SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Khamis, Mac 31, 2011

PENYELENGGARAAN SEKOLAH

Kejadian ribut telah berlaku pada 19.3.2011 (Petang Jumaat). Demi keselamatan dan keselesaan warga SMKSC pokok-pokok yang tumbang sekitar sekolah telah diselenggara oleh pihak sekolah. Terima kasih kepada pihak pentadbir kerana telah lebih dahulu mengambil tindakan membersihkan runtuhan dan pokok yang tumbang.


Sebelum selenggaraan

Selepas penyelenggaraan Sebelum Selepas
Sebelum

Selepas Sebelum Selepas

MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KE-2

Mesyuarat Kokurikulum kali ke-2 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Norlia (GPK Kokurikulum). Pn. Mazlah turut hadir

MSSD


Kejohanan MSSD telah berlangsung di Stadium Proton City, Tg. Malim.Tahniah kepada peserta SMKSC yang telah berjaya mendapat pingat dalam beberapa acara (pingat yang diperolehi sehingga 29.3.2011) iaitu:

1. Emas 3000m - Anjali

2. Emas 4x100m P1

3. Emas 4x100m P3

4. Perak 5000m

5. Gangsa 4x100m L3

6. Gangsa Cakera - Mohd. Adib

7. Gangsa 800m - Ganeswaran

Terima kasih kepada guru-guru pengiring atas pengorbanan masa dan tenaga mereka

Selasa, Mac 29, 2011

PENYELENGGARAAN

Kerja penyelenggaraan serkahan dahan pokok telah dibuat oleh Syarikat IMJ sercara percuma


Pengurus Syarikat tersebut telah diminta oleh En. Musalli menyumbangkan tenaga dan kepakaran menyelenggaraan dan mengemaskan kawasan laluan yang berbahaya oleh dahan yang terjuntai


Sebelum penyelenggaraan

Sedang menyelenggara Selepas penyelenggaraan Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengurus syarikat berkenaan yang telah sudi berbakti kepada sekolah. Jasa anda tetap dikenang

KEJOHANAN MSSD

En. Sabri dan En. Zarul Shafiq sedang mengumpulkan surat kebenaran ibubapa pelajar yang akan menyertai Kejohanan Sukan MSSD di Proton City, Tanjung Malim

Isnin, Mac 28, 2011

KERJA PENYELENGGARAAN

Tn. Hj. Ismail b. Jali merupakan kontraktor Kelas F yang juga bekas pelajar SMKSC. Beliau bersetuju menyumbang tenaga membersihkan kawasan serkahan dahan dan pokok yang mengganggu laluan pelajar yang melalui gajah menyusur untuk pergi dan balik ke Blok F. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian beliau menyumbangkan tenaga berserta dua orang pekerja dan pengangkutan. Jasa beliau tetap dikenang. Semoga akan ada lebih ramai lagi bekas pelajar sekolah kita yang mengikut jejak langkah beliau berbuat demikian. Ke dua-dua pekerja beliau juga merupakan bekas pelajar sekolah kita.

LATIHAN KAWAD KAKI

En. Ahmad Bukhari sedang bertugas mengawasi latihan kawad kaki selepas hujan berhenti
Latihan Kawad Kaki diadakan sebagai persiapan ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah

Suasana kawad kaki sebelum hujan

KEJOHANAN SUKAN MSSD

Pn. Hjh. Mazlah, Pn. Norlia dan Pn. Hjh Nor'aini (terlindung) menyemak senarai nama pelajar yang akan mengikuti MSSD peringkat daerah di Stadium Proton City. Guru pengiring iala En. Sabri, En. Zahrul, En. Anuar, Cik Siti Khadijah dan Cik Erdina



PERLAWANAN BOLA BALING MSSD

SMKSC telah menyertai perlawanan Bola Baling peringkat daerah, keputusan pertandingan yang diperolehi ialah P15 mendapat tempat ke 4, P18 memasuki suku akhir, L15 dan L18 berjaya memasuki pusingan pertama. Perlawanan telah diadakan di padang SMK. Kuala Kubu Bharu. Terima kasih kepada En. Mohd. Roseli b. Dardan kerana telah melatih dan mengiringi pasukan sekolah sepanjang perlawanan berlangsung




Ahad, Mac 27, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung PIBG kali ini telah dirasmikan oleh YB. P.Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor




Jumaat, Mac 25, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG

Persiapan Dewan telah bermula pada pagi Jumaat 25.3.2011
Ke dua-dua majlis itu akan diadakan pada hari Ahad bersamaan 27.3.2011

PERJALANAN HIDUP KARTUNIS PROFESSIONAL

Pada 22.3.2011 (Selasa) seramai 28orang pelajar telah ke Istana Budaya untuk menyaksikan "Persembahan Teater LAT The Kampung Boy" - sebuah muzikal. Persembahan tersebut memaparkan perjalanan hidup Kartunis Professional, Dato' Mohd. Noor Khalid yang berasal dari Gopeng Perak. Pn. Norisah dan Puan Nadia turut sama mengiringi pelajar.


Jemputan untuk menghadiri persembahan teater tersebut merupakan salah satu tanggungjawab koperat Produa kepada komuniti yang berada di sekeliling.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Produa kerana telah menaja tiket, pengangkutan pergi dan balik serta makanan kepada peserta

Sabtu, Mac 19, 2011

MEMBERSIHKAN KAIN RENTANG

Dua orang pengawal keselamatan ini menggunakan sedikit masa mereka membantu membersihkan kain rentang yang diterbangkan oleh angin kencang semasa kejadian ribut petir serta angin kencang pada petang Jumaat, jam 4.30petang semalam

Jumaat, Mac 18, 2011

RIBUT

Kejadian hujan ribut melanda SMK. Sg. Choh pada petang ini. Beberapa pohon sekitar sekolah telah tumbang dan menghempap bangunan sekolah.
Keadaan Bangunan Blok E
Keadaan Blok bangunan Bengkel Keadaan bangunan Blok C

Bangunan Blok C

Kawasan Hadapan Sekolah
Garaj Kereta Kuarters Pendidikan turut dilanda ribut

Lihat gambar-gambar lain dalam BLOG ARKIB MAKMAL SMKSC

Selasa, Mac 15, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN KUALITI SEKOLAH

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Hjh. Mazlah bt Hussein (Pengetua). Beliau telah menerangkan fungsi Jawatankuasa dan bidang tugas PK01 - PK15

Sabtu, Mac 12, 2011

SUKAN TAHUNAN 2011

YB. P.Kamalanathan memalu gong merasmikan sukan tahunan SMK. Sg. Choh kali ke-24
Terima kasih atas kehadiran YB. P.Kamalanathan Ahli Parlimen Hulu Selangor. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan P.A. Sistem kepada Persatuan Bahasa Tamil SMK. Sg. Choh

Jumaat, Mac 11, 2011

LATIHAN PERBARISAN RUMAH SUKAN

Peserta perbarisan rumah sukan telah mengadakan latihan perbarisan untuk setiap rumah sukan mereka