SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Sabtu, Julai 30, 2011

PERASMIAN PROGRAM SEKOLAHKU SAYANG


En. Mohd. Radi b. Ghazali (YDP PIBG) berharap agar semua pihak bersatu padu dalam memperkasakan sekolah, Sayangilah guru, sekolah dan ibu bapa. Beliau berterima kasih kepada CEO PC Soft kerana telah menyumbangkan empat buah komputer untuk kegunaan sekolah

Pn. Hjh. Mazlah menyatakan bahawa kebanyakan pelajar di SMK. Sg. Choh merupakan anak jati Kg. Choh. Justeru itu, memang selayaknya mereka menyayangi SEMSECO Yang Berbahagia Datuk Poziah mengingatkan pelajar agar menyayangi sekolah sebagai rumah ke dua, mempunyai rasa bangga dan berusaha mempertingkatkan diri agar impian "SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI CEMERLANG" dapat direalisasikan

YDP PIBG, Pengetua mengiringi Yang Berbahagia Datuk Poziah bt Haji Abdul Rahman,Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Operasi), Jabatan Penerangan Malaysia merasmikan Program Sekolahku Sayang. En. Mahazir b. Yusof, Pemangku Pengarah, Jabatan Penerangan Negeri Selangor turut menyaksikan upacara tersebut

Para tetamu menyaksikan persembahan pelajar En. Jamaluddin b. Kardi (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor Unit Teknik dan Vokasional) turut hadir Pelancaran Alumni SEMESCO oleh Saudara Mohd. Hafiz b. Hanif. Beliau tinggal di Serendah, kini bertugas sebagai pensyarah di UPSI (memakai baju Alumni)Yang Berhagia Datuk Poziah bt Abdul Rahman melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat sekolah

Persembahan tarian 1Malaysia

Menyaksikan pameran Pejabat Penerangan Malaysia

Pameran Syarikat CMCF mengenai Multimedia dan Komunikasi

CERAMAH GAGASAN 1MALAYSIA

En. Muhammad Rizal b. Redzuan, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Selangor menyampaikan ceramah GAGASAN 1MALAYSIA sebelum perasmian Program Sekolahku Sayang

Beliau menyentuh mengenai penerapan nilai murni untuk mencapai perpaduan iaitu saling hormat menghormati, berbudi bahasa, rendah hati dan kesederhanaan. Beliau juga menerangkan mengenai lapan budaya berprestasi tinggi iaitu budaya ketepatan, budaya ilmu, budaya integreti, budaya ketabahan, budaya kesetiaan pada negara, budaya kebijaksanaan dan budaya inovasi

Jumaat, Julai 29, 2011

JAMUAN POTLUCK MPPU

Guru-guru yang berkesempatan hadir pada majlis tersebut

Saudara Ishak Sairozi b Mahmud selaku Presiden MPPU menjamu selera di Majlis Jamuan Potluck MPPU yang diadakan di Bilik PPSMI

PEMASANGAN JALUR GEMILANG

Terima kasih kepada pelajar yang telah mencurahkan tenaga memasang Jalur Gemilang yang disumbangkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia

PERSEDIAAN BILIK JAMUAN

AJK Jamuan Program Ceramah Gagasan 1Malaysia membuat persiapan menghias Bilik Mesyuarat yang akan dijadikan tempat jamuan tetamu

SEMINAR DAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB EKONOMI ASAS 2011

Pada 28 Julai 2011 (Khamis), Bengkel Ekonomi Asas telah berlangsung di Makmal 2, SMK Sungai Choh yang disampaikan oleh Puan Sharifah binti Osman, penceramah daripada SMK Bukit Sentosa, Hulu Selangor.






Khamis, Julai 28, 2011

PESTA KONVOKESYEN UPSI



En. Mohd. Roseli, En. Kamarulzaman dan Pn. Halezza mengumpul serta memberi penerangan kepada pelajar yang akan bertolak ke Pesta Konvokesyen UPSI 2011. Dua pasukan akan mengambil bahagian dalam pertandingan Street socer.

PROGRAM NILAM

Pn. Azilah bt Jais berharap agar semua pelajar menghantar kad NILAM untuk dinilai mengenai apa yang telah mereka baca. Pembaca buku yang terbanyak akan diberi hadiah dan sijil untuk bulan Julai 2011

PROGRAM DUA MINIT UNIT BIMBINGAN

Aina bt Abd Sukor telah menerangkan mengenai beberapa kaedah mengelak dari terjebak penyalahgunaan dadah dalam program dua minit Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Rabu, Julai 27, 2011

PROGRAM PERINTIS PERNIAGAAN MUDA 2011

Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin telah merasmikan Program Perintis Perniagaan Muda 2011. Program bertujuan menggalakkan pelajar berniaga, bukan lagi bergantung harap kepada makan gaji.


Semasa berucap merasmikan program tersebut, beliau turut mengambil kesempatan mengingatkan guru dan pelajar bahawa secara sedar atau tidak, sekolah kita telah, sedang dan akan melaksanakan program "SEKOLAHKU SAYANG" sehingga 31/7/2011. Kemuncak program ini, pada 30/7/2011 (Sabtu) akan diadakan majlis perasmian program "SEKOLAHKU SAYANG" oleh Y.Bhg. Datuk Poziah Hj. Abdul Rahman (Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia), Majlis Pelancaran Alumni SEMSECO, dan Pelancaran Pengibaran Jalur Gemilang Peringkat Sekolah.





