SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Mei 29, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU CIKGU ZAHARAH


Cik Zaharah Abdullah akan melangsungkan perkahwinan pada 6 Jun ini di Terengganu. Semuga berkekalan ke akhir hayat. Pengetua sedang menyampaikan hadiah yang disediakan oleh guru-guru Semesco.

SELAMAT BERCUTI


SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA WARGA SEMESCO

Khamis, Mei 28, 2009

PROGRAM MENTOR MENTEE KALI KE-3

Perjumpaan Mentor Mentee kali ke-3 sesi petang telah diadakan
dari jam 5.40ptg - 6.30ptg.

Klik di sini untuk melihat suasana perjumpaan yang lain.

Rabu, Mei 27, 2009

LATIHAN PELANCARAN ROKET

Pn. Soh Chai Luan bersama pelajar tingkatan 4 sedang membuat
persiapan untuk latihan pelancaran roket.

Isnin, Mei 25, 2009

GURU PELATIH UPSI

Seramai lima orang guru pelatih UPSI telah mendaftar diri di SMKSC untuk menjalankan latihan mengajar mereka.

MEMBERSIHKAN RUNTUHAN DAHAN POKOK


En. Yatim Mustafa dan En. Mohd.Firdaus dari UNIT KHAS,
Majlis Daerah Hulu Selangor telah membersihkan runtuhan
dahan pokok hujan-hujan yang menghempap Bumbung Perhentian
Bas di hadapan sekolah. Kerja pembersihan bermula jam
3.00ptg hingga 4.30petang. Mereka menjelaskan bahawa
kerja-kerja pembaikan semula perhentian bas tersebut akan
dilaksanakan tidak lama lagi. Terima kasih kepada Majlis
Daerah Hulu Selangor.



Ke dua-dua gambar di atas menunjukkan keadaan perhentian
bas di hadapan sekolah setelah kerja-kerja pembersihan
dijalankan oleh UNIT KHAS MDHS.

CHECKING BOUNDING

En. Lokman Hakim dan En. Mohd. Hafiz b. Kamal Din, merupakan
dua orang juruteknik Syarikat KAE Communication Sdn Bhd.
Syarikat tersebut adalah syarikat yang dilantik oleh GiTN
untuk membuat ujian bandwitch bagi memastikan capaian 4Mbps
terlaksana.

Jumaat, Mei 22, 2009

PENANAMAN LIMAU KASTURI

Limau kasturi ditanam di dalam pasu dan diletakkan berselang seli
dengan pokok terung telunjuk

Isnin, Mei 18, 2009

SAMBUTAN HARI GURU 2009

Ustaz Mohd. Zabidi memulakan majlis dengan membaca doa

Pn. Hjh Nor'aini sedang berucap seterusnya merasmikan
Program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Dalam
ucapannya beliau telah memberi maksud perkataan "CIKGU"
1. C - Cantik budi pekertinya
2. I - Inovatif praktisnya
3. K - Kreatif mindanya
4. G - Garang semangatnya
5. U - Unggul ilmunya

Klik di sini untuk melihat gambar lain.

Kiosk Usahawan Muda turut menghias gerai mereka
sempena Program Sambutan Hari Guru.

Pihak kantin sekolah turut menulis kata-kata
perangsang sempena Program Sambutan Hari Guru.

Kek sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.

Bacaan Yasin tanda kesyukuran telah diadakan di Dewan Wawasan,
diikuti dengan Tahlil Arwah Allahyarham Abdul Manan b. Wahab,
bapa mertua kepada Tn. Hj. Adnan b. Buyong dan juga bapa
kepada TYDP En.Idrus b. Abdul Manan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

En. Revi Chander sedang memotong kek Hari Guru, semasa
sesi pertemuan dengan pelajar Program Pendidikan Moral
dan Bahasa Tamil.

Sabtu, Mei 16, 2009

SELAMAT HARI GURU


SELAMAT HARI GURU

TEMA 2009 GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956.

Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council)
telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.


IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


LAGU GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi






Jumaat, Mei 15, 2009

KURSUS EDUWEB TV SESI PETANG

Kursus ini telah dihadiri seramai 21orang guru sesi petang bermula jam 8.00pagi
hingga 10.30pagi.

Gambar-gambar kursus yang lain, sila klik di sini

Rabu, Mei 13, 2009

MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KE-2

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh GPK KOKO, Pn. Alimah
bt Abu Noh. Turut hadir, Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus, Pengetua
SMK. Sg. Choh.

Klik di sini untuk melihat gambar-gambar lain dan laporan mesyuarat.

