SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, September 30, 2011

PROGRAM RESTU GURU


Norzahirah bt Bakhtiar mewakili pelajar tingkatan 3 memberi ucapan


Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin turut memberi ucapan kepada calon PMR Pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PMR 2011



Dewan peperiksaan yang telah disediakan oleh SU Peperiksaan PMR, tersedia digunakan untuk Peperiksaan PMR pada minggu hadapan

Khamis, September 29, 2011

PENERANGAN PROGRAM RESTU GURU

Pn. Rosnah bt Zali mengumumkan bahawa semua pelajar tingkatan 3 akan terlibat dengan program restu guru pada 30/9/2011 (Jumaat)

TAKLIMAT PEPERIKSAAN

Pn. Rusidah mengingatkan agar pelajar mesti membawa kad pengenalan dan slip peperiksaan semasa Peperiksaan PMR

Rabu, September 28, 2011

PERTANDINGAN ANTARA RUMAH SUKAN

En. Mohd. Roseli b. Dardan mengadili pertandingan bola baling

Selasa, September 27, 2011

PERTANDINGAN PERMAINAN ANTARA RUMAH SUKAN 2011


Tarikh: 27.9.2011 (Selasa)
Tempat: Gelanggang Bola Tampar, Padang SMK. Sg. Choh
Pertandingan: Bola Baling, Bola Tampar, Bola Jaring
Peserta: Pelajar tingkatan 2, 4 dan Pelajar Program Pra-Universiti - Bawah

Bola Tampar
Bola Baling - Lelaki
Bola Jaring

Isnin, September 26, 2011

KEJOHANAN KARNIVAL OLIMPIK MUDA


Program: Kejohanan Karnival Olimpik Muda, Olahraga MSSD Hulu Selangor
Tempat: Stadium Proton City
Tarikh: 20.9.2011 (Selasa)
Masa: 7.30pagi - 5.00petang



Pencapaian:


1. Krisan Nair a/l Muniandy (2Bestari) - Pingat Perak acara 100m

2. Mohd. Khairul Azreen (1Cekal) - Pingat Perak acara Lontar Peluru
3. Nur Eliyana (2Bestari) - Pingat Emas Lontar Peluru
4. Noor Ewan Syafikah (2Amanah) - Pingat Emas acara 100m dan Lompat Jauh

Sabtu, September 24, 2011

LATIHAN DALAMAN

LADAP - Pendekatan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan

Tarikh: 23/9/2011 (Sabtu), Kehadiran: 46 / 86


Taklimat dan Penerangan mengenai Dasar 1 Murid 1 Sukan disampaikan oleh En. Sabri


Bola Baling Badminton Bola Jaring Bola Sepak Pn. Norlia bt Abu Bakar (PK. Kokurikulum) memberi ucapan penutup

Jumaat, September 23, 2011

UCAPAN KETUA PANITIA MATEMATIK

Pn. Zaida bt Zi (KP Matematik) mengingatkan semua pelajar tingkatan 3 agar memiliki set peralatan matematik

Khamis, September 22, 2011

NAMA SEKOLAH




Terima kasih kepada pelajar dan guru yang terlibat menyiapkan Projek Grafik

MEMBAIKI PINTU GRILL

Pintu Grill Bangunan Blok F telah dibaikpulih pada jam 4.40petang (22.9.2011)

UJIAN SEGAK


En. Sabri mengumumkan bahawa ujian SEGAK untuk pelajar tingkatan 5 akan diadakan mulai esok. Semua pelajar dikehendaki membawa pakaian sukan masing-masing untuk tujuan tersebut

MEMBAIKI PALANG GOL

Beberapa orang pelajar membantu En. Bakhtiar membaiki palang gol yang telah rosak

Rabu, September 21, 2011

KURSUS MOTIVASI

Kursus Motivasi Pelajar Tingkatan 3 akan diadakan pada jam 2.30petang dan dikendalikan oleh Pelajar PPU Bawah

Selasa, September 20, 2011

TAKLIMAT PRS

Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Rosnah bt Zali di Kantin

Isnin, September 19, 2011

JADUAL PEPERIKSAAN PMR 2011

Pn. Rusidah bt Imbran mengedarkan jadual peperiksaan PMR 2011 kepada Calon PMR 2011

Isnin, September 12, 2011

PERINGATAN KEPADA BAKAL CALON SPM

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein sangat-sangat berharap agar pelajar hadir Kelas Intensif SPM

UCAPAN PK KOKURIKULUM



Pn. Norlia bt Abu Bakar telah memberi penerangan mengenai atur cara program yang akan berlangsung pada hari Khamis (15.9.2011) antaranya ialah:

