SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, November 24, 2010

PEPERIKSAAN SPM - BAHASA INGGERIS

Pelajar tingkatan 5 sedang menjawab soalan SPM - Bahasa Inggeris di Blok F

Selasa, November 23, 2010

NETIKA PENGGUNAAN LAMAN SOSIAL

Semoga dapat memberi garispanduan dan membantu para pengguna internet agar lebih beretika menggunakan laman sosial. "Double click" pada imej untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas mengenai pesanan YAB. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib.

KESEMPURNAAN KERJA KONTRAKTOR

Gambar fail Unit data dan ICT pada Isnin - 15/11/2010 (atas)

Wayar penebat bumi yang tidak disambung ke bahagian dalam rumah pam (gambar atas)
Gambar fail Unit data dan ICT pada Isnin - 15/11/2010 (atas), kontraktor berjanji menukarkan dengan pintu yang baru
Pintu rumah pam yang telah diperbaiki tetapi hanya dipotong pendek pintunya dan digunakan semula, Bahagian selak sebelah dalam pintu boleh kelihatan jika dipandang dari luar.

KERUSI PELAJAR


SMKSC telah menerima 220buah kerusi pelajar pada hari ini. Terima kasih kepada JPNSDE

GARAJ MOTOSIKAL


Garaj motosikal (gambar atas) sedang dalam pembinaan semula setelah dihempap oleh serkahan pokok yang berhampiran suatu ketika dahulu. Pembinaannya dibayai oleh Koperasi SMKSC Berhad. Terima kasih kepada Pihak Koperasi kerena telah menyumbang dana sebanyak RM 1900.00 untuk membiayai pembinaan garaj tersebut bagi kegunaan kakitangan dan pelajar SMK. Sg. Choh.

SELAMAT DATANG

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada En. Zarul Shafiq b. Zullkafli, (Guru PJPK) - lepasan UPSI. Beliau telah ditempatkan di SMKSC mulai 22.11.2010. Beliau juga pernah menamatkan latihan mengajar di SMKSC.

PERSIAPAN BALAPAN UNTUK 2011


En. Sabri (Setiausaha Sukan), membuat persiapan awal, menyediakan trak balapan untuk digunakan pada tahun 2011.

PEPERIKSAAN STPM DAN SPM


Pelajar PP-U-A sedang menjawab soalan peperiksaan STPM di Dewan Wawasan.
Kehadiran: 49/52, manakala pelajar yang mengambil Peperiksaan SPM ditempatkan di Bangunan Blok E.

Isnin, November 22, 2010

PEMERGIAN PN. ZALMA


Pn. Zalma bt Abdul Rahman, salah seorang bekas guru SMKSC telah meninggal dunia jam 2.30pagi semasa dalam perjalanan ke hospital. Jenazahnya dikebumikan di Beserah, Pahang. Warga SEMESCO mengucapkan takziah kepada suami alahyarhamah dan semoga keluarga beliau sabar serta tabah dalam meneruskan kehidupan seharian. Amin.

Selasa, November 16, 2010

MAJLIS RESTU GURU

Majlis Restu Guru SPM dan STPM 2010 telah diadakan di tapak perhimpunan. Program ini sedikit sebanyak dapat membantu menyemai rasa sayang, hormat dan penghargaan terhadap guru sebagai sumber ilmu dan sekolah sebagai institusi tempat mereka menuntut ilmu.
Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin (Pemangku Pengetua) sedang berucap merasmikan Program Restu Guru




EXPLORACE

Program explorace pelajar tingkatan 3 telah dikendalikan oleh PPU-B pada 15/11/2010(Isnin) bermula jam 9.00pagi - 10.45pagi. 1kumpulan terdiri dari 5orang ahli.



Isnin, November 15, 2010

MESYUARAT PIBG


Mesyuarat PIBG telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMKSC
Seluruh warga SMKSC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PIBG yang diterajui oleh En. Mohd. Radi b. Razali kerana telah berusaha mendapatkan peruntukan tambahan sebanyak RM200,000.00 lagi untuk pembangunan fizikal sekolah ini

Perkembangan Terkini kerja-kerja baikpulih oleh kontraktor

Kontraktor menyumbang pintu bilik persalinan di dalam tandas baru, dua kipas dinding di pentas Dewan Wawasan dan beberapa kerja baikpulih yang lain.

Pn. Hajjah Nor'aini Bt Abdul Muin, Pemangku Pengetua, sedang memantau tandas baru yang telah siap.