Selasa, Mei 12, 2009

SELAMAT DATANG GURU PELATIH UPSI

En. Mohd. Fadzeli dan En. S.V.RAO merupakan dua orang

Pelatih UBK UPSI. Mereka akan menjalani praktikum

di SMKSC selama 6 minggu. Selamat datang dan selamat

menjalani latihan praktikum di sekolah ini.

Dua orang Guru Pelatih UPSI untuk program ROS di SMKSC selama dua minggu.

Isnin, Mei 11, 2009

PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM SESI PETANG

Minggu ini merupakan Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform.
Unit yang mengendalikan perhimpunan ialah Kadet Polis.
Guru bertugas petang minggu ini:
1. Pn. Chen Kwee Yin
2. Pn. Letchumy
Tajuk: "MUHASABAH DIRI"

Gambar seterusnya, klik di sini.

MINGGU SUAIKENAL TINGKATAN 6 RENDAH

Hari pertama minggu suaikenal Tingkatan 6 Rendah telah dianjurkan
oleh PERTINAM SMK. Sg. Choh.

Gambar-gambar lain, klik di sini.

Ahad, Mei 10, 2009

SELAMAT DATANG PELAJAR TINGKATAN 6 BAWAH

Selamat datang pelajar Tingkatan 6 bawah
pada 11 Mei 2009.
Semuga sekolah bertambah sukses
dengan kehadiran anda

Sabtu, Mei 09, 2009

LATIHAN DIKIR BARAT

Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Selangor,
Pasukan Dikir Barat SMKSC akan membuat persembahan.
Lirik lagu disesuaikan dengan majlis tersebut. GPK KOKO,
Pn. Alimah bt Abu Noh sedang menyaksikan Pasukan Dikir
Barat sekolah membuat latihan.




TERUNG TELUNJUK

Terung telunjuk yang berusia 70hari pada 9.5.2009, telah mengeluarkan bunganya.

Sejenis serangga perosak hinggap untuk menghisap air dalam sel-sel daun terung.

KARNIVAL PANDU PUTERI

Pada 18 April 2009, tiga orang ahli pandu puteri, Nur Aiuny (5A),
Nurul Aznida (5A) dan Nurul Amaliyah (5B) dengan guru pengiring
Pn. Raja Zanariah dan Pn. Roslaini, telah menyertai Karnival Bazar 2009
anjuran Persatuan Pandu Puteri Cawangan Selangor, bertempat
di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. SMK Sg Choh dan SMK Bandar Baru
Batang Kali telah ditugaskan untuk menjaga gerai peraduan teka kacang.
Pelbagai gerai terdapat di karnival tersebut yang merupakan program
jualan amal mengutip duit untuk membina bangunan Pandu Puteri
Negeri Selangor.
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (Sultan Selangor),
YAM Tengku Puan Indera Setia Selangor Tunku Irinah Bt.
Tengku Jaafar (Yang Di Pertua cawangan) dan juga
Tengku Puteri Nor Zehan Ibni Almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj turut hadir.



AKTIVITI SABTU

En. Mohd. Roseli sedang menghias bilik Bimbingan dan Kaunseling dibantu oleh PRS.


Pelajar-pelajar tingkatan 2Dedikasi sedang membuat Folio Geografi.




Jumaat, Mei 08, 2009

RAKAMAN PERISTIWA YANG SEMPAT DIRAKAM HARI INI

Perjumpaan ke dua Mentor Mentee sesi petang telah dilaksanakan bermula jam
5.30petang - 6.30petang. Untuk melihat gambar lain, klik di sini



En. Ahmad Tarmizi b. Zainal Abidin, Juruteknik Syarikat Bayutronik Sdn. Bhd. datang
untuk membuat tinjauan awal mengenal pasti untuk pemasangan WIRELESS bagi Pusat Aksess, Pusat Pentadbiran dan blok Akademik. Perbelanjaan ditanggong oleh
KPM dibawah projek BTP.

Puan Hjh. Habshah bersama barisan pentadbir, guru dan pelajar Islam
membaca Yasin. Klik di sini untuk melihat gambar lain.

En. Revi Chander sedang mengarahkan pelajar menulis apakah kebaikan dan keburukan
yang pernah mereka alami sepanjang hayat mereka hingga kini di dalam borang yang
disediakan. Catatan tersebut memberi gambaran bahawa dalam hidup ini ada kala kita
berada dalam kegembiraan dan sebaliknya. Semua itu anugerah Tuhan. Klik di sini untuk melihat gambar lain.

Gambar bawah, Pelajar Kelab Hoki sedang menjalani latihan.


En. Rahim, Guru Penyelaras Kokurikulum Sesi Petang
sedang mengumpulkan pelajar mengikut Pasukan Permainan
masing-masing. Klik di sini untuk melihat gambar lain.