SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Selasa, Oktober 30, 2012

PROGRAM SENAM SIHAT ANAK RAMAJA/MUDA

Pn. Noor Hasliza bt Hussin, sebelah kiri, merupakan Pengerusi Gerakan Belia 4B Bkt Sentosa 3, Pemimpin & Mentor Anugerah Remaja Perdana Daerah bersama Pn. Zaharah bt Mat Isa yang juga Pengerusi Persatuan Senamrobik Daerah Hulu Selangor  mengendalikan sesi senamtari di bawah program Senam Sihat Anak Remaja/Muda. Selain itu, pelajar juga turut mengikuti program "explorace". Terima kasih kepada mereka yang telah mengisi Program Lepas PMR 2012.




LAWATAN KE MARDI

Pada 24/10/2012 (Rabu) yang lalu, Program Lawatan Sambil Belajar ke MARDI telah dianjurkan oleh Unit HEM, di bawah program lepas PMR 2012. Pelajar telah diiringi oleh guru melawat ke makmal MARDI, Unit Pembiakan Benih dan Baka serta proses penanaman rumah hijau

Pn. Robalkhis salah seorang guru pengiring sedang menandatangani buku pelawat 
Menjamu selera makan tengah hari
En. A.Rahim bersama pelajar menuju ke tapak semaian
Kawasan tanaman rumah hijau
Lawatan ke Makmal Unit Benih dan Baka
Terima kasih kepada penganjur program dan pihak MARDI yang sudi menerima kedatangan warga SEMESCO

Isnin, Oktober 29, 2012

MAJLIS RESTU GURU SPM/STPM 2012

Pn. Hjh. Mazlah mengingatkan pelajar mengenai:
1. Jangan ponteng sekolah, bertemu guru, dapatkan bantuan di saat-saat akhir sebelum peperiksaan.
2. Jaga kesihatan.
3. Jaga Keselamatan.
4. Sewaktu peperiksaan, gunakan masa sehingga tamat waktu peperiksaan.
Beliau mewakili guru dan ibu bapa, memohon maaf jika pelajar berkecil hati, menyinggung perasaan pelajar. Akhirnya beliau mengucapkan "SELAMAT MAJU JAYA"
En. Mohd. Ikhwan - berucap mewakili pelajar
Pn. Nadia - Pengacara Majlis
Mohd. Taufik - membacakan doa
Barisan guru lelaki bersama pelajar STPM
Pn. Rosnah bt Zali - Penyelaras Majlis Restu Guru
PRS mengedarkan dua batang pen sumbangan Unit Bimbingan dan Kaunseling kepada setiap calon yang akan mengambil peperiksaan SPM, STPM
Pelajar lelaki tingkatan 5
Pn. Hjh. Mazlah bersama barisan guru bersalaman dengan pelajar PPU-Bawah yang akan menduduki peperiksaan pada 5 November, 2012


Rabu, Oktober 24, 2012

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012

Pelajar tingkatan 2 sedang menjawab soalan Bahasa Melayu kertas 1

Isnin, Oktober 22, 2012

SUMBANGAN KOMPUTER

Pn. Hjh. Mazlah mewakili seluruh warga SEMESCO mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan Komputer oleh Bank Rakyat. Selain itu, Yayasan Bank Rakyat melalui Bank Rakyat Cawangan Rawang turut memberi bantuan dana, membiayai perbelanjaan untuk Program Seminar Cemerlang Akademik 2012 di PERODUA, dan Sumbangan Ihya Ramadan 2012.
Pengurus Bank Rakyat Cawangan Rawang, Pn. Haniza bt Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada calon SPM dan STPM 2012.   Beliau mewakili Yayasan Bank Rakyat berharap supaya pelajar cukup bersedia untuk peperiksaan dan pihak Bank Rakyat sentiasa akan terus memberikan kerjasama keapada SEMESCO
Pn. Haniza bt Ibrahim (Pengurus Bank Rakyat Cawangan Rawang) diiringi oleh En. Hamdan b. Yahya (Pen. Pengurus Bank Rakyat Cawangan Rawang) menyerahkan Sebuah Komputer sumbangan Bank Rakyat kepada Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein dan disaksikan oleh Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin
Pn. Hjh. Mazlah bt Hussin menyerahkan cenderahati SEMESCO kepada Pengurus Bank Rakyat Cawangan Rawang.

