SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Oktober 31, 2008

BUKAN SEMUANYA CANTIK



Jeriji besi Blok F (Blok Tingkatan 6) tidak cantik dipandang mata. Ada sesiapa yang sudi membantu untuk membaikinya ? Sila hubungi Habshah.

KERJA-KERJA NAIKTARAF YANG HAMPIR SIAP



Kerja naiktaraf padang sekolah hampir siap hari ini 31 Oktober 2008.

JAMUAN HARI RAYA DAN DEEPAVALI TINGKATAN 3




Jamuan ini diadakan pada 31 Oktober 2008. Pelajar Tingkatan 3 telah dibenarkan memakai baju raya masing-masing.

BARAAN MERIAH


PERBINCANGAN SEBELUM LAWATAN



Pada hari Khamis 30 Okt 2008, pelajar Tingkatan 3 berbincang dengan Pn Hjh Rosnah Zali sebelum mengadakan lawatan pada minggu hadapan.

AKTIVITI SELEPAS PMR



Pelajar Tingkatan 3 bermain bola tampar sebagai satu aktiviti selepas PMR.

Rabu, Oktober 29, 2008

PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN SMK SUNGAI CHOH

Pada Hari Anugerah Kualiti Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor 2007 yang diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu pada 29 Oktober 2008, SMK Sungai Choh telah mendapat anugerah
1) Sijil Penghargaan Atas Peningkatan Prestasi Yang Cemerlang Dalam Peperiksaan SPM 2007
2) Sijil Penghargaan Atas Kejayaan Mengekalkan Kecemerlangan Dalam Peperiksaan STPM 2007
Kedua sijil penghargaan ini adalah Hadiah Khas dari Jabatan Pelajaran Selangor.

Empat sijil yang lain adalah
1) Anugerah Kualiti Sekolah Cemerlang STPM ditandatangani oleh Pengarah Pelajaran JPS
2) Anugerah Kualiti Sekolah Cemerlang STPM ditandatangani oleh PPD Hulu Selangor
3) Anugerah Kualiti Pengurusan Makmal ICT Cemerlang Kategori Sekolah Menengah ditandatangani oleh Pengarah Pelajaran JPS
4) Anugerah kualiti Pengurusan Makmal ICT Cemerlang Kategori Sekolah Menengah ditandatangani oleh PPD Hulu Selangor.

Semuga kejayaan ini dapat diperolehi lagi pada tahun hadapan. Maju SMK Sungai Choh. Tahniah kepada semua warga SMKSC.











IKRAM DAN KESELAMATAN SEKOLAH





Tiga orang pegawai dari IKRAM telah datang ke sekolah untuk memeriksa keadaan pendawaian elektrik, bekalan air dan paip serta lain-lain seperti keadaan alat pendingin hawa dan alat pemadam api.

NAIKTARAF PREMIS SEKOLAH





Kawasan sekolah masih dalam proses naiktaraf.

JAMUAN HARI RAYA TINGKATAN 5A





Pelajar Tingkatan 5A mengadakan jamuan Hari raya mereka.

Isnin, Oktober 27, 2008

NAIKTARAF





Beginilah keadaan sekolah selepas lebih dari seminggu dinaiktarafkan.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008


Pelajar-pelajar Tingkatan 4 sedang menghadapi peperiksaan Mathematics Paper 1 and Paper 2 pada 24 Oktober 2008, Jumaat lalu.

Khamis, Oktober 23, 2008

MENUKAR MOTHERBOARD

Encik Shawal b Alias dari Syarikat Getronics yang mewakili DELL telah menukar motherboard PC K15 - Setiausaha Peperiksaan di Bilik Data.

INSTALLATION OF KASPERSKY ANTIVIRUS



Laptops were installed with Kaspersky AntiVirus by GiTN staffs with the help of our ICT teacher En Musalli.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
















Pelajar-pelajar Tingkatan 4A dan 4B sedang menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun dalam mata pelajaran Additional Mathematics Kertas 1 dan Kertas 2 hari ini.

URUSAN PEMULANGAN JUBAH KONVO



















Jubah konvo dan mortarboard dikira untuk urusan pemulangan. Sebanyak 70 helai jubah dan 28 mortarboard telah disewa dari SM Sains Hulu Selangor. Jutaan terimakasih kepada semua warga Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor kerana sudi menyewakan jubah dan mortarboard beserta dengan lain-lain kelengkapan.

KERJA MENAIKTARAF BUMBUNG DAN CAT


Menukar bumbung Blok B

Menukar bumbung Blok A

Mengecat Blok B