SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, November 05, 2012

PEPERIKSAAN STPM BAHARU

Peperiksaan STPM Baharu untuk penggal 1 bermula pada hari ini

Pelajar PPU-Bawah sedang beratur menunggu untuk masuk ke bilik peperiksaan yang akan bermula dari 5.11.2012 hingga 8.11.2012

Khamis, November 01, 2012

SUMBANGAN PERDANA MENTERI

Satu majlis ringkas, penyerahan sumbangan berupa alat tulis kepada calon SPM yang akan menduduki peperiksaan SPM mulai Isnin minggu depan. Sumbangan tersebut merupakan ingatan tulus ikhlas dari YB. Dato' Najib, Perdana Menteri Malaysia kepada calon SPM, telah disampaikan oleh YB. Dato' Mohd Isa (ADUN Batang Kali) di Dewan Bestari. Warga SEMESCO mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut.

YB. Dato' Mohd. Isa bersama rombongannya, berucap sebelum menyerahkan sumbangan kepada pelajar. Beliau menyampaikan amanat Perdana Menteri agar bersiap sedia menghadapi peperiksaan 

YB. Mohd. Isa menyerahkan alat tulis kepada salah seorang calon SPM




Pn. Norlia bt Abu Bakar mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang telah disampaikan sebelum YB. Dato' Mohd. Isa beredar meninggalkan SEMESCO 

PEMULANGAN BUKU TEKS

Hari ini merupakan program pemulangan buku teks pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 5. En. Ahmad Bukhari  selaku Ketua Guru Buku Teks sedang mengendalikan pemulangan buku teks oleh pelajar tingkatan 5. Esok adalah pemulangan buku teks oleh pelajar tingkatan 1

MESYURAT PENGAWAS PEPERIKSAAN SPM

Pengawas Peperiksaan SPM telah bermesyuarat di Bilik Mesyuarat pada pagi ini. Mereka telah diberi penerangan sedikit sebanyak oleh Pn. Eda Edna (S/U SPM) mengenai keadaan dewan, fizikal sekolah serta calon yang akan menduduki peperiksaan tersebut. "SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DI SEMESCO" kepada semua pengawas.

KURSUS MEMBUAT KEK

Pelajar perempuan tingkatan 3 berpeluang belajar membuat kek. Ini merupakan salah satu program selepas PMR. Mereka telah ditunjuk ajar oleh Pn. Rusidah bt Imbran dan diselia oleh Pn. Rozilah Bt. Zainal Abidin



MESYUARAT PENGURUSAN HEM

Pn. Alimah bt Abu Noh mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan HEM yang diadakan di Dewan Bestari pada 31 Oktober, 2012 jam 1.10petang 

CERAMAH KERJAYA LEPASAN PMR 2012

Ceramah mengenai peluang-peluang kursus yang ditawarkan di Sekolah-Sekolah Menengah Vokasional telah disampaikan oleh Kaunselor SMV. Sg. Buluh, Selangor. Ceramah yang amat berguna untuk kerjaya masa depan pelajar telah diadakan di Bilik Tayangan pada 31 Oktober, 2012