SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, Disember 31, 2008

MAJLIS TAUTAN KASIH


Dalam Majlis Tautan Kasih anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor dengan Kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah Hulu Selangor, yang diadakan di Serendah Golf Club pada 31 Disember 2008, SMK Sungai Choh telah menerima Sijil Anugerah Pengurusan Fail Terbaik 2008. Tahniah dan Syabas untuk Pn Hjh Rosnah Zali dan En Mohd Roseli Dardan, guru bimbingan kaunseling sekolah. Semuga SMKSC terus cemerlang.

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Selamat Tahun Baru 2009. Semuga kita semua dapat memperbaharui azam dan semangat untuk meneruskan kelangsungan hidup. Semuga SMKSC terus maju di tahun 2009.

Selasa, Disember 30, 2008

KEPUTUSAN PMR 2008






















Keputusan PMR 2008 telah diumumkan pada 30 Disember 2008.
SMK Sungai Choh telah mencatatkan kejayaan 60.74 % berbanding dengan tahun 2007 sebanyak 62.20 % iaitu penurunan sebanyak 1.46 %.

Walau bagaimanapun 10 orang pelajar telah mendapat 8A berbanding pada tahun 2007 hanya tiga orang pelajar sahaja. Mereka ialah :

1) Nor Amalina bt Abdul Malik
2) Nurul Amirah bt Ramli
3) Nurul Asyikin bt Nor Hisyam
4) Shantini AP Manoharan
5) Mohd Hazim b Md Hanif
6) Mohd Fauzul Aidil b M Roselli
7) Mohd Hariz b Jamaludin
8) Mohd Khairul Adnan b Mohd Sani
9) Mohd Zul Helmi b Kamarudin
10)Bazilah bt Bahaldin

Pelajar yang mendapat 7A dan IB ialah

1) Nurul Hazwani bt Kamarulzaman
2) Fadlin Amerah bt Arbain
3) Nor Hasiqah bt Mohd Taufik
4) Mohd Syahid b Ismail

Pelajar yang mendapat 6A dan 2B ialah

1) Siti Mariam bt Ibrahim
2) Maisarah bt M Yusak
3) Ismail b Nor Affendi
4) Mohd Amirulnasriq bt Md Fadzil
5) Mohd Nazirul Helmi b Abd Halim

Berikut adalah keputusan PMR 2008

Mata Pelajaran Peratus Lulus

Bahasa Melayu 90.9 %

Bahasa Inggeris 75.0 %

Sejarah 91.7 %

Geografi 91.0 %

P Agama Islam 90.5 %

Mathematics 79.7 %

Science 84.2 %

KHB ERT 83.7 %

KHB Pertanian 95.5 %

KHB PK 100.0 %

Bahasa Tamil 75.9 %

Bahasa Arab 100.0 %

Bahasa Cina 100.0 %

Bahasa Cina 100.0 %

Tahniah kepada semua pelajar dan Terimakasih kepada semua guru SMKSC yang telah mencurahkan amal bakti. Semuga terus berjaya.

Ahad, Disember 28, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH


Selamat Menyambut Maal Hijrah untuk semua warga SEMESCO. Semuga tahun hijrah 1430 membawa lebih banyak kejayaan. Amin.

Jumaat, Disember 26, 2008

PEMANTAUAN BILIK KAUNSELING








Tiga orang guru dari sekolah-sekolah berlainan di Hulu Selangor telah melakukan pemantauan untuk Bilik Bimbingan dan Kaunseling SMKSC. Mereka telah dibantu oleh Muhammad Aqmal Hakim bin Abdullah T4C, Muhammad Shafiq Ikhwan bin Ahmad T4C, Siti Atiqah bte Mohd Hashim T4A dan Noorain bte Mohamad Derus T3B.

Rabu, Disember 10, 2008

PERTUKARAN PENGETUA

Pengetua SMK Sungai Choh, Pn Hjh Habshah binti Abdul Kudus telah diarahkan bertukar ke SMK Serendah bermula dari 16 Oktober 2008, walau bagaimanapun surat arahan hanya sampai ke tangan Pn Habshah pada 10 Disember 2008. Beliau telah berkhidmat di SMKSC sejak 16 Ogos 2007. Sebelum ini beliau telah bertugas di SMK Syed Mashor Batang Kali sebagai Penolong Kanan semenjak dari 16 Januari 2005. Sebelum ke SMK Syed Mashor beliau telah bertugas di SMK Ampang Pecah KKB.

Jumaat, Disember 05, 2008

Khamis, Disember 04, 2008

HARI TERAKHIR PEPERIKSAAN STPM 2008

Hari ini juga adalah hari terakhir Peperiksaan STPM 2008 di SMKSC - kertas Ekonomi. Enche Zulkifli dari SMK Syed Mashor telah bertugas sebagai Ketua Pengawas STPM. Terima kasih.



Semuga semua calon STPM 2008 mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Amin.

HARI TERAKHIR PEPERIKSAAN SPM 2008


Hari ini adalah hari terakhir Peperiksaan SPM 2008 di SMKSC. Kertas Geografi. Semuga semua calon berjaya mencapai cita-cita dan selamat berjumpa lagi.

Rabu, Disember 03, 2008

PN SITI ROHAIDA


Pn Siti Rohaida akan bertukar ke SMK Jalan Cochrane, Pudu, Kuala Lumpur mulai awal tahun depan. Beliau adalah Penyelaras Tingkatan 6 yang mengajar Fizik. Selamat maju jaya, semuga berjumpa lagi.

PEPERIKSAAN SPM 2008


Hari ini adalah Kertas Perdagangan 1 dan 2

Isnin, Disember 01, 2008

PEPERIKSAAN STPM 2008

Calon-calon sedang menduduki Kertas Seni Visual 1.

Selasa, November 25, 2008

PEPERIKSAAN STPM 2008


Hari ini 25 November 2008 adalah kertas Bahasa Melayu.


HARI TERAKHIR KERJA-KERJA MENAIKTARAF





Semua kerja menaiktaraf kantin dan pagar telah siap sepenuhnya.