SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Mei 27, 2011

Isnin, Mei 23, 2011

TEMPAT KETIGA

Muhammad Azwan 3Cekal dan Mohammad Hafizul 3Dedikasi telah mendapat tempat ke 3 dalam perlawanan bola sepak Bawah 15tahun peringkat Negeri. Mereka berdua mewakili Daerah Hulu Selangor dalam pasukan tersebut

Rabu, Mei 18, 2011

MESYUARAT KOKURIKULUM

Mesyuarat dikendalikan oleh Pn. Norlia bt Abu Bakar (GPK Kokurikulum) telah membincangkan Program Perkhemahan Perdana dan Larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia.

SAMBUNGAN CAPAIAN INTERNET

4 orang Juruteknik TM Bhd. di ketuai oleh En. Mohd. Zarizi b. Mohd. Zahari (Kanan sekali) telah datang untuk memastikan talian internet dapat disambung semula selepas tergendala akibat kilat pada petang Selasa (17.5.2011)

Terima kasih atas kerjasama dan tindakan pantas TM Bhd dalam mengatasi masalah kami. Mereka meninggalkan makmal jam 5.10petang

KAJIAN LAPANGAN DISIPLIN MURID

Pn. Nur Liyana Husna Shaari, Pen. Pengarah EPRD, KPM menerangkan kepada guru-guru kaunselor dan guru-guru disiplin mengenai prosedur memasukkan maklumat secara online tentang KAJIAN LAPANGAN DISIPLIN MURID di Makmal Komputer 2

BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS


En. Bakhtiar mengenal pasti kerosakan yang menyebabkan aliran letrik terputus ke bahagian bawah Blok A.

Isnin, Mei 16, 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011

Barisan guru diketuai oleh Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein semasa acara bacaan ikrar guru Para tetamu menjamu selera sewaktu majlis sesi rehat


En. Mohd. Radi b. Razali merasmikan Sambuan Hari Guru kali ini

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein sedang berucap

Pn. Hjh. Nor'aini bertungkus lumus memastikan perjalanan majlis berjalan lancar

Gambar-gambar lain bolehlah layari BLOG MPPU dan BLOG KELAB GURU

Khamis, Mei 12, 2011

LADAP



Pelaksanaan PBS di sekolah - tajuk yang disampaikan oleh Pn. Hjh. Mazlah dalam kursus LADAP kali ini.





KESELAMATAN JALAN RAYA

Pn. Rosnah bt Zali mengingatkan murid dan pelajar mengenai keselamatan jalan raya. Mereka hendaklah menunggu sebentar sebelum menyeberang jalan raya walaupun isyarat lampu hijau untuk melintas telah menyala. Ini untuk mengelakkan kemalangan kerana walaupun lampu merah, kedapatan penonggang motosikal yang masih melanggar peraturan


Pengumuman lain:


1. Pada 17/6/2011 - 20/6/2011 akan diadakan Kampori Pengakap Negeri Selangor.
2. En. Bakhtiar mengingatkan mengenai disiplin murid dan pelajar. Mereka hendaklah memulangkan semula semua pinggan dan mangkuk ke bekas yang disediakan.

Selasa, Mei 10, 2011

LADAP



Pn. Hjh. Mazlah menerangkan mengenai Pengurusan dan Pelaksanaan PBS

Pn. Norisah menerangkan mengenai Konsep dan Prinsip PBS

SURAT PEMBERITAHUAN

Semua murid dan pelajar telah mendapat surat pemberitahuan mengenai penangguhan aktiviti kokurikulum sehingga 27 Mei, 2011

Klik 2x untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas

UCAPAN PENGETUA

Pn. Hjh. Mazlah berucap dihadapan Pelajar Pra-U di Bilik Mesyuarat. Beliau mengingatkan dan berharap agar pelajar terus kekal dan belajar meneruskan pengajian Pra-U mereka di SMK. Sg. Choh sehingga memperoleh kelulusan STPM yang cemerlang

Isnin, Mei 09, 2011

MINGGU ORENTASI PRA-U 2011

Selamat datang kepada pelajar baru Pra-U yang mula mendaftar hari ini. Berikut dipaparkan program orentasi Pelajar Pra-U sehingga Hari Rabu. Klik dua kali untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas

