SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Khamis, Mei 30, 2013

 Pada hari ini, 30/5/2013 pelajar SEMESCO Syazliana Shahizal admit di Hospital Sungai buloh. Beliau akan menjalani SPINAL IMPLANT OPERATION pada 5/6/2013. Marilah kita sama-sama panjatkan doa agar dipermudahkan urusan pembedahan tersebut dan agar Syazliana kembali sihat dan ceria seperti dulu.





SESI TEMUBUAL BERSAMA TOKOH GURU DAERAH HULU SELANGOR 2013

Sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah tahun 2013, beberapa orang guru SMK Sungai Choh telah dilantik untuk menjadi AJK Persembahan Multimedia Tokoh Guru Daerah. Berikut adalah sesi temubual bersama tokoh guru yang pertama iaitu Cikgu Ariffin.











Berikut adalah pencapaian Cikgu Ariffin




















Berikut adalah ketika sesi temuramah bersama tokoh kedua, Cikgu Subramaniam














Rabu, Mei 29, 2013

PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR MEMERLUKAN


 Pada 23/5/2013, pihak sekolah telah membuat lawatan ziarah kasih ke rumah pelajar SEMESCO iaitu Syazliana Shahizal dari tingkatan 4 Sains Tulen. Pelajar ini menghidap penyakit tulang belakang yang memerlukan beliau menjalani SPINAL IMPLANT OPERATION di Hospital Sungai Buloh. Kos rawatan yang tinggi, mencecah puluhan ribu ringgit sangat membebankan mereka. Sehubungan itu pihak sekolah mencari dana dan sumbangan untuk membantu meringankan beban keluarga Syazliana.
 
 Pn Jamilah menyampaikan sumbangan kepada ibu Syazliana. Sumbangan adalah sebanyak RM1000 daripada YB Kamalanathan dan RM 1340 daripada PIBG dan warga SEMESCO. Terima kasih di atas sumbangan semua yang sedikit sebanyak dapat membantu menampung kos rawatan Syazliana

Berdiri dari kiri adalah Pn Rosnah Zali Kaunselor Pelajar SMKSC, Pn Wan Supiah Guru Kebajikan SMKSC, Syazliana, Ibu Syazliana, Bapa Syazliana En Shahizal dan Pn Jamilah Pengetua SMKSC

MESYUARAT AJK PERSEMBAHAN MULTIMEDIA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH

 Walaupun dalam kesibukan menguruskan majlis perkahwinan anak, Pn Jamilah tetap meluangkan masa mempengerusikan mesyuarat AJK Persembahan Multimedia Tokoh Guru untuk Sambutan Hari Guru peringkat Daerah

 Beberapa orang guru SEMESCO terpilih menjadi AJK Persembahan Multimedia Tokoh Guru.