SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, April 29, 2011

LATIHAN KAWAD KAKI

Pasukan Pengakap membuat latihan kawad kaki untuk menyertai pertandingan kawak kaki peringkat sekolah yang akan diadakan pada 4.5.2011 (RABU). En. Kamarulzaman selaku guru penasihat membantu pelajar semasa latihan kawad tersebut

Khamis, April 28, 2011

PENUKARAN PAPAN PUTIH BARU

Dua orang wakil Syarikat Dida Chee Services, MC 4B Mulberry Court, UP4 Taman Ukay Perdana Ampang sedang memasang papan putih baru, menggantikan papan putih lama yang tidak boleh berfungsi dengan baik. Papan putih lama Tingkatan 2Bestari (Blok F) telah dibaiki dan telah dipasang semula oleh syarikat berkenaan. Empat buah papan putih berkenaan telah dipasang pada hari ini

Rabu, April 27, 2011

AKTIVITI UNIT BERUNIFORM

Acara permulaan untuk aktiviti Unit Beruniform kali ini dimulakan dengan menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Kemudian pelajar berada dalam unit beruniform masing-masing. Pelajar yang tidak hadir akan dikenakan tindakan demerit.


Pn. Halezza bt Ibrahim mengarahkan pelajar berada mengikut Unit Beruniform masing-masing

MESYUARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI

Mesyuarat Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Beruniform SMK. Sg. Choh telah dipengerusikan Pn. Norlia bt Abu Bakar (GPK Kokurikulum). Pertandingan tersebut akan diadakan pada 4 Mei, 2011 (Rabu)

SEMINAR PENDIDIKAN ISLAM PMR

Pn. Norazlinda bt Md. Wazir bertugas di SMK. Bandar Baru Batang Kali sedang memberi ceramah kepada pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Pendidikan Islam

PASUKAN KAWAD KAKI

Unit beruniform akan mengadakan pertandingan kawad kaki peringkat sekolah. Pasukan PBSM, Kadet Polis, dan Kadet Bomba mengumpulkan ahli untuk melengkapkan pasukan mereka



Selasa, April 26, 2011

KHIDMAT BANTU PSS DAN PUSAT AKSES

PKG. Sg. Choh, menganjurkan Program Khidmat Bantu PSS dan ICT. Semua Juruteknik Makmal telah hadir bersama Guru Media sekolah Zon PKG. Sg.Choh. Terima kasih atas perkhidmatan yang telah mereka berikan. Program telah diketuai oleh Pn. Khairul Faridah bt Hasan, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG. Sg. Choh


Dari kiri: En. Mohd. Ezwan (PKG. Sg. Choh), En. Mohd. Khairil Hafiz (SMKSC), En. Mohd. Naim (SMK. Syed Masyur) Kaneetha (SK. Bkt. Beruntung), Maniammai (SK. Sg. Choh). Mereka telah membantu menceriakan Bilik Pusat Akses Sekolah

PERJUMPAAN AHLI BOMBA

Pn. Normawati selaku Ketua Pasukan Bomba memberi taklimat kepada Ahli Pasukan Bomba mengenai pertandingan kawad kaki

KELAS ICTL

Pn. Siti Maheran mengedarkan surat pemberitahuan kepada ibu bapa mengenai kelas ICTL yang telah ditentukan mengikut hari dan tempat. Kelas ICTL diletakkan di luar jadual waktu atas arahan pengetua mulai 25.4.2011

PEMBAYARAN YURAN PEPERIKSAAN MUET

Pn. Siti Shanaz (S/U MUET) mengingatkan Pelajar PPU-A, tarikh akhir pembayaran Yuran Peperiksaan MUET pada 29/4/2011

Isnin, April 25, 2011

GURU BERTUGAS MINGGUAN

En. A.Rahim b. Mohd. Sharif, salah seorang guru bertugas minggu ini, menyampaikan ceramah bertajuk "Hormat Menghormati" semasa perhimpunan pagi


PERKHEMAHAN PELANTIKAN KELANA HULU SELANGOR (VIGIL) 2011

Pada 23/4 - 24/4/2011 bertempat di SMK. Syed Masyor seramai 30/49 ahli Kelana telah menyertai Perkhemahan Pelantikan Kelana Hulu Selangor (VIGIL) 2011.

Guru Pengiring: En. Mohd. Aziz dan Pn. Siti Shanaz. Pasukan Latihan Daerah Hulu
Selangor di ketuai oleh En. Sahrom b. Jaafar

Pasukan Kelana SMKSC telah mendapat Johan dalam Pertandingan Forum bertajuk "Globalisasi Melahirkan Generasi Glokal Dan Mengikis Obsesi Masyarakat". Gambar bawah menunjukkan peserta-peserta menerima sijil "Johan Pertandingan Forum" yang disampaikan oleh Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein

KURSUS PRS DAERAH HULU SELANGOR

Seramai 8orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMKSC telah mengikuti Kursus Kepimpinan PRS yang telah diadakan pada 21/4/2011 bertempat di SMK Taman Bunga Raya

KURSUS KEPIMPINAN PRS

Kursus telah diadakan di Kolej PTPTL Shah Alam. Seramai 40orang PRS telah menghadiri kursus tersebut pada 23/4/2011 bersama-sama PRS SMK. Klang, PRS SMK Meru


Sabtu, April 23, 2011

MESYUARAT SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI


Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat. Guru Panitia Mata Pelajaran dikehendaki melengkapkan enam fail yang telah ditetapkan sehingga 30.4.2011
Pn. Hjh. Mazlah menjawab pertanyaan Pn. Salasiah yang juga Ketua Panitia Mata Pelajaran Perdagangan