1. Konvoi Merdeka - jalan kaki/berbasikal/bermotorsikal

2. Hari Anugerah Kokurikulum

3. Majlis Rumah Terbuka Merdeka Raya

4. Demonstrasi pelbagai masakan masyarakat Malaysia


Pelajar bolah berpakaian baju raya manakala pelajar India boleh berpakaian Panjabi


UCAPAN GURU BERTUGAS

Guru bertugas minggu ini (12.9.2011 - 15.9.2011) ialah En. Ahmad Bukhari dan Pn. Siti Maheran. En. Ahmad Bukhari telah mengingatkan pelajar mengenai "TIPS MENGULANGKAJI"

Jumaat, September 09, 2011

PELBAGAI TANAMAN SAINS PERTANIAN

Pelbagai tanaman sayuran telah diusahakan dibawah mata pelajaran Sains Pertanian antaranya Kacang panjang, Sawi Jepun, kobis, kacang buncis dan petola

TAKLIMAT KEMASUKAN KE SBP

Pn. Rosnah bt Zali memberi taklimat ringkas kepada pelajar tingkatan 3 yang berminat untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh. Mereka dikehendaki mengisi borang permohonan melalui Unit HEM, dan menghantar borang yang lengkap diisi, pihak sekolah akan menguruskan permohonan tersebut secara online. Tarikh tutup adalah pada 15 Oktober, 2011

Khamis, September 08, 2011

KUIZ KEMERDEKAAN

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein turut sama mengemukakan soalan tambahan kuiz kemerdekaan


Kuiz Kemerdekaan pada hari ini telah dikendalikan oleh Pn. Jaharah bt Abdul Kader. Kuiz kali ini merupakan kuiz kali terakhir dalam program Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-54

Rabu, September 07, 2011

AKTIVITI KOKURIKULUM

Pn. Zaida bt Zi guru Penasihat Pandu Puteri mengarahkan pelajar agar mematuhi arahan ketua pelatun mereka. Pasukan mereka telah terpilih menyertai Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan di PRODUA pada 8.9.2011

PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK

Pasukan Puteri Islam telah mendapat tempat pertama

SAYEMBARA KEMERDEKAAN

Mahendran PPU-6Bawah B, mendeklimasikan sajak bertajuk "NEGARAKU TANAH MERDEKA" telah mendapat tempat pertama

KUIZ KEMERDEKAAN

Pn. Nabisha bt Majid mengendalikan sesi Kuiz Kemerdekaan yang merupakan salah satu Program Sempena Kempen Bulan Kemerdekaan Kali Ke-54



Mohd. Qairol b. Azami (PPU Atas A) menjawab soalan mengenai dua dewan persidangan yang terdapat dalam Parlimen

PEMASANGAN JALUR GEMILANG

Terima kasih kepada tiga orang pelajar yang telah mencurahkan tenaga memasang Jalur Gemilang

PERINGATAN KEPADA CALON SPM 2011

Program: Taklimat kepada Calon SPM 2011


Tempat: Tapak perhimpunan

Selasa, September 06, 2011

TAKLIMAT KHAS


Taklimat khas mengenai program yang akan dilaksanakan pada 15/9/2011 iaitu:
1. Hari Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-54
2. Konvoi Jalur Gemilang
3. Majlis Penyampaian Sijil Kokurikulum 2011
4. Demontrasi Masakan dan Perayaan 1Malaysia
5. Sambutan Hari Raya anjuran Kelab Guru

TAKLIMAT PERSEDIAAN PMR

Pn. Rusidah bt Imbran memberi taklimat kepada pelajar tingkatan 3 mengenai Program Persediaan PMR 2011

Isnin, September 05, 2011

PERSEDIAAN PMR 2011

Pelajar diharap bersedia untuk Program Latihtubi, kehadiran adalah wajib.

UCAPAN PENGETUA

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein mengingatkan calon PMR agar bersedia untuk Program Persediaan PMR. Calon SPM pula, mereka diwajibkan hadir walaupun mereka tidak mengambil subjek elektif tertentu semasa Peperiksaan Percubaan SPM kerana pihak sekolah telah menyediakan Program Intensif SPM kepada mereka. Peperiksaan Percubaan STPM akan diadakan pada 6 Sept hingga 23 Sept 2011

UCAPAN GURU BERTUGAS

Guru bertugas minggu ini ( 5.9.2011 - 9.9.2011 ) ialah Pn. Wan Safrah dan Cik Siti Khatijah. Pn. Wan Safrah berucap mengenai tajuk "PERSONALITI MATANG". Antara ciri pelajar yang mempunyai personaliti matang ialah mempunyai matlamat yang jelas, menghormati orang lain, sedia menghadapi cabaran, yakin diri, mempunyai semangat bersaing dan kaya jiwa dengan usaha dan ikhtiar serta bertawakal