SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, April 30, 2012

MESYUARAT KOKURIKULUM

Mesyuarat telah membincangkan mengenai pelaksanaan Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Lagu Patriotik dan Pertandingan Sketsa pada 2.5.2012 (Rabu)

PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS

Tiga buah piala kebersihan kelas yang dipertandingan mengikut kategori
Pn. Hjh. Mazlah menyampaikan piala kepada tingkatan peralihan yang telah memenangi kelas terbersih untuk Kategori Menengah Rendah

Kelas terbersih mengikut Kategori Program Pra-U dimenangi oleh PPU-Atas D
Kelas terbersih untuk kategori Menengah Atas dimenangi oleh Tingkatan 5ICT

KEJOHANAN BOLA SEPAK NEGERI SELANGOR

Daerah Hulu Selangor telah berjaya mendapat tempat ke tiga untuk kategori Lelaki B12, dan Lelaki B15 manakala untuk kategori Lelaki B18, Hulu Selangor telah mendapat Naib Johan. Tahniah kepada pasukan daerah. Kejohanan telah berlangsung pada 23/4 hingga 27/4/2012 Pemain SEMESCO iaitu Arif (B15) dan Hafizul (B18) merupakan dua orang pemain daerah yang beraksi di Kejohanan tersebut. Tahniah diucapkan kepada guru pengiring iaitu En. Kamarulzaman dan En. Bakhtiar yang telah melatih, membimbing mereka dan pasukan daerah menyertai Kejohanan tersebut

Rabu, April 25, 2012

AKTIVITI KOKURIKULUM

Pelajar PPU-Atas menjalankan aktiviti melukis Logo
Latihan Kawad Kaki Pasukan Bulan Sabit Merah
Latihan Kawak Kaki Pasukan Kadet Bomba
Latihan Kawad Kaki Kadet Polis
Pasukan Puteri Islam turut mengadakan latihan kawad kaki
Latihan Kawad Kaki Pengakap

PEMANTAUAN JEMAAH NAZIR

Selamat datang kepada Jemaah Nazir ke SEMESCO yang telah datang untuk membuat pemantauan mengenai Tawaran Baru Pengetua  pada 24.4.2012 (Selasa).

Isnin, April 23, 2012

KESELAMATAN PELAJAR

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein semasa berucap di perhimpunan pagi Isnin, mengingatkan semua pelajar agar tidak mudah percaya kepada sesiapa saja demi keselamatan mereka agar tidak terjebak kepada perkara yang negatif. Mereka perlu terus pulang ke rumah selepas waktu persekolahan atau terus datang ke sekolah untuk belajar, aktiviti kokurikulum mahupun kelas tambahan. Kehadiran dan kepulangan mereka dari sekolah perlu disertakan dengan niat yang baik

PERTANDINGAN MEMBINA BLOG 1MALAYSIA

Pn. Sarina bt Shaari mengumumkan sempena Program Sekolah Ku Sayang, satu pentandingan membina Blog 1Malaysia akan dianjurkan oleh PIBG bersama Jabatan Penerangan Negeri Selangor. Pelajar digalakkan memasuki pertandingan tersebut, beliau akan mengusahakan untuk mendapatkan hadiah yang lebih baik dari tahun lalu untuk diberi kepada pemenang

HARI KOKADET POLIS

Empat orang pelajar SEMESCO yang mewakili Kontinjen Pasukan Kadet Polis Daerah telah mendapat Johan Kawad Kaki Negeri Selangor

ANUGERAH TIGA EMAS

Tahniah kepada Nur Eewan Syafikah kerana telah memenangi tiga pingat emas dalam acara 100m, Lompat Jauh dan Lompat Kijang di Kejohanan MSSS di Kuala Selangor. Beliau mewakili sekolah dan juga Daerah Hulu Selangor

ANUGERAH PENCAPAIAN SPM 2011

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein menyampaikan Anugerah Pencapaian SPM 2011 kepada Pn. Hjh. Nor'aini dan Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran. Tahniah dan Syabas diucapkan di atas usaha gigih mereka menaikan GPS SPM 2011 SEMESCO dari 5.39 kepada 5.35. Tidak lupa juga tahniah dan syabas kepada semua guru mata pelajaran yang ditawarkan kepada calon SPM 2011

Sabtu, April 21, 2012

GOTONG ROYONG PERDANA 2012

Pn. Alimah mengarahkan pelajar beratur mengikut kelas masing-masing sebelum program Gotong Royong Perdana 2012 bermula sambil disaksikan oleh Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein
Pelajar Tingkatan Peralihan bergotong royong membersihkan kelas mereka

Pelajar 3Delima sedang menghias bahagian luar kelas mereka
Pn. Norlia memeriksa peralatan kokurikulum yang dipindahkan ke astaka
Dua orang pelajar mengecat dinding Bangunan Blok E
Anisha (PPU-Atas) mengetuai projek melukis mural 1 Murid 1 Sukan

PENYELENGGARAAN FIZIKAL SEKOLAH

Kerja meratakan padang sekolah sedang giat dijalankan
En. Idrus b. Abd. Manan, membantu menyelenggara penghawa dingin bilik mesyuarat

