SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Sabtu, Februari 27, 2010

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Mengemaskini susunan fail

Mengecat bilik bimbingan dan kaunseling




Khamis, Februari 25, 2010

CALON TERBAIK STPM 2009


Tahniah kepada Satgunawathy a/p Uthanpathi dan guru-guru yang telah mengajar pelajar Pra-U

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2010

Terima kasih kepada TYDP PIBG SMKSC, En. Idrus b. Abdul Manan kerana telah sudi melepaskan peserta merentas desa kali ini

Pemenang-pemenang merentas desa mengikut kategori

Victor a/l Gopal - LB15

Ganeswaran a/l Arumugam - LB18
Anjali a/p Lajendra PB14
Izzatul Husna bt Harun - PB15
Siti Radiyah bt Sarif - PB18 Suguna a/l Subramaniam - LB14


Rabu, Februari 24, 2010

MESYUARAT PIBG KALI KE-4

Pn. Hjh. Nor'aini (GPK Akademik) turut hadir

PERSIAPAN PADANG UNTUK MERENTAS DESA

Keadaan padang yang tidak rata perlu ditambak dengan pasir untuk meratakannya

En. Kamarulzaman turut bersama Pasukan Quarter Master (QM) menambak pasir untuk meratakan padang bagi keselesasaan peserta merentas desa En. Sabri (S/U Sukan) menggunakan kereta sorong mengangkat pasir untuk meratakan padang
En. Bakhtiar menyambung kerja-kerja meratakan padang bersama pelajar sesi petang

Selasa, Februari 23, 2010

MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. HAMIDAH (BEKAS PENGETUA SMKSC)





Pn. Hjh. Hamidah, Pengetua SMK. Ampang Pecah Bestari, Kuala Kubu Bharu - bersara pada 23 Februari, 2010. Beliau merupakan Mantan Pengetua SMKSC. Beliau telah berkhidmat dari Januari, 1978 hingga Februari, 2010.

UCAPAK KETUA-KETUA RUMAH SUKAN SESI PAGI





Ke empat-empat ketua rumah sukan telah memberikan ucapan untuk memotivasikan ahli mereka.
This is done with my E63

MESYUARAT MERENTAS DESA KALI KE-2

Mesyuarat membincangkan persiapan dan tahap kesediaan yang telah dilakukan oleh setiap ketua-ketua AJK kecil untuk menjayakan Program Merentas Desa kali ke-24

Isnin, Februari 22, 2010

MESYUARAT BERSAMA GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL

Mesyuarat guru yang mengajar mata pelajaran Teknik dan Vokasional bersama GKMP TV telah diadakan di Bilik Mesyuarat.
Kelihatan Pn. Sarina bt Shaari selaku GKMP TV yang baru dilantik, sedang mempengerusikan mesyuarat tersebut

PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM

Pasukan Pengakap mengetuai perhimpunan bulanan Unit Beruniform sesi petang pada bulan ini

Mohammad Iqmal Haziq b. Idrus sedang menyatakan bahawa pasukan unit beruniform yang diketuai oleh Pasukan Pengakap sudah bersiap sedia untuk memulakan majlis perhimpunan

LAPORAN SETERUSNYA

Sabtu, Februari 20, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN MORAL SIRI KE-2

Program Motivasi pelajar Siri Ke-2, anjuran Panitia Pendidikan Moral telah diisi dengan sesi memeriksa buku latihan pelajar, Ceramah Motivasi oleh Pensyarah UIAM En. Sitambaram serta sesi refleksi pelajar.
Pelajar tingkatan 5 menyediakan KOLAM sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu
En. Revi Chander mengalu-alukan kedatangan En. Sitambaran a/l Murugan

Pn. Barathei memeriksa buku latihan pelajar - salah satu aturcara program
Pn. Letchumy (KP. Bahasa Tamil) menyampaikan cenderamata kepada penceramah

En. Sitambaram merupakan bekas Penyelia Petang SMK. Seri Garing, Mantan Pengetua SMK. Tuanku Abdul Rahman Batu Arang, Bekas Pegawai Pendidikan di Brunei Darul Salam dan kini beliau bertugas di UIAM sebagai pensyarah.

KELAS TAMBAHAN ICT TINGKATAN 5

7 daripada 10orang pelajar yang mengambil subjek ICT hadir pada hari ini



Jumaat, Februari 19, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN KALI KE 3/2010


Mesyuarat Pengurusan Kali ke 3/2010 telah membincangkan agenda yang perlu dilakukan serta laporan dari setiap unit. Setiausaha mesyuarat ini ialah Pn Sarina memangku Guru Kanan Teknik dan Vokesional.

