SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, Mac 30, 2009

LAWATAN PEGAWAI PERTANIAN KALI KE-2

En. Mohd. Haliff b Mohd. Hatar, Pembantu Pegawai Pertanian Hulu Selangor sedang memberikan khidmat nasihat mengenai kaedah penanaman terung telunjuk kepada Penyelaras Makmal Komputer.

SUMBANGAN JABATAN PERTANIAN

Gambar bawah menunjukkan baja organik, baja NPK, tong racun, cangkul, bijih benih Kailan, Bayam, Sawi Putih dan Kangkong telah disumbangkan oleh Jabatan Pertanian Hulu Selangor.


Gambar bawah menunjukkan peralatan "Gardening Hand Trowel dan hand Spade, serta polybeg, turut disumbangkan oleh Jabatan Pertanian Hulu Selangor bagi menjayakan Projek Bumi Hijau 1 & 2.

BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS

En. Ameer dan En. Mohd. Rashidi dari JKR Elektrik Hulu Selangor, sedang mengenalpasti punca bekalan elektrik terputus ke Makmal Komputer. Bekalan elektrik dapat disambungkan semula pada jam 3.30petang

PAPAN TANDA PERINGATAN

Dua orang pekerja kontraktor sedang memasang papan tanda peringatan kepada pelawat-pelawat.

Sabtu, Mac 28, 2009

PROJEK BUMI HIJAU SMKSC

Pemandangan keseluruhan anak kacang panjang setelah berusia 30hari.

CARI MAKLUMAT

Ahmad Qhairie Ilham (5A) dan Nurul Ashiqin (4A) merupakan dua orang peserta pertandingan Bahas Ala Parlimen yang akan diadakan pada 1/4/09 di SMKA Kuala Kubu Bharu. Mereka mencari maklumat melalui internet untuk tajuk perbahasan "Penggunaan Telefon Bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan implikasi negatif"

Jumaat, Mac 27, 2009

FORUM REMAJA 2009 DI SMK KALUMPANG

Pentas Forum Remaja di SMK. Kalumpang.

Nur Aiuny (gambar bawah) sedang memberikan hujahnya.

Ahli-ahli Panel Forum remaja, kelihatan Muhamad Qhairi, Khaleeda, Tiara dan Nur Aiuny bersama Guru Penasihat Pn. Maizatulakmam.


Gambar bawah menunjukkan Khaleeda, Tiara, Nabilah, Pn. Maizatulakmam (Guru Penasihat), Nur Aiuny dan Mohamad Qhairi bergambar bersama sebagai kenang-kenangan selepas forum.


Gambar-gambar di atas dikirim oleh Nur Aiuny melalui email sekolah kita iaitu smksc2009@yahoo.com. Terima kasih di atas sumbangan beliau.


AKTIVITI SEKOLAH

En. Roseli mengetuai Majlis Bacaan Yasin


Barisan pelajar perempuan sedang membaca surah yasin



Pasukan Bola Tampar Lelaki bawah 18tahun sedang mengadakan latihan


Salah seorang pelajar Kelas RK sedang mengulangkaji pelajarannya di makmal komputer



Ahli Kelab ICT Sesi Petang sedang mengikuti aktiviti yang diarahkan kepada mereka.
En. Sabri (bawah) sedang mengajar aktiviti Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) semasa kelas PJPK di dalam dewan.

Ahli Kelab ICT Sesi Petang sedang menyiram anak pokok terung telunjuk sebelum aktiviti kelab bermula.

Pelajar sesi petang (bawah) sedang mendengar taklimat sebelum mereka beredar ke tapak tempat permainan mereka.

Khamis, Mac 26, 2009

PERTANDINGAN SAJAK DAN BAHAS B.TAMIL DAERAH HULU SELANGOR

En. Revi Chander sedang menyaksikan En. Arumugam (Bekas GB. SRJK(T) Rawang, berbaju batik biru) dan En. Muthusamy (Bekas G.B. SRJK(T) KKB ) membuat pendaftaran. Ke dua-dua mereka telah dilantik sebagai hakim untuk pertandingan tersebut.

Peserta dan Guru Penasihat dari SMK. Dato Haji Kamaruddin sedang mendaftar.

Isnin, Mac 23, 2009

WAKIL SEKOLAH


Mohammad Yusuf b Abdul Rahim dari Tingkatan 4 Bestari akan mewakili sekolah dalam acara menembak, Kawad KOR serta Perkhemahan Kadet Polis untuk peringkat daerah Hulu Selangor.

LATIHAN DIKIR BARAT




Para pelajar sedang berlatih dikir barat selepas waktu sekolah.

MESYUARAT AKTIVITI KO-KURIKULUM AKADEMIK



Mesyuarat Penyeliaan Aktiviti Ko-kurikulum Akademik (Bahasa Tamil) Sekolah Menengah peringkat Hulu Selangor telah diadakan pada 23 Mac 2009 yang dipengerusikan oleh En Ravi Chander. Sepuluh buah sekolah terlibat dalam mesyuarat ini.

Ahad, Mac 22, 2009

SELAMAT KEMBALI BERSEKOLAH



Sekolah telah mula bercuti sejak 14 Mac 2009 lalu selama sembilan hari. Sekolah akan bermula kembali pada 23 Mac 2009.

