan kerana masalah pengurusan server shoolbroadband

CAPAIAN KELAJUAN INTERNET SEKOLAH

Berikut adalah paparan cetakan kelajuan internet sekolah yang direkodkan pada jam 12.32tengahari (23.8.11 - Isnin). Kelajuan muatnaik hanya mencapai 362kbps berbanding 2000kbps yang sepatutnya

Masalah kelembapan kelajuan ini telah diajukan kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementeria Pelajaran Malaysia Putrajaya. Masalah ini bukan hanya dihadapi oleh sekolah kita, malah semua sekolah yang melanggan schoolbroadband mengalami masalah yang sama di seluruh negara

SEMINAR BAHASA INGGERIS SPM

Pn. Eda Edna bt Mohd. Sani berkongsi ilmu dan menyampaikan ceramah Seminar Bahasa Inggeris SPM di bilik mesyuarat

PROGRAM TAUTAN KASIH

Pn. Hjh. Mazlah turut memastikan barang sumbangan dimasukkan ke dalam kotak yang telah disediakan



Terima kasih kepada penyumbang samada berbentuk tenaga, wang, barang keperluan, baju raya dan kuih raya. Turut serta dalam program ini ialah En. Mohd. Radi b. Razali (YDP PIBG), dan jurugambar NSTP - Cik Halimaton Saadiah bt Sulaiman
Beras, minyak masak dan kuih raya diagihkan kepada 20keluarga yang dipilih menerima sumbangan hari raya pada tahun ini

En. Idrus b. Abdul Manan (TYDP PIBG) memerhatikan pelajar PPU Bawah memasukkan barang-barang sumbangan untuk dihantar ke rumah pelajar dan keluarga mereka yang memerlukannya

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 54

Pn. Norlia bt Abu Bakar - GPK Kokurikulum mengumumkan program yang akan dilaksanakan sepanjang sebulan - Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 54
Antara program yang telah diatur ialah:
1. Pertandingan Patriotik
2. Pertandingan Sayembara
3. Kuiz Kemerdekaan
4. Pertandingan Kuiz mengikut kategori menengah rendah dan menengah atas
5. Pertandingan Lagu Patriotik
6. Pertandingan Pengkisahan Sejarah
7. Program Khatam Al-Quran
8. Memasak bubur lambuk dan mengagih-agihkan kepada semua pelajar

POSTER KEMERDEKAAN

Pn. Norlia bt Abu Bakar - GPK Kokurikulum sedang mengagih-agihkan poster kemerdekaan kepada ketua-ketua tingkatan

KUIZ KEMERDEKAAN

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein menyematkan Lencana Jalur Gemiliang kepada Saudara Ishak Sairozi - PPU Atas yang merupakan salah seorang pemenang kuiz kemerdekaan

Isnin, Ogos 22, 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011

Peperiksaan Percubaan PMR 2011 telah dimulakan dengan Kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2, Sains Kertas 2 dan Pendidikan Moral.


Jumaat, Ogos 19, 2011

TAKLIMAT NETBOOK 1MALAYSIA

Pn. Hjh. Mazlah (Pengetua) menerangkan prosedur menerima NetBook kepada penerima NetBook Fasa 2 pada 20.8.2011 (Sabtu) disaksikan oleh Pn. Alimah bt Abu Noh (GPK HEM). Terima kasih atas sumbangan NetBook 1Malaysia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui Ahli Parlimen Hulu Selangor Tuan P.Kamalanathan

Khamis, Ogos 18, 2011

MAJLIS TAHLIL

Yang Berhormat Isa (ADUN Batang Kali) berkesempatan hadir majlis tahlil di surau sebelum Majlis Berbuka Puasa. Terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Isa, walaupun dalam kesibukan, dapat melapangkan masa hadir majlis anjuran Panitia Pendidikan Islam

Pn. Hjh. Mazlah dan En. Mohd. Radi b. Razali (YDP PIBG) mengiringi kepulangan Yang Berhormat Isa


SEMINAR BAHASA MELAYU PMR 2011

Pn. Norlia bt Abu Bakar memberi ceramah Seminar Bahasa Melayu PMR sesi ke dua untuk tingkatan 3Amanah dan 3Bestari di Bilik Tayangan

PEMILIHAN JUBIN RAK SINKI MAKMAL

Pn. Barathei selaku Ketua Panitia Sains memilih jubin yang sesuai untuk dipasang pada rak sinki Makmal Sains

SEMINAR PENGAJIAN AM 2011

Pelajar Program Pra-Universiti mendengar perkongsian ilmu yang disampaikan oleh En. Abd. Malek b. Selamat, Pensyarah Pengajian Am di SMK. Khir Johari, Tanjong Malim

TAKLIMAT PENERIMA BARU BIASISWA PERSEKUTUAN

Pn. Halezza bt Ibrahim memberi taklimat kepada penerima baru Biasiswa Persekutuan di Pusat Sumber

Rabu, Ogos 17, 2011

MENEBANG POKOK

Pokok berhampiran garaj kereta dihadapan bangunan blok A dipotong mengikut kesesuaian

MENUKAR ATAP LALUAN KE PERHENTIAN BAS

Menukar atap dan mengecat semula kerangka besi laluan ke perhentian bas mula dilaksanakan

BAIKPULIH SINKI MAKMAL SAINS

Sinki makmal sains sedang dibaikpulih oleh kontraktor yang dilantik

PEMBINAAN ASTAKA

Kerja-kerja membinaan tapak astaka sedang giat dijalanakan

Selasa, Ogos 16, 2011

SEMINAR BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS

Pn. Normawati menyampaikan seminar perkongsian ilmu Bahasa Melayu PMR dibantu oleh Pn. Ng Yoke Cheng


En. A.Rahim b. Mohd. Shariff menyampaikan seminar perkongsian ilmu Bahasa Inggeris PMR di Bilik Mesyuarat


PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN


Sijil Penghargaan telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein kepada warga SEMESCO yang telah memberi komitmen kepada Program Sekolahku Sayang

Pn. Wan Supiah Yusof selaku pengacara majlis Penyampaian Sijil Penghargaan

En. Kamarulzaman mengetuai Kumpulan Kompang
Pn. Azizah bt Hassan mengetuai JK. Grafiti

Pn. Siti Maheran mengetuai JK. Dokumentasi
Pn. Malliga a/p Kumaran mengetuai JK Program Membaca
Pn. Norliah bt Abu Bakar mengetuai JK Makanan Pn. Rosnah bt Noh mengetuai JK Persiapan Pentas
Pn. Halezza bt Ibrahim mengetuai JK Tarian 1Malaysia
En. Anuar b Mahadi mengetuai JK P.A.System

Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin mengetuai Guru-Guru yang menjayakan program

Pn. Alimah bt Abu Noh mengetuai JK Program Gotong Royong