SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Januari 29, 2010

UCAPAN TAHNIAH

Barisan Pelajar Cemerlang yang berjaya mendapat tempat di sekolah berasrama. Tahniah atas kejayaan anda semua. Semoga berjaya dalam usaha mengejar cita-cita, kami mendoakan agar kalian sentiasa istiqamah dalam perjuangan serta tidak lupa jasa guru-guru SMKSC
Dari kanan

1. Hanie Suhanna - SM Sains Muar
2. Amir Muhallim -SM Sains Seremban
3. Muhammad Amiruddin - SBPI Gombak
4. Nur Amalina - SM Sains Bagan Datoh
5. Muhammad Azli Azam - SM Sains Tun Azlan Shah
6. Umar Farouk - SBPI Gombak
7. Siti Suhaila - SBPI Gombak

PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM

En. Mohd. Zabidi mengetuai guru Islam mengendalikan Program Bacaan Yasin di tapak perhimpunan

PROGRAM PENDIDIKAN MORAL

En. Revi Chander mengetuai guru Pendidikan Moral sedang mengendalikan sesi pertemuan pelajar dalam Program Pendidikan Moral

AKTIVITI PERMAINAN DAN KELAB SERTA PERSATUAN


En. A.Rahim selaku Penyelaras Kokurikulum sesi petang sedang mengumpulkan pelajar mengikut pasukan sukan dan permainan mereka

Khamis, Januari 28, 2010

KURSUS DALAMAN PENDIDIKAN MORAL

Panitia Pendidikan Moral telah menganjurkan Kursus Dalaman kepada guru yang mengajar matapelajaran tersebut di Bilik Mesyuarat pada jam 12.50petang hingga 1.50petang


PAUTAN LAIN

Rabu, Januari 27, 2010

LALUAN MERENTAS DESA

En. Kamarulzaman bersama En. Sabri dibantu oleh dua orang pelajar Kelab QM berbincang sebelum memulakan rondaan ke laluan yang bakal dilalui oleh pelajar sewaktu Merentas Desa 2010 Peringkat Sekolah nanti.

MESYUARAT PENGURUSAN PERALATAN ICT

Mesyuarat Penyelarasan dan Pengurusan Peralatan ICT Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Selangor telah berlangsung di PKG Kalumpang. Antara agenda yang dibincangkan ialah Jalinan Rangkaian Sosial Profesional Pengarah Pelajaran Selangor (facebook). Pelancaran Jaringan Sosial Pengarah Pelajaran Selangor akan dilancarkan pada bulan Februari 2010

PEMERIKSAAN PIHAK JKR





Pihak JKR Elektrik telah datang untuk memeriksa punca bekalan elektrik Blok D dan Blok E.

Selasa, Januari 26, 2010

TINJAUAN AWAL

Pada 23.1.2010 (Sabtu) sepasukan guru telah pergi membuat tinjauan awal ke Taman Negara bagi menentukan lokasi yang sesuai untuk Perkhemahan Perdana 2010. Mereka bertolak jam 7.00pagi dan selamat pulang semula pada hari yang sama jam 10.00malam walaupun terpaksa mengalami berbagai rintangan termasuk tayar van sekolah yang pecah akibat terlanggar lubang di Genting Sempah. Terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus menjayakan program tinjauan awal ini


PAUTAN LAIN

MESYUARAT GURU SESI PETANG

Pn. Hjh. Habshah turut hadir di mesyuarat tersebut yang berlangsung di Bilik Mesyuarat SMKSC

MESYUARAT PENDIDIKAN SENI VISUAL STPM DAERAH



Mesyuarat Pendidikan Seni Visual STPM Daerah telah dihadiri oleh Tn Hj Sameon PPD Hulu Selangor dan dihadiri oleh tiga orang pensyarah PPU dari SMK Sungai Choh, SMK Kuala Kubu Bharu dan SMK Syed Mashor.

