SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Sabtu, Februari 26, 2011

BENGKEL PENGURUSAN ANJURAN UNIT KOKURIKULUM

Bengkel Pengurusan Kelab, Persatuan dan Unit Beruniform 2011 telah dihadiri seramai 69orang pelajar. Mereka terdiri dari Pengerusi dan Setiausaha setiap Kelab, Persatuan dan Unit Beruniform

Pn. Norlia (PK Kokurikulum) sedang menyampaikan ceramah bertajuk "Kepimpinan Organisasi Berkesan"


Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDULRASUL 1432H


Sambutan Maulidulrasul pada tahun ini diadakan dengan mengadakan perarakan, kuiz pendek, dan ceramah oleh Ustaz Ahmad Fuad bin Abu

Ustaz Ahmad Fuad b. Abu Sedang menyampaikan ceramah

Pn. Hjh. Mazlah (Pengetua) bersama Pn. Hjh. Nor'aini (PK 1) dan Pn. Alimah (PK HEM) turut mendengar ceramah Maulidulrasul

PAMERAN PELAJAR KAUM CINA

Pelajar Kaum Cina turut mempamerkan peralatan ibadat kaum mereka semasa aktiviti Pendidikan Moral di kawasan garaj sekolah dengan dibantu oleh Pn. Ng Yoke Cheng

PONGGAL 2011

Khamis, Februari 24, 2011

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU


En. Sahrom b. Jaafar menerangkan teknik pemakaian skaf pengakap dengan cara yang betul

Turut hadir Tuan Che Zainuddin b. Che Mohd - Pesuruhjaya Pengakap Hulu Selangor

Tuan Hj. Ishak b. Jonid (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor) berucap semasa majlis penutup Kepimpinan Manikayu

Beliau turut menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta kursus

Rabu, Februari 23, 2011

LATIHAN RUMAH BIRU

Ahli rumah biru berkumpul untuk memulakan sesi latihan rumah sukan mereka

Selasa, Februari 22, 2011

LATIHAN RUMAH HIJAU

Rumah Hijau mengadakan latihan sukan dan juga latihan perbarisan rumah sukan

Isnin, Februari 21, 2011

Jumaat, Februari 18, 2011

PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM


Pasukan Kadet Polis telah mengetuai dan diberi mandat untuk mengendalikan perhimpunan bulanan unit beruniform pada bulan ini

Selepas perhimpunan, Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin, selaku GK Pengurusan dan Kurikulum mengingatkan pelajar agar bersedia untuk menghadapi Ujian Selaras 1 (Bulan Mac). Beliau juga turut mengingatkan guru-guru agar merujuk takwim kurikulum sekolah

KEPUTUSAN STPM

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein berucap sebelum menyampaikan slip keputusan kepada pelajar cemerlang STPM 2011. Peratus lulus keseluruhan ialah 89.8%

Tiga orang pelajar PPU terbaik dengan mendapat PNGK 3.25
1. Yap Mei Foong - PPUA-A

2. Nor Darina - PPUA - C

3. Khairul Anuar - PPUA - C

LIHAT BLOG MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

TAKLIMAT PENGURUSAN SEKOLAH

Takliamat pengurusan sekolah telah diadakan dibilik mesyuarat.


LATIHAN RUMAH KUNING

Latihan Rumah Kuning telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 17.2.2011

PERMOHONAN BIASISWA

Pelajar tingkatan 1 menulis nama mereka untuk memohon biasiswa

Isnin, Februari 14, 2011

MERENTAS DESA MSSD HULU SELANGOR 2011

Anjali sedang dikalungkan pingat emas oleh Pn. Alimah bt Abu Noh (GPK HEM) kerana berjaya mendapat tempat pertama (Johan) - kategori Perempuan Bawah 15tahun

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PELAJAR

YDP PIBG SMKSC, En. Mohd. Radi b. Razali berucap merasmikan Majlis Watikah Perlantikan Pelajar.
Pn. Hjh. Nor'aini berharap agar pelajar yang dilantik menggunakan peluang melatih diri sebagai pemimpin pelajar untuk menjadi pemimpin yang akan datang
Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar telah disempurnakan oleh YDP PIBG, En. Mohd. Radi b. Razali (Pengawas), Pn. Hjh. Nor'aini (PRS dan Pengawas PSS), Pn. Alimah bt Abu Noh (Ketua Tingkatan)

Selasa, Februari 08, 2011

MESYUARAT KEJOHANAN OLAHRAGA 2011

TAKLIMAT DISIPLIN

Ustaz Mohd. Zabidi mengingatkan pelajar agar tidak membawa barang-barang yang dilarang ke sekolah iaitu liquid paper, highliter pen, handphone, rokok, barang kemas, vcd, kaset, semua jenis majalah hiburan termasuk komik. Barang yang dibawa boleh dirampas semasa "sport check" yang akan diadakan dua kali sebulan.

En. Sabri menyatakan bahawa hanya seorang sahaja pelajar yang menghantar surat kebenaran ibu bapa membawa kenderaan ke sekolah. Pelajar yang tidak menghantar surat kebenaran tersebut tidak dibenarkan meletakkan kenderaan mereka di dalam kawasan sekolah

Isnin, Februari 07, 2011

SELAMAT DATANG

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada pelatih UPSI. Dari kiri, En. Mohd. Hafiz - Geografi/Pengajian Am (Perak) dan En. Muhammad Zaidi b. Che Ros - Geografi/Sejarah (Kedah)

PERHIMPUNAN PAGI

Guru bertugas mingguan (7/2 -11/2/2011), Pn. Safinaz Ahmad telah membicarakan mengenai tajuk mingguan "Sayangi Sekolah" Pn. Hjh. Mazlah (Pengetua) turut mengingatkan pelajar agar menggunakan masa, tempat serta kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya. Mereka boleh minta bantuan Kauselor untuk menyusun jadual waktu persendirian. Pelajar perlu melibatkan diri dalam apa jua aktiviti kokurikulum, beliau mengucapkan tahniah kepada rumah sukan yang berjaya menjadi johan dalam pertandingan merentas desa peringkat sekolah