SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, April 30, 2010

MESYUARAT PIBG




JAMUAN PERPISAHAN PN NOR HAPIPAH





Jamuan Perpisahan untuk Pn Nor Hapipah anjuran PIBG telah diadakan di Bukit Beruntung Golf Resort.

PROGRAM PANITIA BAHASA TAMIL


MESYUARAT PUTERI ISLAM

Pn. Asmahan dan Pn. Shafinaz membawa Ahli Puteri Islam untuk menghadiri mesyuarat Puteri Islam Daerah Hulu Selangor

AKTIVITI KELAB/PERSATUAN DAN PERMAINAN

Pelajar sesi petang menghadiri aktiviti permainan, kelab dan persatuan dari jam 7.30pagi hingga 10.30pagi

Permainan ping-pong Gambar lain KLIK DI SINI

MAJLIS PERPISAHAN GPK HEM


Pn. Nor Hapipah bt Abu Haniff sedang berucap kepada semua warga SEMESCO. Semoga beliau sentiasa sihat, ceria dan gembira serta lebih dedikasi menjalankan tugas sebagai Pengetua di SMK. Gedangsa. Beliau telah bertugas di SMK. Sg. Choh selama 12 tahun.


Pelajar yang berada di dalam dewan sedang mendengar ucapan terakhir beliau.

En. Radi b. Razali (YDP PIBG) dan En. Idrus b. Manan ( TYDP PIBG) turut sama hadir
Gambar lain KLIK DI SINI

Khamis, April 29, 2010

BICARA SISWA SAINS PPU




Prakash bekas pelajar PPU A (2009) telah memberikan tip-tip yang berguna untuk pelajar PPUA (2010)



JAMUAN KERAIAN GPK PETANG

Jamuan meraikan pertukaran Pn. Norliah bt Abu Bakar (GPK Petang ke GPK KOKO) telah diadakan di bilik guru

JAMUAN KERAIAN OLEH STAF SOKONGAN

Jamuan meraikan Pn. Nor Hapipah yang akan bertukar ke SMK. Gedangsa sebagai Pengetua telah dianjurkan oleh staf sokongan

PEPERIKSAAN MUET

Dua orang Pengawas peperiksaan MUET berbincang dengan Pn. Hjh. Habshah

Rabu, April 28, 2010

AKTIVITI PERSATUAN, KELAB DAN PERMAINAN

Latihan Sepak Takraw
Kelab ICT sesi pagi menggunakan makmal ICTL untuk aktiviti mereka
Pasukan Bola Baling Perempuan berehat selepas sesi latihan
Pn. Suriana bersama ahli persatuan bahasa inggeris


PENDAWAIAN BILIK PJK

Dua orang pekerja juruletrik sedang mengganti sistem pendawaian di bilik PJK

MESYUARAT GOTONG ROYONG PERDANA

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Alimah bt Abu Noh (GPK KOKO) bertempat di Bilik Mesyuarat
Tarikh: 15 Mei, 2010
Sasaran: Warga SEMESCO, ibu bapa/penjaga, masyarakat setempat
Aturcara: Bermula jam 7.30pagi - 12tengah hari
Anggaran Kos: RM 1,700.00
Sumber Kos: Sumbangan PIBG

PEMANTAUAN UNIT KURIKULUM JPNSDE

Tiga orang Pegawai Pelajaran Negeri Selangor dari Unit Kurikulum Cik Harison bt Othman (K.Kemanusiaan), Pn. Zuraidah bt Zulkifli (PP ICT/Pengkomputeran), En. Norazman b. Samid (PP. Moral dan Agama) telah datang menyemak fail-fail Pengurusan Akademik dan panitia yang berkenaan. Mereka telah bertemu dan diberi layanan oleh GPK Akademik, Pn. Hjh. Noraini bt Abdul Muin

Pn. Zuraidah (Penolong Pengarah, Unit ICT dan Pengkomputeran JPNSDE) sedang mendengar penerangan yang disampaikan oleh Penyelaras Makmal mengenai isi kandungan laman BLOG SMK. Sg. Choh setelah selesai menyemak, berkongsi pengalaman, memberi teguran dan pandangan mengenai Fail Panitia ICT. Terima kasih atas kehadiran mereka

Selasa, April 27, 2010

MESYUARAT GKMP TV

Mesyuarat guru yang mengajar mata pelajaran teknik dan vokasional telah diadakan di Bilik Mesyuarat dan dipengerusikan oleh Pn. Sarina bt Shaari

CERAMAH MOTIVASI JUARA RAKYAT DAN NEW STRAITS TIMES

Ceramah Motivasi untuk pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 telah disampaikan oleh Dr. Tn. Hj. Wahab b. Haji Nordin

Jumaat, April 23, 2010

RAGBI MSSD HULU SELANGOR






SERAMAI 25 PEMAIN BERSAMA 4 ORANG GURU ( EN. SABRI, EN. SUHAIMI, EN. SUKOR DAN EN. ZARUL) TELAH MENYERTAI KEJOHANAN RAGBI MSSD DAN PASUKAN SEKOLAH TELAH BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KE-3 DALAM KEJOHANAN TESEBUT.

Pameran Kesihatan






Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 21/4/2010, telah berlangsung satu pameran kesihatan. Pameran kesihatan ini disertai oleh seramai 28 orang pelajar dari tingkatan 4, 5 dan pra-universiti yang mengambil mata pelajaran biologi. Pameran ini juga disertai oleh seramai 4 orang guru, iaitu Pn. Punita, Pn. Wan Supiah, Pn. Norisah dan En. Ahmad Bukhari. Pameran yang telah diadakan itu dianjurkan oleh Elken di Wisma Elken, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur dan disertai oleh banyak sekolah di Selangor. Terdapat banyak manfaat yang diperolehi oleh para pelajar mahupun guru-guru semasa di sana.

Khamis, April 22, 2010

Rabu, April 21, 2010

MESYUARAT GURU PETANG KALI KE-2

Guru-guru sesi petang sebulat suara bersetuju agar sesi petang tetap diwujudkan.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh GPK Petang - Pn. Norlia bt Abu Bakar

MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KE-2

Pn. Alimah bt Abu Noh mempengerusikan mesyuarat kokurikulum kali ke-2

MESIN PENAPIS AIR O2PLUS

Mesin penapis air yang disumbangkan oleh sebuah syarikat pada Program Pemimpin Bersama Rakyat (18/4/2010) yang lalu telah dipasang di ruang legar bahagian luar pejabat. Mesin O2PLUS ini berharga RM 11,800.00

SUMBANGAN


Replika cek sumbangan untuk membaikpulih infrastruktur sekolah telah diterima oleh Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus

Selasa, April 20, 2010

PEGAWAI JPNS


Dua orang pegawai JPNS telah datang ke sekolah untuk melawat KIP