SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, Januari 30, 2012

AGIHAN PELAJAR TINGKATAN 1



Pn. Kalsom selaku Penyelaras Tingkatan 1, membuat pengagihan semula mengikut pencapaian akademik UPSR 2011 sebagai penentuan untuk memasuki tingkatan 1

PEMILIHAN KADET POLIS



En. Mohd. Rosli b. Dardan mengingatkan ahli Kadet Polis agar bersedia untuk pemilihan pasukan Kadet Polis yang akan diadakan pada 1/2/2012

SUMBANGAN DERMA

Saudara Mohd Ashraf (PPU Atas) menerima sumbangan atas kematian bapanya


En. Revi Chander menerima sumbangan bagi pihak keluarga Nirenthiran (PPU Atas D) yang terlibat dengan kemalangan jalanraya pada 9.1.2012 yang lalu. En. Bakhtiar b. Mokhtar menerima sumbangan bagi pihak keluarga Mohd Fitri (2Dedikasi 2011) yang meninggal dunia pada bulan Disember 2011

Rabu, Januari 18, 2012

TAKLIMAT PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM


En. A. Rahim b. Mohd. Shariff mengarahkan ketua-ketua platun unit beruniform agar bersedia dan melakukan yang terbaik untuk majlis perhimpnan bulanan unit uniform yang akan diketuai oleh Pasukan Kadet Polis pada jam 2.00petang ini (Rabu).

PESERTA MERENTAS DESA



Peserta merentas desa yang akan mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah datang melaporkan diri kepada pengurus pasukan En. Sabri

Selasa, Januari 17, 2012

PROGRAM BICARA HATI

Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein, anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, bertujuan untuk membuka minda pelajar tingkatan 3 khasnya agar sentiasa bermotivasi meningkatkan kecemerlangan akademik mereka En. A. Rahim b. Mohd. Sharif selaku guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Inggeris turut diminta memberi kata-kata perangsang kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik merekaSebahagian pelajar tingkatan 3 yang hadir mendengar teknik belajar yang betul oleh tujuh orang pelajar cemerlang PMR 2010

Isnin, Januari 16, 2012

MAJLIS PELANCARAN PAS KELUAR

Majlis telah berlangsung di tapak perhimpunan, telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein.




Pn. Hjh. Mazlah merasmikan Majlis Pelancaran PAS KELUAR. Beberapa orang guru telah dipilih menerima Pas Keluar pelajar di antaranya ialah Pn. Barathei, Pn. Shafinaz, Pn. Punitha dan Pn. Ng Yoke Cheng.



Demonstrasi cara pemakaian PAS KELUAR yang betul turut dipersembahkan


Pn. Barathei menerima PAS KELUAR

Pn. Ng Yoke Cheng menerima PAS KELUAR
Pn. Shafinaz menerima PAS KELUAR

Pn. Punitha menerima PAS KELUAR


BUKU TEKS

En. Ahmad Bokhari selaku Ketua Guru Buku Teks mengingatkan pelajar mengenai peraturan yang perlu diikuti oleh semua peminjam Buku Teks. Jawatankuasa Sport Check Buku Teks akan menjalankan tugas mereka pada minggu persekolahan selepas Cuti Perayaan Tahun Baru Cina. Semua buku hendaklah dibalut dengan sempurna

TILAWAH AL-QURAN

Pn. Hjh. Fadhilah mengumumkan bahawa pada 18.1.2012 (Rabu) bermula jam 2.00petang hingga 5.00petang akan diadakan Majlis Tilawah Al Quran. Antara acara yang akan dijalankan ialah Hafazan, Tilawah Al-Quran dan Syarahan Agama.

GURU BERTUGAS MINGGU INI

Pada minggu ini, Puan Kalsom dan Puan Hasnaniliza merupakan guru bertugas


Pn. Kalsom menyampaikan tajuk ucapan pada minggu ini iaitu AKTIVITI KOKURIKULUM

PESERTA TERBAIK LELAKI

Saudara Akmal Hisham Azlan telah dinobatkan sebagai PESERTA TERBAIK LELAKI sewaktu beliau menyertai Kem Motivasi Kecemerlangan Kokurikulum dan Semarak Rukun Negara Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor. pada 13/10 hingga 14/10/2011, bertempat di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah

SAMBUTAN HARI LAHIR

Ucapan selamat hari lahir kepada Pn. Hjh. Mazlah, semoga kehidupan lebih diberkati, ceria dan bermakna, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dirahmati ALlah selalu. Amin.........


Pn. Hjh. Mazlah sedang memotong kek untuk dinikmati oleh pelajar

Khamis, Januari 12, 2012

KEAHLIAN RUMAH SUKAN 2012

Pelajar perempuan tingkatan 1 dan peralihan diberi peluang menjadi ahli rumah sukan 2012


Pelajar PPU Atas diberi peluang menyertai rumah sukan
Pelajar lelaki tingkatan 1 dan peralihan bersedia untuk menerima arahan bagi pemilihan keahlian rumah sukan mereka

Rabu, Januari 11, 2012

CERAMAH MATEMATIK


Pn. Hjh. Asmah bt Kasim (GKMP Sains dan Matematik) mengalu-alukan kehadiran En. Nirmal (Skor A) dan Dato' K. Subramaniam dari NSTP (baju batik biru) untuk sesi ceramah teknik menjawab soalan matematik PMR.