Beliau juga mengucapkan "Selamat Berpuasa" kepada guru dan pelajar Islam SEMESCO. Pn. Hjh. Nor'aini menerima cenderahati dari Pn. Sarina Shaari selepas merasmikan Pelancaran Program Perintis Perniagaan Muda 2011
Gambaran dan acara persembahan untuk mempromosikan barangan yang bakal dipasarkan oleh pelajar PPU-bB dan PPU-bC dipertontonkan selepas majlis perasmian oleh Pn. Hjh. Nor'aini

Isnin, Julai 25, 2011

TAKLIMAT KEPADA PELAJAR PROGRAM Pra-U

En. Abd. Shukor selaku Guru Kanan Tingkatan Enam mengingatkan Pelajar Program Pra-Universiti agar bersedia untuk pilihraya bagi memilih AJK Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti yang baru.Beliau juga menjelaskan bahawa Jabatan Pelajaran Selangor menganjurkan "Permataku Sayang" Negeri Selangor yang akan dijayakan oleh Pelajar Tingkatan Enam Negeri Selangor bagi mengumpul baju melayu (lelaki) dan baju kurung (perempuan) yang BARU (bukan terpakai) untuk disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Seluruh Malaysia yang akan dikenalpasti layak menerima bagi persediaan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sekolah yang berjaya memperolehi sumbangan yang terbanyak akan menerima Sijil Penghargaan beserta hadiah iringan yang lain. Sumbangan yang berjaya dikumpul hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Kempen Daerah Hulu Selangor (Tn. Hj. Rohaizad - SMK. KKB) sebelum atau pada 8 Ogos 2011

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Pasukan Pemeriksaan Kesihatan dari Hospital Kuala Kubu Bharu yang diketuai oleh Jururawat Kesihatan Sawiah bt Omar, telah membuat pemeriksaan kesihatan dan suntikan Tetanus Toxoid (Kancing Gigi) kepada pelajar tingaktan tiga.


Terima kasih kepada Kementeria Kesihatan Malaysia kerana telah memberi perkhidmatan tersebut di SMK. Sg. Choh

PERSEMBAHAN SEMPENA MINGGU ANTIDADAH

Antara program yang diadakan sempena perasmian Minggu Antidadah peringkat sekolah pada hari ini ialah persembahan koir, deklamasi sajak dan membaca ikrar antidadah




PERASMIAN MINGGU ANTIDADAH SMKSC

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein berucap merasmikan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah

Beliau turut memotong riben membuka poster "KAMI BENCI DADAH"


MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH


En. Mohd. Rosli b Dardan, berucap memberi penerangan mengenai Pelancaran Minggu Anti Dadah bermula 25/7 hingga 29/7/2011. Antara program yang akan dijalankan ialah:

1. Pameran dan ceramah (27/7/2011)

2. Pertandingan Poster

3. Kuiz Antidadah

Jumaat, Julai 22, 2011

TAKLIMAT SAPS ONLINE

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein (Pengetua) meminta kerjasama guru mata pelajaran, guru tingkatan agar memasukkan markah peperiksaan pertengahan tahun 2011 secara online mulai 22/7/2011 hingga 27/7/2011 sebagaimana yang telah diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga berharap agar capaian internet dibuka 24jam untuk kemudahan guru memasukkan markah secara online pada bila-bila masa

Taklimat seterusnya telah disampaikan oleh En. Mohd. Roseli b. Dardan dan Pn. Wan Supiah bt Yusof

BAIKPULIH BUMBUNG KANTIN

Kontraktor yang dilantik menjalankan kerja-kerja baikpulih bumbung kantin


Khamis, Julai 21, 2011

KURSUS MOTIVASI PEMIMPIN PELAJAR

Ketua Pengawas memberi penjelasan kepada pengawas yang akan mengikuti kursus kepimpinan di MSU

KEJOHANAN BOLA SEPAK OLIMPIK MUDA 2011

En. Bakhtiar mengedarkan borang kebenaran ibu bapa kepada pemain bola sepak yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Sepak Olimpik Muda yang akan diadakan di SMK Dato' Hj. Kamaruddin pada 25/7/2011

Selasa, Julai 19, 2011

YAYASAN TEACH FOR MALAYSIA

Kelihatan dari Kiri, En. Othman b. Mohd (Pensyarah Kanan IAB), Pn. Wan Zakiah (Pensyarah Kanan IAB). Pn. Mazlah bt Hussein (Pengetua) mengalu-alukan kedatangan mereka dan Petugas Yayasan Teach For Malaysia Dari kiri, Joanna Lim (Traning Director) dan Charu Agarwal (Traning Assosiate) - ke dua-dua mereka dari Yayasan Teach For Malaysia menerangkan prosedur pelaksanaan Program Kelas Intensif Bahasa Inggeris dan Matematik pada musim cuti sekolah penghujung tahun ini

Program Teach For Malaysia merupakan program yang berbentuk global, telah dilaksanakan di dua puluh buah negara di dunia. Dalam RMK ke 10, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha meningkatkan kualiti pendidikan dan guru di Malaysia. Justru itu, IAB terlibat memberi latihan kepada pemimpin sekolah serta menyediakan modul pengurusan yang melibatkan padagogi. SMK. Sg. Choh merupakan salah sebuah sekolah dari lima buah sekolah yang berhampiran IAB terpilih melaksanakan program ini.
Cadangan jadual pelaksanaan Kelas Intensif

KELAS INTENSIF

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein menerangkan mengenai Kelas Intensif Bahasa Inggeris dan Matematik untuk tingkatan 2Cekal, 2Dedikasi, 4C (Perdagangan) dan 4D (Seni) pada cuti hujung tahun ini selama 4minggu

Program yang akan dilaksanakan itu merupakan program bersama antara Yayasan Teach For Malaysia dan Institut Aminuddin Baki (IAB)