SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Khamis, Ogos 30, 2012

SAMBUTAN MERDEKA-RAYA 2012

Sambutan Merdeka Raya telah diadakan pada 30.8.2012 (Khamis). Program sambutan telah dipenuhi dengan acara ucapan pengetua, TYDP PIBG (En.Idrus b. Abdul Manan), Konvoi Merdeka, Demontrasi Masakan tosei, masakan wajik, masakan kari ayam dan masakan dodol.

Pn. Hjh. Mazlah mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga SEMESCO termasuk pekerja swasta atas sokongan menjayakan program hari ini.
Ustaz Mohd. Zabidi memulakan majlis dengan membaca doa
Barisan konvoi merdeka
Pelajar menyanyikan lagu Janji ditepati, dan Jalur Gemilang 
Pengacara majlis - Pn. Hashnaniliza
Pertunjukan bakat menyanyi
Dari kanan, turut hadir Pn. Haniza bt Ibrahim (Pengurus Bank Rakyat Cawangan Rawang), Pn. Hjh. Mazlah, En. Idrus b. Abdul Manan (TYDP PIBG), Pn. Hjh. Nor'aini, dan AJK PIBG.
Mengisi pulut di dalam buluh untuk membuat lemang
Barisan Pentadbir bersama TYDP PIBG
Pn. Hjh. Nor'aini  sedang menunggu ketibaan TYDP PIBG

Isnin, Ogos 27, 2012

TAKLIMAT PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012

Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Eda Edna bt Mohd. Sani kepada calon yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2012 yang akan bermula pada 28.8.2012 (Selasa)

SEMINAR SAINS PMR 2012

Seminar bagi Mata Pelajaran Sains PMR 2012 telah diadakan di Dewan Bestari, bermula jam 8.30pagi hingga 10.00pagi

TAKLIMAT PERSIAPAN SEBELUM PEPERIKSAAN SEBENAR

Pn. Hjh.Mazlah bt Hussein menyedarkan pelajar bahawa sesi persekolahan sudah sampai ke penghujung. Mereka perlu menjauhi perkara negatif seperti ponteng sekolah, ponteng kelas dan ponteng mata pelajaran (tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar) 



Pn. Hjh. Nor'aini berharap calon PMR 2012 menggunakan sepenuh peluang untuk menjawab 15modul soalan latih tubi mengikut format PMR sebenar.

Pn. Eda Edna menerangkan kepada bakal calon SPM 2012 mengenai arahan am peraturan Peperiksaan Percubaan SPM yang akan bermula pada 28.8.2012 (Selasa) 

Pn. Wan Supiah menerangkan peraturan Peperiksaan Percubaan STPM kepada bakal calon STPM 2012


Jumaat, Ogos 17, 2012

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

Kad ucapan Selamat Hari Raya yang ditujukan kepada Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein yang direka oleh salah seorang ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia SEMESCO
Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri berikut ditujukan kepada seluruh warga guru dan pelajar Islam SEMESCO. Kad  ucapan yang terpilih ini direka semasa mereka menjalankan aktiviti kokurikulum pada 1.8.2012 yang lalu.

Khamis, Ogos 16, 2012

SUMBANGAN HARI RAYA

Sumbangan sempena hari raya Idilfitri turut disampaikan oleh Pn. Hjh. Mazlah kepada pekerja swasta, ibu tunggal dan pelajar yang memerlukan.


MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADAN

En. Mohd. Radi b. Razali berharap bantuan "Sehelai baju penyapu air mata" yang disampaikan sedikit sebanyak dapat meringankan penderitaan keluarga mereka menyambut hari raya.
Pn. Hjh. Mazlah juga mengingatkan kepada pelajar, walaupun dalam kesibukan menyambut hari raya, kita janganlah lupa kepada sebilangan keluarga yang begitu memerlukan sumbangan.  Beliau berkata, kutipan bantuan pada tahun ini semakin bertambah dan berterima kasih kepada penderma samada orang perseorangan mahupun badan koperat

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein menerima Jalur Gemilang dari Ketua Pelajar sebagai simbolik pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan yang telah diadakan pada 15.8.2012 (Rabu)

Isnin, Ogos 13, 2012

MESYUARAT GURU

Mesyuarat telah membincangkan mengenai Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-55, Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih, dan Jamuan Raya





SEMINAR SAINS SPM 2012

Pelajar tingkatan 5 Ekonomi, 5 ICT dan 5 Seni Visual sedang mendengar penerangan Puan Fauziah bt Mohamad dari SMK. Bandar Sg. Buaya mengenai teknik menjawab kertas Sains SPM. Seminar telah diadakan di Makmal Biologi.

