SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Khamis, Mac 21, 2013

Keputusan Peperiksaan SPM 2012

Guru - Guru sedang membuat analisis keputusan peperiksaan SPM sebelum diserahkan kepada pelajar

Calon - calon SPM sesi 2012 sedang menunggu keputusan diumumkan di Dewan Wawasan.
Setiausaha SPM 2013 mengumumkan keputusan SPM 2012 di Dewan Wawasan SMK Sungai Choh
Pelajar terbaik SPM 2012 iaitu  Lulus Rahmawati mendapat 9A di dalam SPM 2012





Keputusan SPM 2012 telah diumumkan hari ini dengan menunjukkan peningkatan pada kebanyakan subjek. Peratus kelulusan keseluruhan ialah 91.6% di mana peningkatan  sebanyak 3.8% daripada tahun 2011 iaitu 87.8%. Berikut ialah peratus kelulusan  bagi setiap subjek. 9 subjek mendapat kelulusan 100% iaitu Geografi, Pendidikan Seni Visual, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, ICT, Fizik, Kimia, Biologi, dan juga Bahasa Tamil. Manakala subjek lain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris masing-masing mendapat 91.6%, Pendidikan Islam 94.8%, Pendidikan Moral 70.5%, Sejarah 76.3%, matematik 79.3%, Sains 96.1%, Matematik Tambahan 97.5%, Perdagangan 98.1%, Tasawwur Islam 85.1%, dan Sastera Tamil  90%.

Rabu, Mac 20, 2013

Kejohanan Bola Baling MSSD Hulu Selangor 2013

Pelajar- pelajar yang akan mewakili sekolah di dalam Kejohanan Bola Baling MSSD Hulu Selangor 2013. Selamat Berjaya diucapkan.

Aktiviti Kokurikulum 20 Mac 2013


Aktiviti memasak yang dilakukan oleh Pengakap Kelana dan Pengakap Remaja

















Selasa, Mac 19, 2013

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2013

Pn Roslaini bt Ali Bashah mengacarakan majlis yang berlangsung

Ustaz Mohamad Zabidi mengetuai bacaan doa Majlis Watikah

Pengawas Sekolah beratur untuk menerima Sijil Watikah

Barisan Pentadbir SMK Sungai Choh

Barisan Guru SMK Sungai Choh


Pengetua, Pn Hjh Jamilah bt Hussein merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sesi 2013





Tn Hj Sameon menyampaikan Sijil Watikah Perlantikan kepada Pengawas Sekolah

Pn Hjh Jamilah memakaikan blazer kepada Barisan AJK Tertinggi Pengawas sesi 2013

Bacaan Ikrar di ketuai oleh Ketua Pengawas sesi 2013

Isnin, Mac 18, 2013

KEPUTUSAN STPM 2012







Keputusan STPM 2012 telah diumumkan hari ini dengan menunjukkan peningkatan pada kebanyakan subjek. Peratus keseluruhan ialah 93.33% di mana peningkatan PNGK daripada 2.09 tahun 2011 kepada 2.29 2012. Berikut ialah peratus kelulusan  bagi setiap subjek. Pengajian Am- 83.33%, Bahasa Melayu- 81.08%, Ekonomi- 84.62%, Pengajian Perniagaan- 76.42%, Sejarah- 56.25%, Geografi- 72.73%, Seni Visual- 100%, Mathematics T- 28.57%, Biologi- 85.71%, Chemistry- 42.86% dan Bahasa Tamil- 100%. Pelajar terbaik memperoleh gred purata 3.92 iaitu Mahendran a/l Duraisamy.

 SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG STPM 2012

1.Mahendran a/l Duraisamy - 3.92
 2.Nesa Malar a/p Kannan -3.50
3.Athirah bt Md Hassim -3.34
 4.Muhammad Asyraf b Yacob @ Abas -3.33
 5.Meryl Loh Wei Chyi - 3.25
 6.Noramira Anis bt Shukor - 3.25
 7.Anis Nur Syuhada bylt Safuan - 3.00
8.Jayabarathy a/p Chelladurai -3.00
 9.Jewel Narita Doss - 3.00
10.Mohamad Afzal b Latif Mohamad -3.00
 11.Nor Fatim Hanani bt Mohd Natrah 3.00


Penyampaian Cenderahati Kepada En. Anuar Mahadi

Penyampaian cenderahati kepada En Anuar bin Mahadi oleh En. Shukor . Beliau tidak dapat hadir pada Majlis Meraikan Persaraan dan Perpindahan Guru. Walaupun agak terlewat kami mengucapkan Terima Kasih dan Selamat Berjaya.

Ahad, Mac 17, 2013

Kursus Ketua Patrol & 6 Sekawan Pengakap Daerah Hulu Selangor 2013


















Pada 16 hingga 17 Mac 2013 seramai 8 orang pengakap Muda dan Remaja SMK Sg Choh telah menyertai Kursus Ketua Patrol Peringkat Daerah Hulu Selangor di SMK Sentosa 2. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Perancangan Program, Mesyuarat Majlis Ketua Patrol, Sistem Fail dan banyak lagi. Kursus tersebut telah disertai seramai 397 orang peserta Kanak-kanak, Muda dan Remaja seluruh daerah Hulu Selangor.