Jumaat, Mac 20, 2009

TELEFON BIMBIT


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong, telah mengingatkan Pengurusan sekolah serta guru disiplin agar merampas telefon bimbit yang dibawa ke sekolah. Surat akan dihantar kepada ibu bapa murid berkenaan agar datang mengambil telefon tersebut, pihak sekolah perlu memberitahu ibu bapa bahawa telefon bimbit tidak boleh dibawa ke sekolah.
Katanya lagi "Ibu bapa masih boleh menghubungi anak mereka dengan menghubungi (telefon) pihak sekolah."
Rujuk Laman Web EDUWEB TV dan klik pada berita 18Mac.

Khamis, Mac 19, 2009

LAWATAN PEMBORONG BAJA

En. Tan dan En. Omar, sedang berbincang sesuatu mengenai tanaman kacang panjang yang telah dilawatinya. Beliau merupakan pembekal baja organik, baja kimia dari Jepun. Beliau membekalkan baja ke Melaka, Johor, dan Pahang. Kilang beliau terletak di Malim Jaya, Melaka.

PEPERIKSAAN PTK HARI KE-3 2009

En. Zulkarnain selaku ketua Peperiksaaan PTK Hari ke-3 tahun 2009 sedang membuat persediaan untuk pembungkusan kertas Jawapan Calon. "Semua calon di pusat ini, pada hari ini, merupakan penyandang DG41," katanya



Calon meletakkan kereta di kawasan berhampiran padang.


LATIHAN NASYID

Baris depan: Hanafi(3Amanah), Ilyas(4Amanah)
Baris belakang: Zamri (4Amanah), Faizudin(4Bestari), Othman(4Cekal) dan Yusuf(4Bestari) Mereka merupakan anggota Pasukan Nasyid Tilawah Al-Quran sedang berlatih. Mereka diberikan tugas berlatih. Kekerapan berlatih perlu mendapat pengawasan guru agar persembahan mereka benar-benar mantap.

Rabu, Mac 18, 2009

ANAK KACANG PANJANG HARI KE-21

Pertumbuhan daun dan batang Kacang Panjang jika dilihat pada hari yang ke 21.

LATIHAN TARIAN KE JAMBORI DI MELAKA

Farhana Azmi(5B) dan Nurain Mohd.Tohar(5C), merupakan dua orang jurulatih tarian pasukan Pengakap Sekolah yang akan memasuki pertandingan Tarian di Jambori Melaka pada Bulan Mei, 2009 ini.
Ke dua-dua orang jurulatih itu sedang melatih pasukan tersebut.

MENGECAT BAHAGIAN DALAM BILIK UBK

En. Johan, sedang menjalankan kerja-kerja akhir mengecat bahagian dalam Bilik UBK.

PEPERIKSAAN PTK 2009

Petugas Peperiksaan PTK 2009 sedang mengawasi calon DGA29, DGA32 dan DG44 yang mengambil peperiksaan tersebut.




Calon yang ramai menyebabkan kawasan padang dijadikan tempat letak kereta.

Selasa, Mac 17, 2009

PEPERIKSAAN ULANGAN

Lepasan SPM yang ingin mengulangi peperiksaan SPM mereka sila ke Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor pada 23 Mac 2009 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Calon-calon juga mesti membawa slip keputusan SPM 2008, kad pengenalan serta yuran bayaran.

Ahad, Mac 15, 2009

BIASISWA

Pelajar lepasan SPM dan STPM yang ingin mengetahui biasiswa yang ditawarkan sekarang sila lawati

ScholarshipCentre

http://malaysia-scholarship.net/

En Musalli tolong buat link ke website ini.

Jumaat, Mac 13, 2009

KEPUTUSAN SPM 2008

Berikut adalah perbandingan analisis Keputusan SPM 2007/2008 mengikut mata pelajaran.


Sila klik gambar analisis untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas

Pelajar terbaik SPM 2008:
1. Muhammad Zulhelmi b. Mustapha - 4A1, 4A2, 1B3
2. Anis Zulaika bt Sulaiman Shah 3A1, 3A2, 1B3, 2B4, 1C6.

KEPUTUSAN STPM 2008

Berikut adalah analisis Keputusan mengikut mata pelajaran
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia SMK. Sg. Choh 2008

Klik gambar di atas untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas


Jamunah (baju biru) mendapat 4A bersama Pn. Haleeza




Ali (t-shirt bertulis) mendapat 3A







SEMUA GAMBAR DI ATAS SUMBANGAN PN. HALEEZA BT MOHD. JABAR

Rabu, Mac 11, 2009

PENAMBAHBAIKAN BENGKEL KHB

Ketua Bidang Teknik dan Vokasional, Pn. Lee Yue Yin, sedang memberi penerangan kepada guru-guru KHB mengenai Bengkel KHB, setelah selesai mesyuarat Panitia KHB, mereka melawat bengkel KHB, bersama-sama guru-guru yang mengajar mata pelajaran KHB, bagi mempertingkatkan lagi keceriaan, susunatur dan keadaan Bengkel KHB.Kelihatan dalam gambar di atas, En. Bakhtiar, Pn. Rusidah, Pn. Salasiah, Pn. Rozilah dan Cik Zaharah sedang mendengar penerangan dan taklimat beliau.