PRESIDEN MPPU 2012 - 2013

Tahniah kepada Saudara Muhd. Haziq b. Azman (PPU-B Sains Sosial) kerana telah terpilih menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Pra-U (2012 - 2013). Pemilihan beliau telah dibuat melalui proses pilihanraya yang diadakan pada Jumaat (10.8.2012) yang lalu. Selaku Presiden MPP Pra-U yang baru beliau berharap mendapat sokongan yang padu dari rakan-rakan. 

PEMENANG KUIZ IHYA' RAMADAN

Muhammad Ady Bahrin b. Ahmad Adzmi (PPU-B Seni Visual) merupakan salah seorang pemenang Kuiz Ihya Ramadan 2012 sedang menerima hadiah

PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS

Kelas PPU Atas B telah dinobatkan sebagai kelas yang terbersih untuk Kategori Bilik Kuliah Pelajar Pra-U. Tingkatan 4 ICT - kategori Menengah Atas manakala tingkatan peralihan - Kategori Menengah Rendah. Tahniah

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LALU

Pn. Wan Supiah bersama Pn. Siti Shanaz telah bertugas minggu lalu.  Beliau melaporkan bahawa, oleh kerana sekolah kekurangan pekerja swasta, kerjasama pelajar dipohon agar tidak membuang sampah di kawasan tangga dan koridor.  Mengenai kebersihan kelas pula, beliau berharap perlu dipertingkatkan dan setiap kelas perlu ada gambar pemimpin negara bersesuaian dengan tajuk ucapan guru bertugas minggu ini iaitu, Negara Kita Tanggungjawab Kita.

 

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU INI

Pn. Asmahan bt Abdul Halim selaku guru bertugas minggu ini (13.8.2012-16.8.2012)menyampaikan ucapan mengenai tajuk "Negara Kita, Tanggungjawab Kita". Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berdisiplin dan mempunyai nilai cintakan negara kita.
 Selain itu, beliau juga mengumumkan hasil kutipan sumbangan sempena program Ihya' Ramadhan iaitu:
 Sumbangan guru untuk bulan Ramadhan RM 580.00
 Sumbangan guru untuk baju raya RM 3000.00
 Sumbangan guru untuk keperluan surau RM 1450.00
 Sumbangan pelajar dari kutipan hari Jumaat RM 480.00
 Selain itu, sumbangan juga dihulurkan  kepada Badan Pertubuhan, Surau, Sekolah yang memohon derma sempena bulan Ramadhan

Rabu, Ogos 08, 2012

SUMBANGAN KELAB PRODUA MALAYSIA

En. Mohd. Hazrul Irfan b. Nayan dan Pn. Nurmiza bt Zakaria dari Kelab Produa Malaysia (KPM) menyerahkan sumbangan kepada Pn. Haizul Farizan bt Mohd Amin, atas pemergian suami beliau (ALlahyarham Jeperizin b. Baharuddin) yang terlibat dalam kemalangan jalanraya di Serendah.

Rabu, Ogos 01, 2012

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK SG CHOH BHD

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Sg. Choh Bhd kali ke-28 telah diadakan di Astaka. Puan Roslaini selaku Pengurus Koperasi telah mengumumkan keuntungan koperasi mencapai lebih RM10,000 pada tahun 2011 berbanding keuntungan pada tahun 2010. Beliau juga mengumumkan pembahagian dividen sebanyak 10%. Tahniah atas pencapaian tersebut

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR

Pelajar tingkatan 3 sedang menghadapi peperiksaan percubaan PMR untuk hari yang pertama