Isnin, Januari 25, 2010

LATIHAN BOLA BALING BAWAH 15

En.Mohd. Roseli bersama Pasukan Bola Baling Perempuan B15

PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM

Pasukan Badan Beruniform Pengakap telah diamanahkan untuk mengetuai Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform kali ini

Mohd Syahid dari Pasukan Pengakap sedang mengendali serta mengetuai Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform bulan ini

Sabtu, Januari 23, 2010

KURSUS BINA INSAN

Satu kursus bina insan telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Moral, SMK. Sg. Choh. Peserta kursus terdiri dari 50 orang pelajar Pendidikan Moral dari Tingkatan 1A ,1B, 2A, 2B, 3A, 3B, 4S dan 5S . Objektif kursus ini lebih menekankan kepentingan disiplin dalam hidup untuk mencapai matlamat.

En. Revi Chander, Ketua Panitia Pendidikan Moral berucap semasa acara penutup majlis tersebut. Turut hadir Pn. Azizah bt Hassan (GKMP Kemanusiaan) mewakili Pn. Pengetua

PAUTAN LAIN

Jumaat, Januari 22, 2010

KEMAHIRAN HIDUP DIAPLIKASIKAN




Pelajar Tingkatan 5C membantu guru memasang engsel pintu bilik stor dan jaring di tingkap.

PELAJAR YANG BERJAYA KE SM TEKNIK

Nurul Jannah binti Yusmadi
ke SM Teknik Buterworth
Jurusan Pengurusan Perniagaan
Rashid b Zainal Abidin
ke SM Teknik Sungai Buloh
Jurusan Alatan Bahan Mekanikal
Muhammad Aalauddin bin Salauddin Farhad
ke SM Teknik Slim River
Jurusan Elektrik dan Elektronik

Nur Herleen Baizura bt Kamaruddin
ke SM Teknik Kuala Lumpur
Jurusan Elektrik dan Elektronik
Siti Nurul Ain binti Husein
ke SM Teknik Dato' Undang Hj Mohamad Sharip
Jurusan Fesyen



PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM

Pn. Haleeza bt Ibrahim melatih pasukan yang akan mengetuai Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform pada perhimpunan pagi 25.01.10 (Isnin)

AKTIVITI UNIT BERUNIFORM PELAJAR SESI PETANG

Pn. Alimah bt Abu Noh (GPK KOKO) memperingatkan pelajar mengenai aktiviti kokurikulum yang mesti dihadiri oleh pelajar pada hari Jumaat mulai 7.30pagi - 10.30pagi.

PAUTAN LAIN

CENDERAHATI KELAB GURU

Puan Pengetua menyampaikan sumbangan kelab guru kepada Pn. Razidah yang akan bertukar ke SMK. Bkt Sentosa 2 mulai 25.1.2010. Terima kasih atas sumbangan bakti dan apa jua bentuk perkhidmatan yang telah beliau curahkan di SMKSC

PAUTAN LAIN

PROGRAM BACAAN YASIN

Bacaan Surah Yasin kali ini adalah untuk dihadiahkan kepada Allahyarhamah Siti Rokiah bt Marzuki, ibu kepada Pn. Roslaini dan ibu saudara kepada Pn. Normawati yang berada di wad ICU semoga cepat sembuh.



PROGRAM PENDIDIKAN MORAL

Pelajar dan guru Pendidikan Moral bersama-sama membuat senaman ringan.
Puan Barathei sedang menunjuk cara senaman mata kepada pelajar Pelajar membuat sumbangan derma bagi mengisi tabung kebajikan pelajar Pendidikan Moral setelah diumumkan oleh En. Revi Chander
.

Khamis, Januari 21, 2010

MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL DAERAH



Mesyuarat pertama Panitia Bahasa Tamil telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMKSC dan dipengerusikan oleh Guru Cemerlang Bahsa Tamil En Revi Chander.

UCAPAN TAKZIAH

Seluruh warga SMKSC mengucapkan takziah kepada Pn. Roslaini bt Ali Bashah atas pemergian ibunya yang tercinta. Ibu beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 8malam semalam di kediaman ibunya di Seremban. Semoga Pn. Roslaini sabar dan tabah menghadapi musibah yang menimpa.

