SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Khamis, April 30, 2009

KURSUS MANIK KAYU

Kursus ini dihadiri oleh 32orang guru Pemimpin Pengakap dari
sekolah-sekolah di Daerah ini. SMKSC selaku tuan rumah
mengalu-alukan kehadiran peserta kursus.

Tuan Santhasekaran sedang memberikan ceramahnya.

Pihak urusedia sedang menyediakan sijil penyetaan

Sebahagian dari peserta yang hadir.

Pn. Haleeza bt Abdul Jaabar bersama Penceramah sedang
menikmati hidangan tengah hari.

Para peserta turut menjamu selera makan tengah hari.
Pemimpin Pengakap SMKSC yang turut serta Kursus itu.
Terima kasih kepada penceramah-penceramah jemputan:
1. Tn. Hj. Rahmit b. Jaafar (Pesuruhjaya Latihan Negeri)
2. Tn. Bu'naif b. Mohd. Yusof.
3. Pn. Hjh. Sariah bt Yahya.
4. Tn. Santhasekaran.
dan semua pihak yang telah menjayakannya.

Rabu, April 29, 2009

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMKSC

Mesyuarat Agung Koperasi SMKSC Bhd Kali Ke-25 telah dirasmikan oleh
Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus.



Mesyuarat Agung bermula.



Salah seorang pencadang memberi cadangan
perlantikan AJK Koperasi SMKSC Bhd.
Lawati blog Pengurusan Penolong Kanan
Koko untuk melihat gambar-gambar lain.

Selasa, April 28, 2009

MESYUARAT GURU-GURU SESI PETANG KALI KE-3

Mesyuarat Guru-guru Sesi Petang telah diadakan di Bilik Mesyuarat dari jam 12.30tgh - 1.30ptg. Kehadiran guru: 16/23. Turut hadir Pn. Pengetua, Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus.

Puan Pengetua telah mengambil kesempatan di mesyuarat kali ini menerangkan tentang
prosedur memohon guru cemerlang dan prosedur memohon PPPS Tingkatan 6.

Isnin, April 27, 2009

TAKLIMAT DISIPLIN

En. Kamarulzaman sedang memberi taklimat mengenai disiplin
kepada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4.

CERAMAH DENGGI DAN PENGAWALAN

En. Mohd. Azam b. Shaari sedang memberi ceramah bertajuk
"Denggi dan Pengawalan". Bersama beliau ialah En. Maraai b.
Aris (depan), ke dua-duanya adalah Pembantu Kesihatan dari
Pejabat Kesihatan KKB. Mereka merupakan penceramah dalam
Program Ceramah "Denggi dan Pengawalan" ke sekolah-sekolah
yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Sabtu, April 25, 2009

MURAL BLOK A

Mural di bawah ini telah dilukis oleh Pn. Rosna bt Noh dan
Cik Jamuna a/p Devandran (Pelatih UPSI) bersama dua orang
pelajar tingkatan 3. Jutaan Terima Kasih kepada semua yang
telah menjayakan projek ini, sesungguhnya sumbangan idea,
tenaga dan kepakaran anda dalam menyempurnakan mural ini
amat kami hargai.

PERSEKOLAHAN HARI SABTU

Persekolah Hari Sabtu kali ini menggunakan
jadual hari Khamis. Sesi pagi bermula jam 7.30pagi hingga
1.10tengahari, manakala sesi petang bermula jam 1.10petang
hingga 6.45petang.

Pn. Rohaizah sedang memberi taklimat kepada pelajar yang
hadir semasa perhimpunan sesi petang.


Kacang panjang yang diusahakan oleh En. Bakhtiar, Guru KHB.

Dua orang pelajar mengambil ujian Pra-Penilaian sebagai
salah satu syarat untuk menganggotai Pasukan Maxis Cyberkids.


Jumaat, April 24, 2009

PROGRAM BACAAN YASIN

Guru Penolong Kanan Akaedmik, Pn. Hjh. Nor'aini
sedang mengetuai guru-guru dan pelajar mengaminkan
doa yang dibacakan oleh Ustaz Mohamad Zabidi
selepas bacaan Yasin selesai.


Ustaz Mohamad Zabidi sedang mengetuai Majlis
Bacaan Yasin tersebut.

