SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Khamis, September 27, 2012

PERTANDINGAN PERMAINAN ANTARA RUMAH SUKAN

Pertandingan bola sepak dan bola jaring telah berlangsung pada petang 26/9/2012 (Rabu). Rumah Hijau telah menjadi Johan dalam perlawanan permainan bola jaring manakala Rumah Biru menjadi Johan perlawanan Bola Sepak.
Acara memanaskan badan sebelum perlawanan bola jaring dimulakan



Selasa, September 25, 2012

PERLAWANAN BOLA BALING ANTARA RUMAH SUKAN

Pertandingan yang berlangsung pada petang ini ialah perlawanan Bola Baling antara empat buah rumah sukan. Pasukan rumah kuning dan rumah hijau telah memasuki pertandingan peringkat akhir perlawanan tersebut.

Ahad, September 23, 2012

MAJLIS PENUTUP SEMINAR KECEMERLANGAN SPM 2012

Pengurus Perancangan Aktiviti Yayasan Bank Rakyat telah berbesar hati menutup Majlis Penutupan Seminar Kecemerlangan Akademik 2012 yang telah diadakan di Pusat Latihan PERODUA
Peserta Seminar Kecemerlangan SPM 2012 bergambar di hadapan bangunan Pusat Latihan PERODUA setelah tamat majlis penutup

Sabtu, September 22, 2012

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

Tarikh: 22.9.2012
Tempat: Dewan SMKSC
Perasmi: En. Mohd. Radi b. Razali, YDP PIBG

SEMINAR KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM 2012

Tarikh: 22/9 - 23/9/2012
Hari: Sabtu - Ahad
Anjuran bersama: Yayasan Bank Rakyat dan Unit Kurikulum SMKSC dengan Kerjasama PERODUA, PIBG SEMESCO dan PPD Hulu Selangor
Tempat: Pusat Latihan PERODUA

Tetamu yang hadir di Majlis Penutupan Seminar Kecemerlangan Akademi 2012 di Dewan Pusat Latihan PERODUA

 Pn. Hjh. Mazlah bersama Pn. Hjh.Nor'aini berbincang bersama Pengurus Perancangan dan Aktiviti Yayasan Bank Rakyat dan Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Rawang
 Jamuan selepas majlis penutupan
 Ceramah peluang-peluang kerjaya di PERODUA turut disampaikan


PERKHEMAHAN PERDANA












Perkhemahan Perdana telah dipenuhi dengan aktiviti Penyediaan Sarapan Pagi oleh pelajar, Ceramah Keselamatan dan Disiplin, Flying fox dan Penyediaan Makan Tengahari oleh pelajar yang juga peserta perkhemahan

Jumaat, September 14, 2012

PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-55, beberapa acara telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, antaranya ialah pertandingan menghias kelas, pertandingan sketsa kemerdekaan, deklimasi sajak, pertandingan sayembara kemerdekaan.












MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat, dipengerusikan oleh Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin pada 13. 9. 2012 (Khamis). Guru-guru yang terlibat diminta memasukkan skor markah pelajar sebelum 30. 10. 2012








Rabu, September 12, 2012

CERAMAH KESIHATAN

Ceramah mengenai hidrasi air dari badan tajaan GATORADE, telah disampaikan oleh En. Wan Fazli b. Wan Nik di perkarangan Astaka.

Pn. Norlia bt Abu Bakar menerima cenderahati setelah tamat sesi ceramah
En. Wan Fazli menyampaikan pesanan mengenai simtom-simtom dihadrasi


Pelajar mengambil bahagian dalam acara kuiz
Sebahagian pelajar yang berada di astaka yang mendengar ceramah

Pemenang kuiz menerima cenderahati





Pelajar menerima minuman percuma setelah tamat sesi ceramah