Rabu, Januari 20, 2010

PEMANTAUAN MAKMAL

Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus sedang menandatangani buku pelawat makmal. Ini merupakan salah satu tugas routin pentadbir membuat pemantauan makmal komputer sekolah


FIBER OPTIK

Proses penyambungan fiber optik dari makmal komputer ke Bilik Akses (PSS) telah dilakukan oleh Juruteknik KCP Network. Ini membolehkan Bilik Pengetua, Bilik-Bilik GPK (Akademik,HEM,KOKO, GPK Petang) dan Bilik Data serta Bilik Penyelaras PSS dapat kemudahan akses ke internet dengan kelajuan 1Gbps.

PAUTAN LAIN

PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM SESI PAGI

Unit-unit beruniform sesi pagi telah mengadakan penjumpaan kali pertama di tempat yang telah ditetapkan.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA STAF SMKSC

Saya, Habshah binti Abdul Kudus, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh Rawang mengucapkan jutaan Terima kasih kepada semua staf SMK Sungai Choh yang

telah menghadiahkan bacaan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Zabidi dan

sumbangan derma ikhlas, yang dipengerusikan oleh En Revi Chander

atas pemergian ayahanda saya.

KELAS PREP KRK TINGKATAN 3





Tingkatan 3 Rancangan Khas telah memulakan kelas Prep mereka mulai 19 January 2010 (Selasa) pada pukul 3.30 petang.

SEBUT HARGA PENGGANTIAN BARU PENDAWAIAN LETRIK

Vivegha dari Syarikat Top Protection & Services membuat anggaran sebut harga bagi pendawaian semula talian letrik di rumah pam belakang makmal. Ini merupakan kali ke-3 kedatangan syarikat yang ingin membida sebut harga pendawaian baru

PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENGAJARAN

En. Sukor sedang menggunakan kemudahan aksess ke internet untuk mengajar Matapelajaran Sejarah tingkatan 6. Beliau mengajar Sejarah Kertas 1, Bahagian B - Sejarah Islam untuk tajuk Islam di India

SEBUT HARGA PENGGANTIAN SEMULA PENDAWAIAN

Kerja-kerja sebut harga pendawaian semula bekalan letrik ke rumah pam dan pendawaian di Blok E sedang dijalankan oleh pihak yang berkenaan.

Selasa, Januari 19, 2010

GURU PRAKTIKUM UPSI

Selamat datang kepada guru praktikum UPSI, mereka akan berada di sini sehingga 14.5.2010


Nurul Najmi dan Azlini (Sains - Kimia)


Zarul Shafiq dan Mohd Suhaimi (Sains Sukan - PJK)

Isnin, Januari 18, 2010

SUMBANGAN KELAB GURU

Kelab guru telah menyumbangkan Minuman Herba Jenama Brand kepada En. Hamidun b. Daie, salah seorang staff sokongan sekolah yang ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke SMKSC. Beliau akan menjalani rawatan susulan di Hospital Selayang pada 21/1/2010 dan mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan, simpati dan juga sumbangan yang telah diberikan oleh Kelab Guru

UCAPAN SIMPATI

Ibu kepada Pn. Roslaini bt Ali Bashah telah diserang strok pada awal pagi tadi, telah dimasukkan ke Hospital Seremban. Semasa dimasukkan tekanan darah beliau 220/111. Didoakan semoga ibu beliau cepat sembuh.

Sabtu, Januari 16, 2010

KHIDMAT MASYARAKAT

Pelajar Kelas Pendidikan Moral Tingkatan 5Dedikasi telah mengadakan Kerja Amal Khidmat Masyarakat. Mereka bersama En. Revi Chander (Guru Pendidikan Moral) telah mengadakan gotong royong membaikpulih dua buah pintu tandas pelajar lelaki. Panitia Pendidikan Moral mengucapkan penghargaan dan terima kasih serta syabas kepada mereka yang telah menunjukkan komitmen untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut
Mereka ialah:
1. Pasubathi a/l Balaguru
2. Muhilan
3. Ganesan
4. Siva Thangaraju
5. Yuvaneswary a/p Thangaraju

PAUTAN LAIN