KELAS PREP

Kelas Prep untuk pelajar KRK berlangsung di Makmal Komputer mulai jam 3.00petang hingga 5.00petang. Mereka berpeluang menggunakan kemudahan internet selepas jam 4.00petang.

MAJLIS JASAMU DIKENANG

Satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan persaraan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sg. Choh, Tn. Hj. Mohamad Yusof b. Abd. Aziz di PKG Sg. Choh. Tn. Hj. Mohamad Yusof pernah bertugas di SMKSC pada 1980 - 1990 sebagai guru KHB.

Kelihatan Tn. Hj. Mohd. Yusof sedang berbual dengan Hj. Ahmad Dahlan b. Kardi (KPP BTPNS) dan Tn. Hj. Suhaimi (PPD HS) sebelum majlis bermula

LATIHAN MERENTAS DESA SESI PETANG

En. Sabri b. Ahmad (Setiausaha Sukan) sedang memberi penerangan mengenai peraturan merentas desa dan mengingatkan tentang keselamatan mereka terutama apabila melalui dan menggunakan laluan yang melibatkan jalanraya utama
Latihan merentas desa kali ke-2 pelajar sesi petang telah berjalan dengan baik dan lancar

PROGRAM BACAAN YASIN

Mohd. Shawal 6 Pra-U C telah mengetuai bacaan Surah Yasin pada kali ini

PROGRAM PENDIDIKAN MORAL


SIJIL PENYERTAAN KURSUS


Kursus Mini Pengurusan Kewangan Peribadi bertempat di Kolej Komuniti Hulu Selangor pada 31 Oktober 2009 yang lalu

Khamis, Februari 18, 2010

MEMBAIKI GRIL BLOK F

Pintu gril di bangunan blok F telah dibaik pulih oleh Syarikat Andys Munis Enterprise.
Kelihatan En. Jayaraj a/l Andiapan (t-shirt merah) bersama Murugan a/l Kanan sedang membaik pulih gril tersebut. Jayaraj merupakan bekas pelajar SMKSC yang telah tamat tingkatan 5 pada tahun 2002.Terima kasih atas kerjasama mereka

BEKAS PELAJAR SMKSC


Empat orang bekas pelajar SMKSC Tingkatan 5 tahun 2007 telah datang melawat sekolah. Mereka ialah

Muhamad Atik b Mohd Ali siswa UTM kursus Kejuruteraan Petroleum semester 2.
Mohd Zulwafi b Bahaudin siswa UMP kursus Kejuruteraan Awam semester 2.
Muhammad Rahman b Adedi siswa UIA kursus Aerospace Engineering semester 1.
Muhammad Rahmad bin Adedi siswa UIA kursus Mechatronics Engineering Semester 2.

JOHAN ACARA JEMPUTAN 4 X 100 m

Dalam Acara Jemputan 4 x100m Lelaki di Kejohanan Olahraga Kali Ke 6 SMK Serendah, SMK Sungai Choh telah berjaya mendapat Johan. Kejohanan itu telah diadakan pada 12 Februari 2010 yang lalu. Tahniah diucapkan

Ahad, Februari 14, 2010

PERSIDANGAN BAHASA TAMIL ANTARABANGSA

En. Revi Chander a/l Subramaniam (Guru Cemerlang Bahasa Tamil) telah menyertai Persidangan Bahasa Tamil Antarabangsa di Kolej Kedua Universiti Malaya pada 13 dan 14 Februari, 2010. Perasmian Penutupan Persidangan tersebut telah disempurnakan oleh oleh Dato’ Sarawanan, Timbalan Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

LAPORAN SETERUSNYA

Sabtu, Februari 13, 2010

SEMINAR PRS BONGSU 2010

Badan PRS SMKSC telah menganjurkan Seminar PRS Bongsu 2010 bertempat di SMKSC. Antara acara yang dijalankan ialah ice breaking, ceramah, LDK di bilik tayangan. Seramai 45orang termasuk fasilitator telah hadir di samping Guru Bimbingan dan Kaunseling Pn. Rosnah bt Zali
Pn. Hjh. Rosnah mengingatkan kepada peserta seminar agar berkhidmat sebagai rakan sebaya yang tidak mengira bangsa dan agama

Bergambar kenangan sebelum sesi ceramah di bilik tayangan

MEMBINA LALUAN BERHALANGAN KALI KE-2

Pasukan Kadet Polis telah menyambung kerja-kerja pembinaan laluan berhalangan bagi kegiatan kokurikulum yang telah diketuai oleh Mohd. Shawal pelajar Pra-U 6C

Pelan cadangan laluan berhalangan meniti kayu yang akan dibina
LAPORAN SETERUSNYA