PROGRAM PENDIDIKAN MORAL

En. Revi Chander sedang memastikan program "PERMATA KASIH"
berjalan lancar.


Khamis, April 23, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM




Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Menengah PPDHS telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMKSC. PPD yang hadir ialah En Razali, Pn Hamidah dan En Aznan. Semua pengetua dan penolong kanan sekolah menengah dijemput hadir.
Posted by Picasa

Rabu, April 22, 2009

HARI KECEMERLANGAN 2009

En. Rozali b. Mazlan memalu gong merasmikan Majlis
Hari Anugerah Kecemerlangan 2009
disaksikan oleh
YDP Tn. Hj. Md. Khairi b. Selamat, GPK1 Pn. Hjh Noraini
bt Abdul Muin, dan Puan Hjh. Habshah bt Abdul Kudus
Pengetua SMK.Sg. Choh.


Pn. Siti Rohaida sedang memastikan penerima
Anugerah Hari Kecemerlangan 2009

MERATAKAN PADANG

Syarikat EMEF Sdn Bhd telah menghantar sebuah jentera
untuk meratakan padang. Kelihatan kerja meratakan padang
telah bermula dikawal selia oleh En. Aman b Mohd. Nor

Selasa, April 21, 2009

RAPTAI HARI KECEMERLANGAN 2009

Pentas dan Backdrop Hari Kecemerlangan.

En. Azahan dan Pn. Raja Zanariah sedang mengacarakan raptai
Hari Kecemerlangan 2009 yang akan diadakan pada 22.4.2009.
Majlis perasmian akan disempurnaka oleh En. Rozali b. Mazlan.

KAUNTER BERGERAK LEMBAGA TABUNG HAJI

Salah seorang pelajar sedang mengisi borang keahlian LTH disaksikan
oleh En. Azizul b. Ab.Aziz dan En. Idris b. Ibrahim.

LATIHAN BERPUSAT KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING

Kaunselor Daerah Hulu Selangor, Tn. Hj. Ruslan b. Che Mee
bersama para hakim yang memberi ulasan semasa dan
selepas persembahan Model Kerjaya Taknologi Makanan.

Para hakim yang memberi ulasan selepas
persembahan tersebut.

Kelihatan peserta dari SK. Serendah sedang
mempersembahkan Model Kerjaya Teknologi
Makanan di bilik Bimbingan dan Kaunseling.

PERSIAPAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA







Isnin, April 20, 2009

MURAL BLOK C

Terima Kasih kepada Pn. Rosna bt Noh dan
Cikgu Jamuna (Praktikum UPSI) kerana telah
menjayakan lukisan mural di bahagian luar Blok C.
Peralatan dan bahan disediakan oleh Panitia
Pendidikan Seni Visual.

Ahad, April 19, 2009

PROJEK MERATAKAN PADANG

Kerja-kerja meratakan padang telah pun dimulakan. Semoga padang sekolah
akan dapat digunakan dalam keadaan rata dan selamat untuk bermain.

Jumaat, April 17, 2009

PROGRAM MAULIDUL RASUL 1430H

Kumpulan Nasyid sedang membuat persembahan.

Sebahagian peserta perarakan Maulidul Rasul

Ustaz Mohamad Zabidi b. Kamaruddin sedang
memberikan ucapan dan memulakan
Selawat.

PROGRAM MOTIVASI DAN SAHSIAH

En. Revi Chander sedang memberi arahan kepada
pelajar sebelum Program Motivasi dan Sahsiah
dilaksanakan.

Pelajar tingkatan 3, 2 dan 1 serta Peralihan sedang
mendengar ceramah motivasi dan sahsiah

En. Arumugam a/l Vartharajo sedang memeri
ceramah motivasi.

PROGRAM PENDIDIKAN MORAL

En. Revi Chander selaku Ketua Panitia Pendidikan
Moral dan guru-guru Pendidikan Moral yang lain
sedang mendengar taklimat penceramah undangan
Pendidikan Moral.

Pelajar tingkatan 4 dan 5 sedang mendengar
taklimat tersebut.

Sebahagian lagi pelajar yang hadir mendengar
taklimat tersebut