Jumaat, April 22, 2011

KURSUS KEPIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Pn. Rosnah Zali dan En. Mohd Roseli mengingatkan pelajar mengenai keperluan yang perlu mereka bawa untuk menghadiri Kursus Kepimpinan PRS pada 23.4.2011 (Sabtu) di Kolej PTPTL Shah Alam

AKTIVITI PAGI JUMAAT

Aktiviti Pelajar India di kawasan berhampiran garaj kereta

Pelajar Melayu di tapak perhimpunan sedang membaca Surah Yasin

PERTANDINGAN BOWLING PPU 2011

Pada 20.4.2011 yang lalu, pelajar PPU mengikuti pertandingan Bowling PPU 2011 bertempat di Golf Club And Country Resort, Bukit Beruntung



Pn. Haleeza bt Ibrahim (Guru Kokurikulum Tkn 6) menyemak senarai pasukan yang akan bertanding




MENUKAR BATANG PAIP

Seorang pekerja sedang menyimen semula kawasan yang menempatkan batang paip air yang telah diganti baru untuk menyalurkan air ke tandas guru, dan pelajar Blok B

Isnin, April 11, 2011

PIDATO ALAM SEKITAR

Nur Yazida bt Sabarudin (kiri) mendapat Johan dalam Pertandingan Pidato Alam Sekitar anjuran UPSI Tg. Malim. Beliau menerima Sijil, Hadiah dan Wang Tunai RM100. Ishak Sairozi b. Abdullah pula mendapat Naib Johan, telah menerima Sijil, Hadiah dan Wang Tunai RM70. Pertandingan tersebut telah berlangsung di Auditorium Utama UPSI pada 8.4.2011 (Jumaat).


Guru Pengiring: En. Mohd. Aziz b. Che Husin

Guru Pembimbing: En. A.Azhan b. Adam

Tahniah kepada pemenang dan guru yang terlibat sehingga meraih kejayaan tersebut

KEJOHANAN BOLA SEPAK 2011

Muhamad Aiman b. Mat Saleh, Ketua Pasukan Bola Sepak B15 sedang menerima piala Kejohanan Bola Sepak Daerah B15 yang diumumkan oleh En. Bakhtiar. Piala disampaikan oleh Pn. Alimah bt Abu Noh - PK HEM

Barisan pemain pasukan Bola Sepak B15 bergambar selepas dikalungkan pingat oleh Pn. Alimah. Tahniah diucapkan atas kejayaan tersebut

KEJOHANAN MSSD 2011

En. Sabri mengumumkan bahawa SMKSC telah mendapat tempat ke-4 dalam Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Selangor berbanding tempat ke-8 tahun lalu. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat menggembeling tenaga melonjakkan kedudukan SMKSC di Daerah Hulu Selangor

KELAB SENI BUDAYA

Perjumpaan ringkas diadakan di kantin untuk aktiviti latihan tarian

HOMESTAY KRK

15orang pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) tingkatan 3Amanah bergambar sebelum mereka bertolak ke SM. Sains Hulu Selangor untuk menyertai Program Homestay selama 5hari (11.4.2011 - 15.4.2011). Bayaran RM65.00 seorang dikenakan bagi menyertai program ini. Guru Pengiring digilir-gilirkan dan diketuai oleh Pn. Asmah Kassim selaku Guru Penyelaras Program KRK.

Sabtu, April 09, 2011

JOHAN BOLA SEPAK LB15 MSSD

Pasukan Bola Sepak LB15 yang mendapat tempat pertama - Johan Daerah bagi kategori LB15 bergambar kenangan. Tahniah diucapkan kepada pelajar, Jurulatih dan guru pengiring iaitu En. Bakhtiar, En. Kamarulzaman, En. Mohd. Roseli, En. Sabri dan En. A.Rahim

En. Bakhtiar sedang menerima piala - Johan Daerah Pasukan Bola Sepak LB15

PERLAWANAN BOLA JARING MSSD

Pasukan Bola Jaring PB18 bersiap sedia untuk bertanding. Walaupun mereka telah berusaha dan berlatih, nasib tidak menyebelahi mereka. Cuba lagi tahun hadapan dengan penuh keyakinan

Guru pengiring Pn. Rosnah bt Zali


Khamis, April 07, 2011

TATACARA MENGHADAPI KEBAKARAN

En. Abd. Sukor selaku Penyelaras Program 3K telah menerangkan Tatacara Menghadapi Kebakaran. Semua ketua tingkatan dikehendaki mengambil pelan kebakaran selepas taklimat tersebut

MESYUARAT POSTMORTEM PMR, SPM, STPM

Mesyuarat telah diadakan pada 6.4.2011 di Bilik Mesyuarat, dipengerusikan Pn. Hjh. Nor'aini (PK. Akademik)

Rabu, April 06, 2011

PEMANTAUAN PENGURUSAN MAKMAL DAN PUSAT AKSES

Pn. Khairul Faridah Hasan (Pegawai Teknologi Pelajaran PKG Sg. Choh - tengah), bersama En. Mohd. Izuan Yaakop (Juruteknik Komputer PKG Sg. Choh - kiri) telah datang untuk membuat pemantauan pengurusan Pusat Akses dan Makmal Komputer. Taklimat Pengurusan Makmal Komputer telah disampaikan oleh Penyelaras Makmal

RUMAH HIJAU

Ishak Sarozi berharap pelajar rumah hijau memulangkan semula pakaian yang digunakan semasa raptai hari sukan dalam keadaan baik