SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, Jun 30, 2010

MEMBETULKAN LALUAN FIBER OPTIK

Beberapa orang pelajar telah diminta membantu membetulkan laluan fiber optik yang telah terkeluar dari soket yang telah rosak. Terima kasih kepada pelajar berkenaan

HARI JUALAN SEMPENA HARI KOPERASI SEKOLAH

Walaupun cuaca mendung dan hujan, aktiviti jualan tetap berjalan, bermula jam 2.30petang hingga 5.00petang. Gerai jualan makanan dan minuman serta gerai permainan, explore race telah merancakkan lagi sambutan Hari Koperasi Sekolah 2010


Gambar dan laporan seterusnya layarilah:
BLOG KOPERASI SMKSC BHD
BLOG AKTIVITI KOKURIKULUM SMKSC

Selasa, Jun 29, 2010

PELANCARAN HARI KOPERASI SEKOLAH KALI KE-3


Pelancaran Hari Koperasi SMKSC telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Pn. Alimah bt Abu Noh (GPK HEM) mewakili Pengetua.
Dua ekor burung turut dilepaskan sempena majlis pelancaran Hari Koperasi Sekolah

Siraman bunga sebagai tanda simbolik pelancaran Hari Koperasi Sekolah juga turut dilakukan oleh Pn. Alimah

Sijil Penghargaan dan Anugerah turut diberikan kepada 3orang ahli koperasi yang aktif

Layari BLOG KOPERASI SEMESCO SDN BHD

Isnin, Jun 28, 2010

PERKHEMAHAN KADET POLIS

10 orang pelajar tingkatan 2 (5lelaki, 5perempuan) menyertai Perkhemahan Peringkat Daerah Kadet Polis di Pusat Kokurikulum Daerah di Kuala Kubu Bharu. Mereka telah dihantar oleh En. Sabri dan En. Mohd. Ashraf dan diiringi oleh Pn. Robalkhis


PROGRAM HOMESTAY

Seramai 15orang Pelajar Kelas Rancangan Khas telah menyertai program tersebut di SM Sains Hulu Selangor

MAJLIS PELANCARAN MINGGU BAHASA INGGERIS


Semasa berucap, Pn. Hjh. Nor'aini (GPK Akademik) telah mengingatkan pelajar agar menguasai Bahasa Inggeris sama ada semasa berkomunikasi (percakapan) mahupun penulisan. Beliau berterima kasih kepada PIBG SMKSC kerana sudi membiayai program minggu Bahasa Inggeris ini sebanyak RM 390.00.
Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin, GPK Akademik sedang memalu gong sebagai tanda simbolik merasmikan Minggu Bahasa Inggeris SMKSC (gambar atas)

Pn. Raja Zanariah (Ketua Panitia B.Inggeris) dan Pn. Malliga (GKMP Bahasa) turut memberi ucapan dalam majlis pelancaran Minggu Bahasa Inggeris.


Selepas majlis pelancaran oleh GPK Akademik, pelajar telah dipertontonkan muzikal drama yang telah dipersembahkan oleh Pelajar PPU - 6B

Sabtu, Jun 26, 2010

PERKHEMAHAN KRK

Majlis dimulakan dengan bacaan doa


Pn. Che Zainun bt Embung, GPK Akademik SMK Bandar Tasik Puteri (gambar bawah) sedang mengaminkan doa sebelum beliau menyampaikan ceramah teknik berkesan menjawab Soalan Bahasa Melayu PMRProgram Perkhemahan KRK ini telah dirasmikan oleh Pn. Habshah bt Abdul Kudus (Pengetua SMKSC). Pn. Azura bt Janudin - SMK. Gedangsa menyampaikan ceramah ke dua - Teknik berkesan menjawab Soalan Bahasa Inggeris PMR.

En. Anuar b. Mahadi membentangkan teknik berkesan menjawab soalan Sains jam 5.00 - 6.00petang.

Layarilah BLOG KRK SEMESCO untuk mendapatkan laporan dan melihat gambar-gambar lain.