UCAPAN GURU BERTUGAS

En. Mohd. Roseli b. Dardan merupakan guru bertugas minggu ini.

Beliau telah berucap mengenai tajuk vandalisme.  Perbuatan vandalisme seperti merosakkan kemudahan yang ada akan memberi impak dan akibat pada pelajar lain. Beliau menasihatkan pelajar agar mempunyai sikap tanggungjawab menjaga peralatan dan perkakasan sekitar.
Beliau juga meminta pelajar tidak memakai pakaian PJ mulai esok kerana musim peperiksaan telah tiba.

Khamis, Oktober 11, 2012

TAKLIMAT PERSEDIAAN SPM 2012

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein memberi motivasi dan perangsang kepada pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM 2012 supaya bersedia untuk mencapai kecemerlangan



Rabu, Oktober 10, 2012

MESYUARAT KURIKULUM KALI KE-4

Pn. Hjh Mazlah mempengerusikan Mesyuarat Kurikulum Kali Ke-4 yang diadakan pada 10.10.2012 di Bilik Mesyuarat.
Antara perkara yang perlu diambil tindakan oleh Ketua Panitia ialah:
1. Sediakan perancangan strategik 2013 dan hantar kepada PK Akademik sebelum 30 Oktober, 2012
2. Sediakan Laporan Perancangan Strategik 2012 dan hantar pada 17 Oktober 2012



CERAMAH MOTIVASI PELAJAR PROGRAM PRA-U

Pn. Hjh. Mazlah memberi motivasi kepada pelajar PPU - Atas mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar sebelum mereka menduduki peperiksaan STPM 2012 kelak. Terima kasih kepada beliau kerana memberi garispanduan, semangat serta kesedaran kepada pelajar tersebut
Ceramah telah diadakan di Makmal Komputer 1



PERINGATAN RINGKAS

Pn. Eda Edna bt Mohd. Sani sedang memberi taklimat ringkas, garispanduan menjawab soalan Bahasa Inggeris PMR 2012 yang akan mereka duduki sebentar lagi
Pelajar sedanng menjawab soalan Bahasa Inggeris Kertas 1

Selasa, Oktober 09, 2012

PEPERIKSAAN PMR 2012

Peperiksaan PMR 2012 telah bermula pada hari ini. Semua calon PMR hadir untuk menduduki peperiksaan tersebut.

MESYUARAT PROGRAM LEPAS PMR 2012

Mesyuarat membincangkan program selepas Peperiksaan PMR 2012, telah dipengerusikan oleh Pn. Alimah Abu Noh

Jumaat, Oktober 05, 2012

TAKLIMAT PEPERIKSAAN PMR 2012

Pn. Rusidah bt Imbran memberi taklimat kepada calon PMR 2012 dan seterusnya mengedarkan slip peperiksaan sebelum mereka membantu menyusun kerusi dan meja di dewan sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan PMR yang akan bermula pada 9.10.2012 (Selasa) minggu depan

TAKLIMAT PERMOHONAN KE SBP SECARA ONLINE

Taklimat disampaikan oleh Pn. Rohaizah bt Ishak (Penyelaras Tingkatan 3)  kepada semua calon PMR 2012 yang layak dan  ingin memohon untuk belajar di Sekolah Berasrama Penuh pada tahun 2013

MAJLIS RESTU GURU 2012

Pn. Hjh. Mazlah berucap mengingatkan pelajar tentang peraturan peperiksaan, peraturan bagi calon yang sakit kepada calon PMR

Ustaz Aziz membacakan doa memulakan majlis restu guru 2012
Wakil pelajar tingkatan 3 turut diberi peluang berucap
Pelajar lelaki memohon maaf dan restu guru
Pelajar perempuan bermaafan dengan guru yang mengajar mereka
Pelajar mengambil air minuman dan kismis 


Khamis, Oktober 04, 2012

PEMENANG PERTANDINGAN PERMAINAN ANTARA RUMAH SUKAN 2012

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyertai pertandingan permainan antara rumah sukan telah diadakan pada hari ini.
 Petugas Bahagian Hadiah
 Pn. Rosnah Noh sebagai pengacara majlis