Latihan dijalankan di gelanggang bersimen pada waktu petang
SMK. SUNGAI CHOH, SG. CHOH, 48000 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: 03-60916081, Fax: 03-60933750.
e-mail: BEA5063@moe.edu.my
Isnin, Januari 31, 2011
Jumaat, Januari 28, 2011
KEHADIRAN YB DATO' ISA
YB Dato' Isa (ADUN N7-Batang Kali) telah berkesempatan bertemu pengetua baru, Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein di bilik pengetua. Setelah berbual dan mengetahui sedikit sebanyak perkembangan sekolah, YB Dato' telah ke bilik mesyuarat untuk menghadiri Mesyuarat Pengakap bersama Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Selangor.
Labels:
Kehadiran YB Dato' Isa
UCAPAN TAKZIAH
Seluruh warga SMKSC mengucapkan takziah kepada Pn. Sarina bt Shaari dan En. A.Rahim. Ibu Pn. Sarina telah meninggal dunia jam 5.00pagi tadi, manakala abang kepada En. A.Rahim b. Mohd. Shariff juga telah meninggal dunia semasa bertugas sebagai anggota polis di Kuala Terengganu jam 10.00pagi. Semoga roh-roh mereka ditempatkan bersama golongan orang yang baik-baik.
Labels:
Ucapan Takziah
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
Tahniah kepada rumah biru kerana mendapat Johan keseluruhan kejohanan merentas desa. Piala pusingan telah disampaikan oleh YDP PIBG, En. Mohd. Radi b. Razali. Terima kasih kepada beliau kerana dapat melapangkan masa menyampaikan hadiah pada majlis penutup penyampaian hadiah
Timbalan Yang DiPertua PIBG, En. Idrus b. Abdul Manan diberi penghormatan melepaskan peserta larian merentas desa mengikut kategori masing-masing. Terima kasih atas kesudian beliau hadir Pembantu AJK Makanan dan minuman mengagih-agihkan air mineral, roti dan kueh kepada peserta yang menamatkan acara tersebut Barisan Hakim Penamat Johan Kategori Perempuan B16
Khamis, Januari 27, 2011
PROGRAM BICARA HATI
Foram Program Bicara Hati telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kauseling SMKSC bertempat di Dewan Wawasan
Labels:
Program Bicara Hati
Rabu, Januari 26, 2011
AKTIVITI PERSATUAN DAN PERMAINAN
Pn. Norlia (GPK Kokurikulum) sedang dibantu oleh Pn. Noruzi Said mengumpul dan mengagih-agihkan pelajar yang dipilih memasuki persatuan/kelab yang masih kekurang ahli
Lihat blog AKTIVITI KOKURIKULUM SMK. SG. CHOH
Isnin, Januari 24, 2011
PROGRAM IKRAR PELAJAR 2011
Ketua pelajar sedang mengetuai bacaan ikrar pelajar
Tn. Hj. Arbain b. Pinni sedang menyampaikan ceramah. Beliau mengingatkan pelajar bahawa mereka mempunyai empat potensi (jasmani, rohani, emosi dan, intelek) yang perlu dikembangkan serta bijak menggunakan kaedah "auto suggestion" dalam diri secara positif serta bertindak cepat memperbaiki diri
Labels:
Program Ikrar Pelajar 2011
Sabtu, Januari 22, 2011
PERJUMPAAN PELAJAR KRK
Pn. Hjh. Mazlah bersama Pn. Hjh. Nor'aini (GPK Akademik) semasa sesi perjumpaan dengan pelajar KRK tingkatan 1, 2 dan 3 di bilik mesyuarat.
Semasa berucap dihadapan pelajar KRK, Pn. Hjh. Mazlah menyatakan pelajar KRK patut bersyukur terpilih memasuki Kelas KRK kerana Program KRK adalah program Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka lebih beruntung kerana disamping terpilih, mereka sentiasa berada disamping ibu bapa tidak seperti pelajar yang memasuki Sekolah Berasrama Penuh yang berjauhan dengan ibu bapa dan terpaksa berdikari. Penyelaras KRK memberi penerangan mengenai program KRK yang akan dijalankan sepanjang tahun ini Berita lanjut, sila klik BLOG KRK SMKSC
Labels:
Perjumpaan Pelajar KRK
PEMBANTU CHECK POINT
En. Sabri b. Ahmad selaku Setiausaha Sukan SMKSC, membuat semakan senarai pembantu "Check Point" dan memastikan mereka boleh hadir semasa sesi latihan merentas desa dan semasa pentandingan akhir merentas desa peringkat desa pada 28.1.2011 (Jumaat)
Labels:
Taklimat Pembantu Check Point
Jumaat, Januari 21, 2011
Rabu, Januari 19, 2011
KEGIATAN KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM
Pn. Hjh. Mazlah mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah berjaya menghadiri dan menamatkan aktiviti kegiatan Unit Beruniform pada petang ini sehingga jam 5.00petang.
Selasa, Januari 18, 2011
LATIHAN MERENTAS DESA
En. Kamarulzaman b. Hamzah sedang mengendalikan sesi latihan memanaskan badan sebelum aktiviti latihan merentas desa dimulakan mengikut kategori mereka masing-masing
Isnin, Januari 17, 2011
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS
Seluruh warga SMKSC mengalu-alukan kehadiran pengetua baru, Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein yang mulai bertugas pada 17.1.2011.
Pn. Hjh. Mazlah berucap buat kali pertama di perhimpunan rasmi pagi Isnin hari ini. Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah atas peningkatan prestasi PMR 2010 dan berharap SMK. Sg. Choh terus unggul. Beliau juga berharap semua mata pelajaran akan mencapai 100% dalam peperiksaan PMR 2011.
SELAMAT DATANG
Seluruh warga SMKSC mengalu-alukan kehadiran empat orang guru praktikum dari UNISEL jurusan TESEL.
Dari kiri: En. Akmal Hafiiz b. Abd. Rani (Kedah), Cik Wan Farah bt Wan Hamidi (Kelantan), Cik Yumni bt Mohd. Yasin (Johor) dan Cik Pauline Georgina Priya a/p Hebert (Pahang)
Labels:
selamat datang
Rabu, Januari 12, 2011
SELAMAT BERTUGAS
SMK.Sg. Choh mengalu-alukan kedatangan guru baru - Cik Mas Erwina bt Herry, pengkhususan ICT/Matematik - UPSI 2006
Langgan:
Catatan (Atom)