RAPAT 1 MALAYSIA

Pada 4.5.2011 yang lalu, Cik Mas Erwina bt Herry telah menghadiri Rapat 1 Malaysia bertempat di IKMA Resort, Seksyen 7 Shah Alam. Antara pengisian yang di bentangkan termasuklah Transformasi Pendidikan dan NKRA Sifar Jenayah







TAKLIMAT

Taklimat diadakan di Bilik Mesyuarat oleh Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin mulai jam 7.30pagi - 8.30pagi


Perkara-perkara yang telah disentuh oleh Pn. Hjh. Nor'aini ialah:



1. LADAP yang akan diadakan pada 10/5/2011. 11/5/2011 dan 12/5/2011 bermula jam 3.00petang - 5.00petang


2. Mesyuarat kewangan akan diadakan pada 13/5/2011 (Jumaat) - Semua AJK Kewangan dan Ketua Panitia wajib hadir


3. Semua bil-bil/resit fotostat yang telah dibayar oleh Ketua Panitia, hendaklah dihantar kepada Pn. Hjh. Nor'aini terlebih dahulu untuk disemak

TAKLIMAT PEPERIKSAAN

Pn. Wan Safrah menerangkan prosedur peperiksaan

Ahad, Mei 08, 2011

BAIKPULIH BATANG PAIP

Keadaan batang paip air yang bocor sebelum dibaikpulih dam ditukar baru

Pandangan keadaan parit dan batang paip air selepas kerja=kerja penggantian selesai

Jumaat, Mei 06, 2011

PERTANDINGAN CATUR DAERAH

Pada 14 April 2011 yang lalu, SMK. Sg. Choh telah menghantar wakil ke pertandingan catur daerah yang diadakan di SMK Taman Bunga Raya. 14orang peserta telah mengambil bahagian. Mereka diiringi oleh Pn. Ummi, Cik Mas Erwina, En.Zarul dan En. Ahmad Bukhari


Khamis, Mei 05, 2011

PERTANDINGAN SAJAK BAHASA TAMIL DAERAH




Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Tamil Daerah Hulu Selangor telah diadakan pada 4. Mei, 2011 bertempat di Dewan Asrama SMK. KKB. Majlis telah dirasmikan Oleh Yang Berhormat Tuan Kamalanathan. Pertandingan dijalankan peringkat Menengah Rendah dan Menengah atas. 44 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini


Johan Menengah Rendah disandang oleh Sanjivan a/l Mohan - SMK Sungai Choh

Tempat kelima - Kayalvizhi- SMK. Sg. Choh

Peserta Menengah Atas - Yuvaneswary (5B) dan Uthayakumar (5D) mendapat saguhati

Rabu, Mei 04, 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH

Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin sedang berucap merasmikan Pertandingan Kawad Kaki. Beliau mengingatkan murid dan pelajar agar bijak membahagikan masa untuk cemerlang dalam akademik dan kokurikulum




Pasukan Pengakap bergambar sebagai kenangan selepas majlis penyampaian hadiah bersama guru penasihat, dan Pn. Norlia bt Abu Bakar - GPK Kokurikulum Gambar lain boleh dilihat dalam BLOG KOKURIKULUM SMKSC


BATANG PAIP AIR YANG BOCOR

Batang paip air di Blok C bersebelahan Bilik Guru Kanan Mata Pelajaran telah berkarat dan bocor menyebabkan air tidak boleh sampai ke tangki sebelah atas bangunan berkenaan

Kedua-dua anak panah (di atas) menunjukkan kebocoran yang berlaku di batang paip berkenaan yang perlu diganti. Batang paip itu telah berada di kawasan tersebut sejak tahun 1985 semasa pembinaan Bangunan Blok C dan D.

Kelihatan Batang paip yang berkarat dan bocor (gambar atas)

SEMINAR MATA PELAJARAN TASAWUR

Ustazah Norliza bt Mat Senin, Guru SMK. Bandar Baru Batang Kali memulakan seminar dan bengkel menjawab Tasawwur Islam di Bilik Mesyuarat

Selasa, Mei 03, 2011

GELOMBANG KEDUA H1N1

Semua ketua tingkatan diberikan pelekat mengenai penyakit H1N1 untuk ditampal di kelas mereka. Pelekat tersebut telah diedarkan oleh Pn. Hjh. Rosnah bt Zali

TAKLIMAT PENGAWAS

Pengawas sekolah telah diberi peringatan mengenai tugas mereka