SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, Februari 27, 2013

PEMERIKSAAN TREK MERENTAS DESA

 Guru-guru lelaki membuat pemeriksaan akhir trek merentas desa kerana latihan kali pertama akan diadakan pada petang ini.

 Hujan lebat sejak 2 hari lalu menyebabkan laluan lecak dan berselut. Walau bagaimanapun, cuaca pagi ini sangat baik dan diharapkan berkekalan sehingga petang.


Cikgu Zarul menanda checkpoint

Selasa, Februari 26, 2013

KEJOHANAN RAGBI MSSD HULU SELANGOR

Cikgu Sabri dan Cikgu Zarul banyak membantu pemain ragbi sekolah dari segi teknik permainan dan cara meningkatkan stamina sewaktu perlawanan

 Barisan pemain ragbi sekolah 

 Anas tersenyum gembira setelah mendapat pingat

 Walaupun dalam hujan lebat, pasukan ragbi sekolah tetap bersemangat berjuang untuk mengharumkan nama sekolah.

Aksi pelajar-pelajar sejurus selepas tamat perlawanan

MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KE-2 TAHUN 2013

 Pn Norlia selaku Penolong Kanan Kokurikulum mempengerusikan mesyuarat


Guru-guru yang hadir

 Guru-guru tekun mendengar maklumat yang disampaikan oleh Pn Norlia dan Cikgu Sabri


Isnin, Februari 25, 2013

PENDAFTARAN MATA PELAJARAN SPM


 Pelajar-pelajar berkumpul di dataran perhimpunan untuk pendaftaran mata pelajaran SPM

 Pn Eda Edna selaku penolong setiausaha peperiksaan SPM membantu Pn Zaida menguruskan pelajar-pelajar SPM

 Pelajar-pelajar mengisi borang pendaftaran mata pelajaran

















PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

 Cikgu Sabri, sebagai guru yang bertugas pada minggu ini, menyampaikan maklumat kepada pelajar-pelajar mengenai kejohanan olahraga yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Kepada pelajar-pelajar yang berpotensi mewakili sekolah, diminta hadir pada waktu petang untuk sesi pemilihan. 


 Cikgu Norizan selaku ketua guru penasihat kadet polis mengucapkan tahniah kepada ahli unit beruniform kadet polis yang mewakili sekolah dalam kursus kawad kaki daerah. Terdapat 6 orang pelajar yang terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri. Tahniah diucapkan

 Pn Noraini diiringi pn Norlia menyampaikan sijil dan hadiah kepada ahli kadet polis

 Mohd Akbar turut mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam kursus kawad kaki daerah





Siti Khalijah berjaya mendapat pangkat Sub Inspektor dalam kursus kawad kaki peringkat Daerah Hulu Selangor. Tahniah diucapkan.


 Pn Rosna Noh menyampaikan maklumat berkaitan ujian selaras 1 yang akan bermula pada hari ini. Para pelajar diharap sudah bersedia dari segi metal dan fizikal. Beliau juga sempat menyelitkan nasihat agar para pelajar tetap menjaga kebersihan kelas sebelum memulakan ujian


 Pn Alimah memberi peringatan kepada para pelajar mengenai kehadiran ke sekolah dan keselamatan menggunakan jalan raya

Pn Noraini menyampaikan maklumat mengenai program sekolah yang diadakan 
selepas waktu persekolahan seperti program emas, klinik BI dan Matematik, kelas tambahan tingkatan 3 dan kelas tambahan tingkatan 5.

Ahad, Februari 24, 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG


 Barisan guru-guru yang bertugas sebagai AJK Pendaftaran

 Ibu bapa yang hadir mencatat kehadiran dalam borang yang disediakan


 AJK jamuan sedang menyiapkan meja santapan sebelum ketibaan VIP

 Sebahagian ibu bapa yang hadir

 AJK PIBG tahun 2012 membentangkan laporan tahun lalu sebelum pembubaran dibuat

Ibu bapa dan guru-guru mengangkat tangan untuk mengundi calon yang dicalonkan

 YB Datuk Isa dan wakil PPD ketika majlis perasmian




















MEMBAIKI SALIRAN AIR

 Cikgu Bakhtiar bersama guru-guru lelaki memeriksa dan membaiki saliran air yang bocor


Sabtu, Februari 23, 2013

GOTONG-ROYONG LALUAN MERENTAS DESA

Pelajar-pelajar yang menolong guru-guru lelaki membersihkan laluan merentas desa

 Cikgu Sabri sedang membersihkan laluan merentas desa agar keselamatan pelajar terjamin

 Cikgu Kamarulzaman turut hadir membantu memeriksa laluan pelajar
 

Khamis, Februari 21, 2013

PERASMIAN MINGGU BAHASA


 Ketua Bidang Bahasa sedang menyampaikan ucapan sempena perasmian minggu bahasa
 
 Pn Noraini merasmikan minggu bahasa

 Pasukan kompang sekolah berkompang sebagai simbolik perasmian

 Persembahan pelajar

 Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan