SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Selasa, Julai 31, 2012

KUTIPAN DERMA PESAKIT KANSER

Mohd. Afzal b. Latif Ahmad mengumumkan agar pelajar diharap dapat memberikan kerjasama membawa wang syiling untuk didermakan kepada MAKNA (Majlis Kanser Negara). Kutipan akan diadakan pada hari Khamis (2.8.2012), hasil kutipan akan diagihkan kepada pesakit kanser seluruh negara

Isnin, Julai 30, 2012

CIRI PELAJAR CEMERLANG

Guru bertugas minggu ini ialah Pn. Faridah Hanum dan Cik Siti Khatijah

Tajuk Ucapan: Ciri Pelajar Cemerlang iaitu:
1. Belajar secara aktif dengan membaca dan menulis semula
2. Jangan ponteng kelas atau ponteng sekolah
3. Buat baik pada guru dan hormati guru
4. Guru adalah merupakan sumber yang baik, selalu bertanya
5. Bawa nota ke mana-mana kecuali ke tandas
6. Jangan berangan dalam kelas
7. Bagi pelajar Islam, baca doa penerang hati lepas solat atau memulakan kelas

Jumaat, Julai 20, 2012

PESANAN SEMPENA BULAN RAMADHAN

Pn. Hjh Mazlah bt Hussein mengingatkan pelajar mengenai peraturan sepanjang bulan Ramadhan tetap seperti biasa. Beliau berharap pelajar tidak menjadikan alasan berpuasa untuk ponteng kelas, ponteng mata pelajaran, tidor, berangan-angan dan bercakap-cakap semasa berada dalam kelas. Beliau memohon maaf terhadap sebarang perkara yang tidak disenangi dan berharap pelajar akan menyampaikan salam dan ucapan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada ibu bapa mereka

Khamis, Julai 19, 2012

SEMINAR GEOGRAFI PMR 2012

En. Arunasalam a/l Padayachi menyampaikan ceramah garis panduan peperiksaan PMR untuk mata pelajaran Geografi

SEMINAR BAHASA MELAYU

En. Kamaruddin b. Mohd. Noor sedang menyampaikan ceramah di Dewan Bestari mengenai garis panduan menjawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu
Pn. Normawati menyampaikan sumbangan dan cenderahati kepada En. Kamaruddin

Rabu, Julai 18, 2012

AKTIVITI UNIT BERUNIFORM

Aktiviti dimulakan dari jam 2.00petang hingga jam 5.00petang

Pengakap - Membuat model Gajet

KRS - Permmainan Tradisional
 
Pasukan Bulan Sabit Merah
Puteri Islam - Pertandingan membuat kek
Kadet Remaja Sekolah - Pertandingan Kawad Kaki

Kadet Bomba - Latihan menyelamat  mangsa
Puteri Ranjer

MENGEMASKINI DATA e-PANGKAT

Guru dan Staff SEMESCO diberi peluang untuk mengemaskini data mereka dalam ePangkat secara online di bilik PuAS (Pusat Akses Sekolah) dengan dibantu oleh En. Mohd.Khairil Hafiz (Juru teknik Komputer). Terima kasih atas khidmat yang telah beliau sumbangkan

Isnin, Julai 16, 2012

DISIPLIN DAN PERATURAN SEKOLAH

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein, Pengetua SMK. Sg. Choh telah mengingatkan pelajar agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Beliau juga berharap agar pelajar mematuhi peraturan semasa di luar kawasan sekolah.

PERSIAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN

Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin, PK Pengurusan dan Akademik mengingatkan pelajar agar bersedia untuk peperiksaan percubaan PMR, SPM dan STPM

PESERTA PENGAKAP KE THAILAND

Fauzin Atira Bt Mohd. Roseli merupakan salah seorang peserta yang mewakili Pengakap Malaysia ke Jambori Pengakap Sempadan di Thailand pada 9/7/2012 hingga 14/7/2012. Syabas dan tahniah diucapkan.

UCAPAN GURU BERTUGAS

Pn. Barathei selaku guru bertugas minggu ini berucap mengenai tajuk Amalan Hidup Sihat. Beliau mengingatkan pelajar supaya tidak makan lebih, elakkan minuman berkarbonat dan amalkan memakan multivitamin terutama B Kompleks

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LALU

En. A.Azahan selaku guru bertugas minggu lalu mengingatkan pelajar mengenai tahap kebersihan dan sikap pelajar yang tidak peka kepada arahan dan teguran guru. Beliau berharap perkara ini dapat diperbetulkan dan diperbaiki

Jumaat, Julai 13, 2012

UCAPAN TAHNIAH

Seluruh warga SEMESCO dibawah kepimpinan Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Berbahagia, Tuan Haji Mahmud b. Karim atas pelantikan beliau ke jawatan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor yang baharu. Beliau menggantikan Tuan Abdullah b. Mad Yunus yang bertukar ke JPNWPKL mulai 2 Julai, 2012

Khamis, Julai 12, 2012

KELAJUAN CAPAIAN INTERNET (PAGI)

Kelajuan internet yang dibuat ujian melalui www.speedtest.net, pada 12.7.2012 (Khamis) jam 7.32pagi
Kelajuan download: 1.44Mbps
Kelajuan upload: 1.26Mbps

