Majlis berlangsung di Makmal Komputer. Sebelum menerima tablet masing-masing, taklimat diberikan berkaitan penggunaan tablet dan sim kad yang dibekalkan.Tablet ini adalah merupakan hadiah dari Kerajaan Persekutuan khas untuk guru-guru. Antara aplikasi yang sedia ada ialah e-Tutor dan e-Utusan.
Pada 3 April telah diadakan satu majlis penyerahan cermin mata kepada 29 orang pelajar yang layak. Terima kasih diucapkan kepada Encik K. Kunasegaran atas kesudian menyumbang cermin mata kepada pelajar SMK Sungai Choh. Sebelumnya, pelajar-pelajar ini telah melakukan sesi pemeriksaan mata di Bilik Mesyuarat. Yang Dipertua PIBG telah berbesar hati untuk menyempurnakan majlis kali ini diringi oleh Encik K. Kunasegaran.
ACARA PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL KO KURIKULUM DI LAKUKAN OLEH EN BAKHTIAR BIN MOKHTAR SELAKU GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN ADALAH DECO MASAKAN, PENYEDIAAN SALAD, PERTANDINGAN ECO FASHIONISTA, GUBAHAN TUALA DAN KAIN SERTA KAD UCAPAN