RETAK DAN PATAH TANGAN


Pn. Maizatulakmam kini berada di rumah No. 1 Jalan Komboja 4C/3, Bukit Sentosa 3 setelah pulang berubat cara tradisional di Kelantan. Tangan kiri beliau (berhampiran pergelangan tangan) telah patah (Radius) dan retak (Ulna) pada 15/5/2010 lalu dan cuti sakit selama 6minggu. Beliau belum rasa penuh yakin untuk memandu kerana beliau merasakan tangan tersebut belum begitu kuat untuk berbuat demikian. Perjumpaan susulan di Hospital Kuala Kubu Bharu pada 29/6/2010 (Selasa). Didoakan beliau sekelurga tabah dan cepat sembuh. "Berat mata kita memandang berat lagi bahu beliau memikulnya"

SENAMROBIK PELAJAR WANITA



Jumaat, Jun 25, 2010

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ DAN QIAMULLAIL

En. Mohd. Radi b. Razali selaku YDP PIBG telah merasmikan program ini. Beliau amat peka terhadap gejala sosial remaja kini, amat berharap program seumpama ini dapat menerapkan nilai Islam masuk ke jiwa remaja, menjaga solat, meningkatkan disiplin remaja dan mengurangkan pengaruh negatif di kalangan pelajar. Beliau mengucapkan Syabas dan tahniah terima kasih terutama kepada Pn. Nor'aini dan barisan guru-guru yang telah menjayakan program ini. Turut hadir di Majlis ini ialah En. Idrus B. Manan (TYDP) dan En. Nordin B. Abdul Rahman.
Pn. Hjh. Nor'aini selaku GPK Akademik yang mewakili Pengetua dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Komunikasi & Multimedia) kerana telah menaja program ini sebanyak RM 2,500.00. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada YDP PIBG kerana telah sudi mendapatkan penajaan tersebut. Baki perbelanjaan program ini akan digunakan untuk kegunaan Panitia Pendidikan Islam. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru Pendidikan Islam dan guru-guru lain yang telah berjaya menganjurkan program ini.
Poster Majlis tersebut

Peserta Mendaftar
Solat Asar
Layari BLOG PANITIA PENDIDIKAN ISLAM untuk laporan seterusnya

PULANG KE RUMAH


1. Uztaz Mohd. Zabidi telah pulang ke rumah setelah menjalani pembedahan mata di Hospital Selayang.
2. Pn. Barathei telah menjalani pembedahan gigi dan ditempatkan di wad 9B katil nombor 27.
Kini, beliau telah pulang ke rumah No. 13 Jalan Anggerik 3D/5, Bukit Sentosa 2 - pada petang Jumaat (25/6/2010). Beliau diberi cuti sakit sehingga 2/7/2010.
Seluruh warga SEMESCO mendoakan semoga ke dua-dua orang guru yang kita sayangi ini cepat sembuh

Khamis, Jun 24, 2010

TAKLIMAT GPK AKADEMIK


Perkara-perkara yang telah dijelaskan oleh Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin ialah:
1. Hasil pencerapan akan meletakkan guru ke dalam tujuh kategori. Dua kategori yang telah dijelaskan ialah:
1.1. Kategori 1 - guru berprestasi tinggi dalam pengetahuan dan berada dalam tahap baik dan perlu dipertingkatkan (mendapat 150markah)
1.2. Kategori 2 - mendapat 150 - 240markah.
Kebanyakan guru di SMKSC mendapat dan berada dalam ruanglingkup ke dua-dua kategori di atas. Beliau berharap guru-guru dapat meningkatkan lagi pencapaian mereka.

2. Penilaian guru juga adalah melalui pengemaskinian blog masing-masing.

3. Majlis Sambutan Isra' Mikraj dan Qiamullail ditaja oleh JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Komunikasi & Multimedia). Program akan bermula pada 25/6/2010 - 26/6/2010. Majlis perasmian akan berlangsung petang Jumaat (25/6) jam 6.00ptg. AJK Pelaksana dan guru yang berkelapangan dijemput hadir.

TAKLIMAT PENGETUA

Taklimat dan maklumat yang disampaikan ialah:
1. Guru diminta memberi persetujuan pendapat mengenai penukaran tender kantin.
2. Cenderahati persaraan Tn. Hj. Suhaimi (PPD HS) dari guru - Kelab Guru uruskan manakala Pn. Azizah bersama Pelajar PPU menguruskan cenderahati berbentuk kad mewakili pelajar SMKSC.
3. Beliau mengingatkan agar guru dan kakitangan tidak meminda tarikh atau menggunakan sijil sakit paslu.
4. Perisytiharan harta hendaklah dilakukan 5 tahun sekali, jika ada sebarang pembelian barang di bawah RM10,000 hendaklah memohon peristiharaan harta yang baru.
5. Syarikat ALIS TRADE merupakan syarikat swasta baru yang diberi tender baru mulai Jun 2010 dengan 7orang pekerja dan 4orang jaga (siang dan malam).
3. Guru-guru yang belum menghantar borang maklumat NKRA sila berbuat demikian secepat mungkin.
4. Beliau berharap guru datang menepati masa dan cuba elakkan daripada duduk semasa mengajar.

MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KE-3

Dapatan maklumat dari mesyuarat tersebut ialah:
1. Kemudahan Pusat KOKO Daerah boleh digunakan - hubungi En. Daud atau Pn. Yusma di PPD Hulu Selangor.
2. Sebarang aktiviti yang melibatkan pelajar, keselamatan mereka mesti diutamakan.
3. Aktiviti KOKO dijalankan sepanjang tahun.

Semester 1 - Menjurus kepada Sukan dan Permainan.
Semester 2 - Aktiviti perkhemahan, aktiviti bersama Agensi Kerajaan dan NGO, Kempen Bulan Kemerdekaan, Hari Kecemerlangan.
4. Data kokurikulum - pelajar baru perlu didaftarkan.
5. Penilaian kokurikulum - ada sedikit penambahbaikan - rujuk Pn. Robalkhis
6. Fail persatuan, kelab dan permainan perlu dikemaskinikan dan diletakkan di Bilik GPK KOKO.
7. Perkhemahan Puteri Islam - 25/6/10 - 26/6/10.
8. Perkhemahan KRK - 26/6/2010 - 27/6/2010.
9. Homestay di SM Sain untuk pelajar KRK pada 28/6/10 - 2/7/10.

MESYUARAT AJK PELAKSANA PERKHEMAHAN KEDET POLIS

Mesyuarat telah membincangkan mengenai Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Daerah yang akan diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah berhampiran SMK. Ampang Pecah. Peserta perkhemahan terdiri dari 5orang pelajar lelaki dan 5orang pelajar perempuan tingkatan 2

MESYUARAT AJK PELAKSANA PERKHEMAHAN PERDANA 2010

Mesyuarat AJK Pelaksana Perkhemahan Perdana telah dipengerusikan oleh Pn. Norlia bt Abu Bakar (GPK KOKO) di bilik mesyuarat. Persiapan makanan, minum, kehadiran peserta dan keselamatan pelajar adalah antara perkara yang telah dibincangkan.

Lokasi Perkhemahan: Taman Negara Resort, Kuala Tahan.

Rabu, Jun 23, 2010

PEMBEDAHAN MATA

Ustaz Mohd. Zabidi menjalani pembedahan mata sebelah kanan di Hospital Selayang pada Isnin malam Selasa yang lalu. Pada pagi 23/6/2010 (Rabu), beliau menjalani pembedahan mata untuk kali ke-2 pada jam 7.15pagi. Gambar dibawah dirakam pada jam 7.00pagi sewaktu beliau sedang sarapan pagi sebelum dihantar ke bilik pembedahan. Beliau ditempatkan di wad 9B katil nombor 6. Jika lambat menerima pembedahan dan rawatan, mata sebelah kanan beliau boleh hilang penglihatan. Seluruh warga SEMESCO mendoakan agar beliau cepat sembuh.

Selasa, Jun 22, 2010

MESYUARAT AJK PELAKSANA KARNIVAL JUALAN HARI KOPERASI

Mesyuarat AJK Pelaksana Karnival Jualan Sempena Perayaan Hari Koperasi Sekolah telah dipengerusikan oleh GPK Kokurikulum, Pn. Norlia bt Abu Bakar di Bilik Mesyuarat. Karnival tersebut akan diadakan pada 30/6/2010 (Rabu) mulai jam 1.10ptg - 5.00petang bertempat di garaj kereta dan tapak perhimpunan.

Antara acara yang akan berlangsung pada hari tersebut ialah:
1. Jualan makanan.
2. Jualan Minuman.
3. Aktiviti permainan.
4. Kerja Amal.
5. Kuiz pengguna.
6. Perlawanan Catur Bestari.


Setiap penyertaan akan dikenakan yuran pendaftaran RM 0.50 seorang.Hadiah dan sijil akan diberi kepada perserta kuiz dan catur bestari yang mendapat 3 tempat terbaik. Koperasi SEMESCO akan meminjamkan modal sebanyak RM70 kepada setiap kelab yang memerlukan. Keuntungan akan dimasukkan ke dalam tabung kelab masing-masing.