Kelajuan tersebut kurang dari 2.00Mbps sebagaimana dijanjikan dalam kontrak. bersama KPM dan YTL Communication Sdn. Bhd

Rabu, Julai 11, 2012

CERAMAH HALATUJU LEPASAN SEKOLAH

Encik Shah Rizal b. Mukhtar seorang Pakar Perunding Latihan dari Empowerment Resources menyampaikan ceramah kepada pelajar
Pelajar memberikan sambutan yang amat memberangsangkan semasa beliau menyampaikan ceramah

SUNTIKAN PELALIAN HPV KALI KE-3

Terima kasih kepada petugas dari Hospital Kuala Kubu baru yang datang untuk memberi suntikan kali ke-3 kepada pelajar perempuan tingkatan 1



PROJEK 1BESTARINET

Petugas dari YTL Communication Sdn. Bhd. yang telah dilantik bagi melaksanakan pemasangan projek 1BestariNet. Pemasangan tiga buah peralatan ZOOM YES untuk kemudahan capaian internet telah dilaksanakan dengan baik.
Tiga buah Zoom Yes telah dipasang di Pusat Akses (PuAS), Bilik Guru dan bahagian pentadbiran SEMESCO

Selasa, Julai 10, 2012

MESYUARAT JK HEM KALI KE-3

Pn. Jaharah bt Abd. Kader membentangkan laporan mengenai sistem penalti
 En. A.Azhan membentangkan laporan mengenai Kedatangan dan Rekod Pelajar
Pn. Rusidah membentangkan mengenai laporan Pemantauan Bilik-Bilik Khas
 Pn. Robalkhis membentang mengenai laporan AJK Kantin
 En. Ahmad Bukhari membentangkan laporan dari Unit Buku Teks
 En. Mohd. Roseli b. Dardan membentangkan laporan dari Unit Bimbingan dan Kaunseling
 Suasana semasa mesyuarat dijalankan
 
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Alimah bt Abu Noh, PK HEM di bilik mesyuarat. Turut hadir ialah Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin, PK Akademik

SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Program serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia ini dimulakan pada jam 8.00pagi di hadapan astaka. Semua pelajar dan guru terlibat menjayakan program ini. Terima kasih atas kerjasama semua warga SEMESCO

Guru-guru yang mengambil bahagian
Pelajar mengikut rentak dan aksi pasukan pelajar di atas astaka
Guru-guru yang turut mengambil bahagian
Merekodkan kehadiran pelajar
Ustaz Mohd. Zabidi membaca doa sebelum acara 1Murid 1Sukan 1Malaysia dimulakan

Isnin, Julai 09, 2012

HARI KOPERASI SEKOLAH

Tema sambutan Hari Koperasi Sekolah pada tahun ini ialah "KOPERASI MENJANA KESEJAHTERAAN SEJAGAT"

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein berucap merasmikan Hari Koperasi Sekolah
Pembantu Koperasi mendendengkan lagu Hari Koperasi
Acara merasmikan Hari Koperasi dengan membuka kotak yang berisi cupcake yang akan dijual kepada pengguna koperasi

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein menerima cenderahati yang disampaikan oleh Pn.Norliah bt Abu Bakar (PK Kokurikulum)

Rabu, Julai 04, 2012

MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein di Bilik Mesyuarat

PENYELENGGARAAN MESIN AIR O2

En. Haris (kiri) bersama rakan sejawatnya dari Syarikat O2 Plus Sdn. Bhd datang untuk membuat penyelenggaraan mesin air yang diletakkan di bahagian luar pejabat. Mesin tersebut diselenggara tiap enam bulan sekali untuk memastikan kualiti air yang diminum oleh warga SEMESCO bersih dan terhindar dari bakteria

Selasa, Julai 03, 2012

TOKOH PELAJAR 2012

Dua orang pelajar telah dinobatkan sebagai TOKOH PELAJAR sempena Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan pada 29.6.2012 (Jumaat) yang lalu. Tahniah kepada mereka berdua.

Ishak Sairozi b. Abdullah
Nur Syazwani bt Jumri

Isnin, Julai 02, 2012

UCAPAN PN. HJH. NOR'AINI

Pn. Hjh. Nor'aini (PK Akademik) berharap semua kegiatan yang berlaku pada minggu lalu adalah bertujuan untuk kecemerlangan pelajar dan sekolah.
Laporan Pemantauan oleh Pihak JPNSDE pada 26.6.2012 (Selasa) mendapati bahawa persekitaran sekolah dalam keadaan baik. Terima kasih kepada pekerja-pekerja swasta.

Beliau mengingatkan pelajar bahawa keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang telah selesai perlu dijadikan sebagai asas oleh pelajar sejauh mana mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang lebih besar terutama kepada calon PMR, SPM dan STPM. Mereka perlu berfikir semula, apakah yang perlu dilakukan untuk menempa kejayaan. Pelajar kena fikir yang terbaik untuk memajukan diri sendiri

UCAPAN SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Pn. Norlia bt Abu Bakar (GPK Kokurikulum) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga SEMESCO yang telah menjayakan Kejohanan Olahraga Kali Ke-25.