SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Sabtu, Jun 30, 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA SEMESCO KALI KE-25

YDP PIBG, En. Mohd. Radi b. Razali menerima tabik hormat perbarisan lintas hormat peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga

Jumaat, Jun 29, 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN KAD PENYATA 2012

YDP PIBG menandatangani buku pelawat
Pn. Hjh. Mazlah memaklumkan bahawa pada tahun ini, oleh kerana Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012, telah selesai, penerrima anugerah cemerlang akademik turut diberikan kepada pelajar yang cemerlang mengikut keputusan peperiksaan tersebut.
En. Mohd Radi b. Razali selaku YDP PIBG turut mengumumkan bahawa, PIBG akan memberi anugerah kepada pelajar dan guru yang cemerlang sebanyak RM300 dan pakej penginapan untuk bercuti selama dua hari bersama keluarga mereka
Tetamu yang hadir semasa Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Kad Penyata 2012
Ibu bapa menunggu untuk menandatangani Slip Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 dalam Kelas Pn. Chen Kwee Yin

Khamis, Jun 28, 2012

PERSIAPAN RUMAH SUKAN

Ahli Rumah Biru membuat persiapan untuk Kejohanan Olahraga SEMESCO Kali Ke-25 pada 30.6.2012 bersamaan HariSabtu
Puan Hashnanaliza turut bersama pelajar Rumah Biru membuat persiapan untuk kejohanan tersebut

ANUGERAH PENGURUSAN CEMERLANG PIBG 2011

Tahniah kepada PIBG SMK. Sg. Choh kerana telah terpilih menerima Anugerah Pengurusan PIBG Cemerlang 2011 di Daerah Hulu Selangor. Cek replika ini telah diterima sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Selangor pada 26.6.2012 (Selasa) yang diadakan di SM Sains Hulu Selangor . Semoga dengan pengiktirafan ini akan memberi semangat kepada PIBG di bawah pimpinan En. Mohd. Radi b. Razali untuk terus berbakti kepada SEMESCO.

Rabu, Jun 27, 2012

RAPTAI SUKAN TAHUNAN

Raptai perbarisan sukan tahunan telah diadakan pada jam 3.00petang di hadapan astaka. Setiap rumah sukan menghantar peserta untuk raptai tersebut.
Ketua Atlit melafazkan ikrar kejohanan sukan

Anugerah Cemerlang SPM, PMR dan PIBG 2011

Pada 26 Jun 2011 telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Selangor di  SM Sains Hulu Selangor. Dalam majlis tersebut SMK Sungai Choh telah menerima anugerah cemerlang bagi 12 mata pelajaran yang mencapai 100% SPM 2011 dan 1 mata pelajaran yang mendapat 100% dalam peperiksaan PMR 2011. PIBG SMK. Sg. Choh telah mendapat tempat Ke-3 untuk Pengurusan Cemerlang PIBG 2011. Tahniah semua warga sekolah dan barisan PIBG.

Isnin, Jun 25, 2012

PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein.

Johan Kategori Program Pra-Universiti  - PPU-Atas B

Johan Kategori Menengah Rendah - Tingkatan Peralihan
Johan Kategori Menengah Atas - Tingkatan 5 ICT

Ahad, Jun 24, 2012

PEMENANG PERTANDINGAN SEMPENA PROGRAM SEKOLAHKU SAYANG

Sempena program SEKOLAHKU SAYANG, beberapa pertandingan telah diajurkan. Semasa majlis perasmian SEKOLAHKU SAYANG pula, mereka telah diberikan sijil dan hadiah. Antara pemenang yang menerima sijil dan hadiah adalah:

Pemenang menghias cupcake - Johan
Pemenang pertandingan bercerita - Johan
Pemenang Pertandingan Kabadi - Johan
Pemenang Pertandingan Kolom - Johan
BERITA LANJUT SILA KLIK DI SINI

Sabtu, Jun 23, 2012

YB. ISA BERSAMA PROGRAM SEKOLAHKU SAYANG

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein mengiringi YB. Dato' Isa selepas beliau berucap semasa acara senam seni
 Semasa berucap YB. Dato' Isa mengucapkan tahniah kepada PIBG di bawah pimpinan En. Mohd. Radi dan Pn. Hjh. Mazlah (Pengetua) serta barisan pimpinannya kerana berjaya memilih Jabatan Penerangan Malaysia Selangor sebagai bapa angkat kepada SEMESCO. Beliau menambah, melalui program ini, diharapkan pelajar dapat pembelaan yang sepatutnya.

BERITA LANJUT SILA KLIK DI SINI

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT 1MALAYSIA

Pelajar berkumpul sebelum memulakan program senam seni
BERITA LANJUT SILA KLIK DI SINI

Khamis, Jun 21, 2012

PROGRAM SEKOLAHKU SAYANG

Pelajar PPU-Rendah melukis mural di dinding bahagian dalam Blok F. Terima kasih atas sumbangan mereka kepada sekolah

Rabu, Jun 20, 2012

PROGRAM SEKOLAHKU SAYANG

Pelajar melukis mural di dinding Blok F dan Blok C

Warna dan peralatan yang digunakan



Menghias bahagian dalam dewan

Pelajar tingkatan tiga sedang melukis mural di dinding Blok C



Isnin, Jun 18, 2012

PELANCARAN MINGGU BAHASA INGGERIS

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein diiringi oleh Pn. Hjh. Nor'aini sedang menggunting ikatan poster sebagai gimik merasmikan Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris
Pn. Maliga a/p Kumaran selaku GKMP Bahasa semasa berucap mengingatkan pelajar mengenai kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris

 
Pn. Azilah mengumumkan mengenai Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris 
Pn. Sarina Shaari mengedalikan acara tongue twister di pentas tapak perhimpunan

SUKANTARA DAN SARINGAN AKHIR

Peserta perempuan Rumah Kuning bersedia untuk acara tarik tali
En. Mohd Roseli bersedia untuk melepaskan peserta larian 5000m lelaki
Acara akhir balapan yang dipertandingan pada hari ini ialah larian 1500m, Larian 400m, 5000m. Acara akhir padang yang dipertandingkan ialah Lontar Peluru, Lempar Cakra, tarik tali, lompat jauh, dan lompat kijang

PROGRAM SEKOGLAH KU SAYANG

Pn. Maizatulakmam selaku Setiausaha PIBG telah mengumumkan bahawa pada 23/6/2012 (Sabtu), SMKSC akan mengadakan Program SekolahKu Sayang anjuran bersama PIBG SMKSC dan Kementerian Penerangan Malaysia Selangor. Beberapa program telah diatur, antaranya ialah Pentarama, Senam Seni, Ceramah, Kuiz oleh Radio Malaysia Selangor, Demonstrasi menghias cupcake oleh KEMAS, Mencanting Batik, Pertandingan Membuat Kolom, Ziarah Kasih, Promosi Filem oleh FINAS, dan pameran daripada pelbagai agensi lain.  Ibu bapa dan masyarakat setempat dijemput hadir

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Pn. Hjh. Nor'aini (GPK KURIKULUM) mengingatkan pelajar kepentingan kehadiran kerana PBS akan dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

DISIPLIN PELAJAR


Pn. Alimah bt Abu Noh selaku GPK HEM mengingatkan pelajar mengenai peraturan disiplin 

KEBERSIHAN KELAS

Kelas PPU-Atas C telah dipilih sebagai kelas terbersih untuk kategori Tingkatan 6. Tahniah