TAKLIMAT GPK KOKURIKULUM

Pn. Norlia bt Abu Bakar, GPK Kokurikulum menjelaskan bahawa perjumpaan Unit Beruniform pada 23/6/2010 berjalan seperti biasa, manakala aktiviti Kelab dan Persatuan pada 30/6/2010 akan diadakan Karnival Jualan Sempena Perayaan Hari Koperasi Sekolah. Karnival tersebut akan dijalankan bertempat di garaj kereta dan tapak perhimpunan.

TAKLIMAT GPK PETANG

Puan Asmah bt Kassim, selaku GPK Petang telah memberi penjelasan berikut:
1. Mengucapkan terima kasih kepada guru sesi petang yang telah menyempurnakan tugas sebelum, semasa dan selepas peperiksaan pertengahan tahun dengan baik dan sempurna
2. Markah mata pelajaran mengikut tingkatan, boleh dimasukkan ke dalam SAP oleh guru yang mengajar mata pelajaran tersebut mulai 23/6/2010 di bilik guru.

TAKLIMAT GPK AKADEMIK

Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin selaku GPK Akademik menyatakan bahawa pencerapan perlu menggunakan borang elemen 9. Setakat ini semua guru telah dicerap. Jika ada guru yang masih belum dicerap, sila hubungi GKMP masing-masing.

MESYUARAT HEM KALI KE-2

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Alimah bt Abu Noh selaku GPK HEM SMKSC.
Antara perkara yang disentuh ialah:
1. Tiga JK baru diwujudkan iaitu JK PPDa, JK. Jadual Kedatangan, JK. Sistem Penalti.
2. Aktiviti dan Program Unit HEM - sila rujuk lampiran yang diedarkan semasa mesyuarat.
3. Beliau meminta kerjasama guru tingkatan agar melengkapkan jadual kedatangan.
4. Program Sistem Penalti - slip salahlaku ada diletakkan di Kantin, Bilik Guru dan Pejabat.
5. Pn. Zuhaida merupakan S/U JK HEM yang baru.
6. Gunakan kad keluar kelas yang telah diedarkan kepada guru sebagai kebenaran semasa pelajar keluar kelas
7. Latihan kebakaran akan diadakan pada bulan Julai 2010
8. Beliau sangat berharap agar guru bertugas kena proaktif pada minggu mereka bertugas - hubungi ibu bapa / penjaga pelajar jika mereka sakit di sekolah.
9. Kebersihan dan keceriaan bilik khas perlu diberi perhatian agar kelihatan ceria, menarik dan bersih.

TAKLIMAT PENGETUA

Beberapa perkara telah disentuh dan dijelaskan oleh Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus. Antaranya ialah:
1. Tn. Hj. Suhaimi (Pegawai PPDHS) akan bersara pada 6 Julai 2010.
2. Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional - Dandanan Rambut akan ditawarkan kepada SMKSC.
3. Semua guru dan kakitangan diminta mengisi borang Prestasi dan Penilaian Guru Tahun 2009 secepat mungkin.
4. Ustaz Mohd. Zabidi telah menjalani pembedahan mata di Hospital Selayang, beliau kini berada di wad 9B katil nombor 6. Didoakan semoga beliau cepat sembuh.
5. Beliau mengucapkan tahniah kepada 6 orang kakitangan dan guru yang telah menerima Anugerah Cemerlang 2009. Mereka ialah Pn. Lee Yue Yin (guru - telah bersara), Pn. Laila (Kerani - telah bertukar), Pn. Jamilah (Pembantu Am - telah bertukar), Pn. Normawati (Guru - sesi pagi), Pn. Eda Edna (Guru - sesi petang) dan Pn. Siti Shanaz (guru - sesi pagi)

TAKLIMAT PEPERIKSAAN

Pn. Sarina memberitahu kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang terlibat dengan kerja kursus hendaklah menyiapkan kerja kursus selewat-lewatnya pada 30/6/2010. Markah akan di"keyin" secara online pada Ogos.

TUKAR TANGKI BARU

Kontraktor yang dilantik telah menggantikan tangki air di Bilik Masakan dengan yang baru

Jumaat, Jun 18, 2010

SAMBUNGAN FIBER OPTIK

En. Mohd. Sukri b. Mohd. Said, subcon Syarikat Bayutronik Sdn. Bhd. sedang membuat penyambungan fiber optik ke pejabat dan Makmal Sains