SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, Februari 29, 2012

PEGAWAI PELAJARAN DAERAH

SMK Sg. Choh mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas pelantikan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor yang baru iaitu En.Zainal Abidin b. Mohd. Yusuf. Beliau mula menyandang jawatan tersebut mulai 21 Februari, 2012

Sabtu, Februari 25, 2012

MESYURAT AGUNG PIBG KALI KE-37

Ketibaan YB. Datok Mohd. Isa b Kasim, DPSM, AMS, DMS (ADUN N7 Batang Kali) disambut oleh Pn. Hjh. Mazlah (Pengetua), En. Mohd. Radi (YDP), En. Idrus Manan (TYDP), En. Sameon b. Sidek (Wakil PPD)

Poster Mesyuarat AGUNG PIBG


Gambar lain Mesyuarat Agung Kali ke-37 sila layari blog PIBG SEMESCO

PERLAWANAN BOLA SEPAK

Barisan Pemain


Penyelaras Tingkatan 6, En. Sukor memulakan sepak mula

Khamis, Februari 23, 2012

PEMERIKSAAN KIPAS SILING

En. Shahril Azli b. Saad merupakan supervisor dan juga wakil Syarikat Panasonic Sdn. Bhd (Klang) telah datang bersama pembantunya pada hari ini dan semalam untuk membuat pemeriksaan samada tali keselamatan dipasangkan pada setiap kipas di semua bilik di SMK. Sg. Choh. Terima kasih kepada syarikat berkenaan atas khidmat masyarakat yang telah dicurahkan Salah sebuah kipas yang dikesan tidak dipasang tali keselamatan (gambar bawah)

Rabu, Februari 22, 2012

KEGIATAN KOKURIKULUM

Kegiatan Unit Beruniform telah diadakan mengikut tempat yang telah ditentukan

Pasukan Bomba

Pasukan PBSM

Selasa, Februari 21, 2012

PELANCARAN PROGRAM NILAM

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein telah merasmikan Program Nilam Peringkat Sekolah. Beliau mengingatkan pelajar bahawa ilmu itu pelita hidup yang akan menyuluh hidup pelajar. Justeru itu, pelajar perlu banyak membaca bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan

Isnin, Februari 20, 2012

KEM BAKAT SUKAN

Peserta Kem Bakat Sukan berkumpul mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh En. Sabri. Latihan dan pemilihan olahraga atas nama Kem Bakat Sukan telah bermula jam 4.00petang hingga 5.30petang

Sabtu, Februari 18, 2012

LATIHAN KAWAD KAKI

Pasukan Kadet Polis telah mengadakan latihan formasi dan kawad kaki sebagai persediaan pertandingan peringkat daerah

BENGKEL PENGURUSAN

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein merasmikan Bengkel Pengurusan Persatuan, Kelab, Sukan dan Permainan serta Unit Beruniform

Slot 1 - Pn. Norlia (GPK Kokurikulum) menerangkan tugas setiap pemimpin organisasi - pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan AJK Slot 2 - Pertandingan memasang dan membuka khemah
Slot 3 - Menyiapkan carta organisasi kelab, persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform
Sesi rehat - menjamu selera

KLIK DI SINI untuk melihat gambar-gambar lain Bengkel Pengurusan Kelab, Persatuan dan Unit Beruniform serta Sukan dan Permainan

Jumaat, Februari 17, 2012

LATIHAN KAWAD KAKI

En. Mohd. Roseli b. Dardan mengingatkan peserta kawad kaki Kadet Polis agar berada di sekolah jam 8.30pagi (18.2.2012 - Sabtu) untuk aktiviti latihan kawad kaki

PESERTA PERARAKAN

Ustazah Shafinaz berbincang dengan pelajar yang akan mengikuti Perarakan Maulidul Rasul peringkat Kariah Sg. Choh pada 19.2.2012 (Ahad) bermula jam 8.00pagi. Perarakan akan bermula dari Dewan Sg. Choh menuju ke Masjid

KUTIPAN DERMA KEMATIAN BAPA

Tabung kutipan derma untuk kematian bapa Nor Darwina bt Mahmud (5Ekonomi) telah diedarkan kepada guru dan pelajar serta kakitangan SEMESCO oleh dua orang pengawas


TAZKIRAH HARI JUMAAT

Tazkirah ringkas pagi Jumaat kali ini disampaikan oleh Ustazah Shafinaz di tapak perhimpunan mengenai bagaimana menjaga hati. Hati kita amat perlu dijaga agar terhindar dari sifat iri hati, tidak sombong dengan kelebihan yang kita ada. Beliau menegaskan bahawa untuk menjaga dan mendidik hati agar jauh dari sifat-sifat keji, kita perlu banyak mengingati ALlah, banyak baca Quran dan selalu ingat akan mati. Oleh itu, jadilah anak yang baik, tidak mengikut bisikan syaitan yang menyeru kepada berbuat kejahatan dan maksiat.

PERJUMPAAN PELAJAR

En. Revi Chander mengendalikan sesi perjumpaan pelajar India di padang sekolah

Khamis, Februari 16, 2012

MESYUARAT MERENTAS DESA

Mesyuarat Merentas Desa telah dipengerusikan oleh Pn. Norlia bt Abu Bakar (GPK Kokurikulum)

Guru-guru yang hadir mesyuarat merentas desa
En. Sabri turut menerangkan mengenai laluan merentas desa

Rabu, Februari 15, 2012

MESYUARAT PENDIDIKAN SENI VISUAL DAERAH

Selaku Pengerusi Mata Pelajaran PSV Daerah Hulu Selangor, SMK. Sg. Choh telah menganjurkan Mesyuarat Mata Pelajaran PSV Daerah kali pertama untuk tahun 2012 bertempat di bilik mesyuarat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein

Tuan Hj. Sameon Sidek turut hadir
Sebahagian guru-guru yang hadir pada mesyuarat tersebut

SUKAN DAN PERMAINAN

Aktiviti sukan dan permainan untuk kegiatan kokurikulum telah diadakan pada jam 3.30petang hingga 5.00petang hari ini.

PROGRAM RAKAN MUDA

Pelajar Program Pra-U menyertai permainan tradisional untuk memenuhi salah satu Program Rakan muda bagi membolehkan mereka mendapat pingat gangsa yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan

SEMINAR KERJAYA CHEF

Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan SEMINAR KERJAYA CHEF. 70orang peserta telah menghadiri seminar ini yang diadakan di Dewan Sekolah





Bahan yang digunakan untuk membuat kek turut dipamerkan sebelum proses pembuatannya

MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN

Mesyuarat rumah sukan telah diadakan mengikut tempat-tempat yang telah ditentukan.



Rumah Merah

Selasa, Februari 14, 2012

PENUKARAN MODEM

Dua orang juruteknik TM Bhd sedang membuat konfigurasi dan menukar modem yang rosak dipanah petir pada hari Ahad yang lalu (12.2.2012)

PEMERIKSAAN KAWASAN PEMBIAKAN JENTIK-JENTIK

Dua orang pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan Kementerian Kesihatan