Selasa, Januari 10, 2012

BERITA SEDIH



En. Mohd. Aziz b. Che Husin mengumumkan bahawa seorang pelajar Nirenthiren tingkatan 6Atas D telah terlibat kemalangan jalanraya pada petang 9.1.2012 (Isnin) di persimpangan PERODUA. Beliau telah meninggal di tempat kejadian. Kejadian itu telah disaksikan oleh salah seorang pelajar kita iaitu Anthony a/l Joseph (tingkatan 5Seni). Semoga keluarga beliau tabah menghadap musibah yang menimpa.

Isnin, Januari 09, 2012

GURU BERTUGAS

Guru bertugas minggu ini ialah En. Aziz dan Pn. Azizah
Tajuk ucapan yang disampaikan: DISIPLIN ASAS KEJAYAAN


Pengumuman lain:


1. Permohonan baru biasiswa untuk pelajar tingkatan 1 dan 4 telah dimulakan. Syarat permohonan ialah jumlah pendapatan ke dua ibu bapa kurang dari RM 1500. Pemohon hendaklah menyertakan salinan Kad Pengenalan, dan salinan slip gaji ibu bapa. Semua dokumen boleh diserahkan kepada guru tingkatan. Pemohon yang layak sahaja akan diberi borang permohonan.



2. Pelajar tingkatan 2, 3 dan 5 boleh memohon sekiranya jumlah pendapatan ibu bapa berubah atas sebab kematian atau ibu bapa berhenti kerja.


3. Kelas tingkatan 4 yang ditawarkan di sekolah ini ialah Aliran Sains dengan Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan - Elektif, Kelas Ekonomi dengan Perdagangan dan Geografi sebagai elektif, Kelas Teknologi Maklumat dengan Pendidikan Seni, Tasawur dan Bahasa Tamil sebagai elektif manakala Tingkatan 4Pendidikan Seni Visual dengan Tasawur, Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil /Pemulihan sebagai mata pelajaran elektif. Pelajar dinasihatkan agar memilih kelas mengikut aliran yang mereka minat

Jumaat, Januari 06, 2012

MAJLIS AKU JANJI


Pn. Hashnaniliza bt Rezuan mengacarakan majlis


Ustaz Mohd. Zabidi memulakan majlis dengan Bacaan Doa
Mohd Ikwan b. Baharudin mengetuai pelajar membaca Aku Janji Pelajar
Pelajar sedang melafazkan Aku Janji mereka



Mohd Ikwan b. Baharudin (gambar bawah) yang mewakili semua pelajar menandatangani Aku Janji Pelajar


Pn. Hjh. Mazlah mengalu-alukan kehadiran YDP PIBG
Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin bersama Guru-Guru Kanan menyaksikan Pn. Hjh. Mazlah yang mewakili semua guru, menandatangani Aku Janji Guru


En. Mohd. Radi b. Razali (YDP PIBG), mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah mengadakan Majlis Aku Janji. Beliau mewakili ibu bapa berpesan dan berharap semua pelajar berjanji pada diri sendiri supaya mereka lebih berdisiplin dan cemerlang serta gemilang samada di bidang akademik, sahsiah dan juga kokurikulum

En. Mohd. Radi b. Razali (mewakili ibu bapa) bersama guru-guru yang mempunyai anak mereka yang belajar di SEMESCO turut membaca Aku Janji Ibu bapa
Pn. Hjh. Mazlah bersama Guru-Guru Kanan menyaksikan YDP PIBG, En. Mohd. Radi b. Razali mewakili ibu bapa menandatangani Aku Janji Ibu bapa


Khamis, Januari 05, 2012

TAKLIMAT KEPADA PELAJAR TINGKATAN 3

Pelajar tingkatan 3 mendengar taklimat sebelum mereka memasuki kelas masing-masing

TAKLIMAT DISIPLIN

Semasa perhimpunan pagi ini, En. Bakhtiar Mokhtar telah memberi penjelasan secara ringkas mengenai peraturan sekolah. Beliau menegaskan bahawa pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah. Ini bersesuaian dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Rabu, Januari 04, 2012

HARI ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 4


Pn. Ummi menerangkan keperluan dan kepentingan mempelajari mata pelajaran Fizik.


Pn. Sarina Shaari menerangkan mengenai mata pelajaran yang terkandung dalam bidang Teknik dan Vokasional

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2011

Pn. Hjh. Mazlah menerangkan mengenai Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeria (MBMMBI) serta mengalu-alukan kehadiran Tn. Hj. Sameon b. Hj. Sidek dan pelajar tingkatan peralihan, pelajar tingkatan satu dan pelajar tingkatan empat tahun 2012



Tn. Hj. Sameon b. Hj. Sidek hadir untuk membuat pemantauan pada hari pertama persekolahan Ibu bapa yang hadir pada hari pertama persekolahan Barisan pelajar yang mendapat 8A - PMR 2011
Perhimpunan pagi yang disertai oleh semua pelajar
En. Kamarulzaman selaku guru bertugas mengingatkan pelajar mengenai peraturan sekolah
Pn. Norlia selaku GPK Kokurikulum mengingatkan pelajar mengenai kehadiran aktiviti kokurikulum yang menyumbang 50markah untuk penilaian kokurikulum
Pn. Alimah - GPK HEM mengingatkan pelajar mengenai peraturan sekolah. Beliau berharap tiada sebarang (sifar) salahlaku terutama tingkahlaku musnah dan pergaduhan kaum
Pn. Hjh. Nor'aini selaku PK 1 telah menjelaskan mengenai pencapaian PMR 2011