Tandas baru yang telah disiapkan oleh kontraktor.

Kontraktor dan guru pemantau, En. Revi Chander, telah membuat lawatan susulan ke tandas Blok F dan saliran air sudah berfungsi.

Pemangku pengetua, bersama kontraktor dan En. Nordin (Wakil PIBG) telah melihat pintu rumah pam, pihak kontraktor telah berjanji akan menggantikannya dengan yang baru.

Pihak kontraktor bersama Pemangku Pengetua, En. Nordin (Wakil PIBG) telah melihat keadaan wayar penebat bumi dan berjanji akan mengambil tindakan untuk menutupnya demi keselamatan.

Saliran air ke tandas Blok F telah dibaikpulih.








Jumaat, November 12, 2010

PERLAWANAN BOLA SEPAK SESI PETANG

Perlawanan Akhir Bola Sepak sesi petang telah berlangsung dengan kemenangan berpihak kepada Rumah Biru dengan mengalahkan Rumah Merah 2-1 dipadang sekolah. Perlawanan telah diadili oleh En. Bakhtiar b. Mokhtar


Rakaman gol ke-2 yang dijaringkan oleh Rumah Biru


MESYUARAT GURU/MESYUARAT KURIKULUM KALI KE-4

Mesyuarat diadakan pada 11.11.2010(Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat, jam 1.05ptg - 3.30ptg. dan telah dipengerusikan oleh Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin (PK 1 merangkap Pemangku Pengetua)
Tarikh penting untuk peringatan semua guru:

1. 29.12.2010 - Mesyuarat guru dan Mesyuarat Kurikulum Pertama.
2. 30.12.2010 - Mesyuarat HEM dan Kokurikulum.
3. 31.12.2010 - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan (Jumaat).

Program Selepas PMR. Lawatan ke Negeri Pahang. Anjuran Unit Kokurikulum SMKSC 2010








Pemandangan Pantai Teluk Cempedak , Kuantan Pahang.

Seramai 80 pelajar bersama 8 orang guru telah menjayakan program tersebut termasuk Juruteknik Komputer SMKSC. Lawatan telah diketuai oleh En. A. Rahim bin M. Shariff

Khamis, November 11, 2010

PEMILIHAN PRESIDEN MPP Pra-U 2011

Pilihanraya untuk memilih Presiden Perwakilan Pelajar Pra-U telah diadakan di Bilik PPSMI. Pelajar dan guru boleh memilih calon yang mereka fikirkan sesuai untuk menerajui Majlis Perwakilan Pelajar Pra-U tahun 2011.
AJK MPP Pra-U 2010 sedang membuat persiapan untuk pengundian tersebut





Rabu, November 10, 2010

PROGRAM PERMATA PINTAR UKM

Penceramah: Prof. Madya Dr. Noriah bt Mohd. Ishak (UKM)
Tempat: Bilik Mesyuarat SMKSC
Hadirin yang hadir mendengar penerangan mengenai Program Permata Pintar UKM di Bilik Mesyuarat SMKSC Prof. Madya Dr. Noriah bt Mohd. Ishak semasa sesi perbincangan dan soal jawab mengenai Program Permata Pintar UKM di Makmal Komputer 2

En. Mohd. Radi b. Razali (YDP PIBG) bergambar bersama Prof. Madya Dr. Noriah Mohd. Ishak (Pengarah Program Permata Pintar UKM), Pn. Hjh. Nor'aini (Pemangku Pengetua), Pn. Sarina (GKMP TV) YDP PIBG, En. Mohd. Radi b. Razali sedang mendengar pertanyaan yang diajukan oleh Pn. Hjh. Nor'aini (Pemangku Pengetua) kepada Prof. Madya Dr. Noriah

Isnin, November 08, 2010

BAIK PULIH RUMAH PAM


Pintu rumah pam yang hanya dicat bahagian luar, sepatutnya ditukar dengan baru

Laluan wayar penebat bumi perlu ditanam agar tidak menjadi mangsa vandalisma pelajar Syiling rumah pam bersebelahan Makmal Komputer 1 sedang diperbaiki oleh pekerja sebuah syarikat pembinaan

Walaupun sistem pendawaian letrik telah ditukar baru di rumah pam tersebut, air masih belum dapat disalurkan ke tandas Blok F. Kelihatan deretan botol air yang diletakkan di tandas Blok F (GAMBAR BAWAH) untuk kegunaan pengguna tandas (guru dan pelajar PPU)