Khamis, April 19, 2012

PROGRAM KEMBALI KE LANDASAN


En. Mohd. Amin B. Misnoh (GPK HEM) SMK. Seri Sepang, menyampaikan ceramah kepada pelajar yang berkeperluan tinggi di Bilik Mesyuarat

PROGRAM GURU PENYAYANG

PROGRAM GURU PENYAYANG

Tarikh: 16.4.2012 (Isnin)

Tempat: Tapak Perhimpunan


Pn. Hjh. Mazlah dan Pn. Hjh. Nor'aini menyambut ketibaan pelajar waktu pagi di pintu pagar sekolah


Momotong kek harijadi untuk 6orang pelajar



Guru-guru sedang menyanyikan lagu "Pesan Abang"

Rabu, April 18, 2012

AKTIVITI KOKURIKULUM

PBSM mengadakan sesi latihan kawad kaki di Astaka

Pasukan Kadet Polis mengadakan latihan kawas kaki di gelanggang Pelajar PPU-Atas mengadakan Pertandingan PIDATO di Dewan Wawasan





PERTANDINGAN PUISI

Nurul Izzati bt Hussein telah mendapat tempat ke-4 dalam Pertantingan Puisi (Sajak dan Syair) yang berlangsung pada 17.4.2012 di SMK. Soeharto. Tahniah diucapkan kepada beliau dan Guru Pengiring Pn. Wan Safrah


Nurul Izzati bt Hussein bersama guru pengiring, Pn. Wan Safrah

PERSEKOLAHAN HARI SABTU

Pn. Siti Zaharah mengedarkan surat pemberitahuan kepada ibu bapa mengenai persekolahan Hari Sabtu ini (21.4.2012). Pelajar diminta memberi surat pemberitahuan tersebut kepada penjaga masing-masing

LATIHAN BERPUSAT CATUR DAERAH

Seramai 6orang pelajar dari Sekolah Rendah manakala 16orang pelajar kategori Sekolah Menengah menjalani latihan Catur Berpusat untuk Daerah Hulu Selangor bertempat di Pusat Sumber Sekolah. Mereka dibawah AJK Catur Daerah yang diketuai oleh En. Zaulkifle. Kesemua peserta akan mewakili Daerah ke Peringkat Negeri yang akan diadakan di Kuala Selangor

Pusat Sumber Sekolah ditutup untuk pelajar lain dari 16/4 hingga 24/4/2012

PERINGATAN MENGENAI NETBOOK

Pelajar aliran perdana (Peralihan hingga ke tingkatan 5) diminta mematuhi arahan supaya tidak membawa netbook atau laptop ke sekolah. Peraturan ini dikeluarkan untuk mengelakkan sebarang kecurian berlaku. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan netbook atau laptop pelajar. Pelajar Program Pra-U (PPU-Atas) diminta mengisi borang kebenaran membawa laptop ke sekolah yang boleh didapati dari Pn. Faridah Hanum


Pn. Alimah bt Abu selaku GPK HEM mengingatkan kepada pelajar mengenai peraturan NETBOOK atau LAPTOP




Sabtu, April 14, 2012

LADAP

Pn. Hjh. Rosnah bt Zali menerangkan mengenai pelaksanaan "PROGRAM GURU PENYAYANG" pada 16.4.2012 (Isnin). Objektif pelaksanaan amalan penyayang ialah mewujudkan suasana harmoni, hormat menghormati, tidak pilih kasih, sabar dengan kerenah pelajar, menegur pelajar dengan berhemah, guru membawa masuk pelajar ke kelas selepas perhimpunan, peka dan mengambil kira kebajikan pelajar agar pelajar merasakan sekolah adalah tempat yang selamat


Seramai 78orang pelajar telah dikenalpasti sebagai pelajar berkeperluan tinggi. Oleh itu, "Program Mengapa Kita Pergi Sekolah" dan 'Program Berani Buat Berani Tanggung' akan dilaksanakan. Guru-guru akan diberi seorang mentee dalam program Mentor Mentee Anakku Sayang

MESYUARAT GURU

Pn. Hjh. Mazlah mempengerusikan mesyuarat guru Pn. Hjh. Nor'aini menerangkan mengenai e-operasi, e-gtukar, PBS, NKRA-SKPM, Pencerapan, dan 10 elemen guru berkualiti Pn. Alimah (GPK HEM) membentangkan "Program Gotong Royong" dan "Program Hari Guru" serta mengingatkan guru tingkatan mengenai kepentingan melengkapkan buku rekod kedatangan pelajar, fail maklumat diri, pertukaran dan sijil berhenti sekolah
Pn. Norlia (GPK Kokurikulum) menerangkan mengenai tuntutan perjalanan, keselamatan pelajar yang menyertai kokurikulum luar sekolah, penggunaan van sekolah, pengurusan surat makluman ibu bapa, pertandingan kawad kaki dan buku penilaian pelajar
Pn. Punitha menerangkan mengenai Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti MS ISO9001-2008

En. Sukor b. Yusof (GPK Tingkatan 6) menerangkan mengenai PBS Tingkatan 6, dan Pembentangan kerja kursus mulai bulan Mei.
Guru-guru yang menghadiri mesyuarat dan LADAP