SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Oktober 21, 2011

MESYUARAT MAKAN MALAM AMAL

Mesyuarat AJK Pelaksana Majlis Makan Malam Amal telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada jam 3.00petang hingga 6.00petang. Mesyuarat telah membincang mengenai pelaksanaan Majlis Makan Amal yang akan diadakan di Institiut Kraftangan Negara Cawangan Selangor di Templer Park pada 29.10.2011 (Sabtu malam Ahad)

SAMBUTAN DEEPAVALI DAN SUMBANGAN IKHLAS

Majlis Sumbangan Ikhlas sempena Sambutan Deepavali telah disampaikan oleh Tuan P. Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor. Seramai 40orang pelajar India yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan telah ditaja oleh PIBG (20orang), sementara yang lain (20orang) telah menerima sumbangan tajaan dari Ahli Parlimen tersebut.



Pn. Hjh. Mazlah sedang berucap sebelum majlis penyampaian sumbangan Tuan P.Kamalanathan sedang menyampaikan ucapan Salah seorang pelajar yang menerima sumbanganBersalaman setelah majlis penyampaian sumbangan tamat
Bergambar kenangan selepas majlis penyampaian sumbangan Majlis jamuan

PROGRAM PERSEDIAAN PADANG

Tarikh: 20/10/2011 (Khamis)

Tempat: Padang Beberapa orang pelajar tingkatan 3 membantu En. Sabri membuat garisan untuk Bola Baling

KHIDMAT MASYARAKAT

Tarikh: 20/11/2011 (Khamis)
Tempat: Antara Blok B dan Blok C

Pelajar tingkatan 3 mencurahkan tenaga melalui Program Khidmat Masyarakat yang merupakan salah satu program yang disusun selepas Peperiksaan Menengah Rendah

TAKLIMAT KEMASUKAN KE ALIRAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Tarikh: 19/10/2011,
Tempat: Bilik Mesyuarat
Sasaran: Pelajar tingkatan 3


Pn. Norsham bt Mohammed, Kaunselor SM. Vokasional Sg. Buloh menyampaikan taklimat mengenai kemasukan ke Aliran Teknik, Vokasional dan Sijil Kemahiran Malaysia serta Kolej Vokasional. Ini merupakan salah satu pengisian Program Selepas PMR 2011

Khamis, Oktober 13, 2011

PEMANTAUAN SPSK

Dua orang pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor telah datang untuk membuat pemantauan mengenai Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti. Mereka ialah En. Isa b. Jali dan Tn. Hj. Ruslan b. Che Mee.

Rabu, Oktober 12, 2011

TAKLIMAT GURU

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein menjelaskan mengenai prosedur kenaikan pangkat kepada guru. Tarikh tutup permohonan untuk diajukan ke JPNSDE ialah pada 24.10.2011. Guru yang berkelayakan diminta menghantar permohonan pada 12.10.2011

TAKLIMAT TINGKATAN 3

Pelajar tingkatan 3 akan memulangkan buku teks pada hari ini

Selasa, Oktober 11, 2011

MESYUARAT PIBG KALI KE-3

Tarikh: 10.10.11 (Isnin)
Tempat: Bilik Mesyuarat SMK. Sg. Choh
Antara agenda yang dibincangkan termasuklah Majlis Makan Malam Amal
Pengerusi Mesyuarat: En. Mohd. Radi B. Razali (YDP PIBG)
Turut Hadir: Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein (Pengetua SMK. Sg. Choh)

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Tarikh: 8.10.11 (Sabtu)
Tempat: Bilik Mesyuarat
Slot 1: Akauntabiliti dan Isu Dalam Pengurusan Kewangan Sekolah
Penceramah: En. Abas b. Mat Rasad (IAB)
Kehadiran; 47/68


Slot 2: Pn. Maznah bt Bachok
Tajuk: Kajian Tindakan
Kehadiran: 34/68

Khamis, Oktober 06, 2011

PERINGATAN SEBELUM MEMASUKI DEWAN

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein mengingatkan semua calon PMR seboleh-bolehnya tidak pulang ke rumah sewaktu tengahari kerana kini musim hujan, keselesaan mereka akan terganggu jika pakaian sekolah mereka basah

En. Anuar dan Pn. Nor Jihan memberi beberapa garis panduan menjawab soalan Sains PMR


En. A. Rahim b. Mohd. Shariff turut memberi panduan kepada Calon PMR yang menduduki kertas Sejarah pada petang ini

Rabu, Oktober 05, 2011

PERINGATAN

Pn. Jaharah bt Abdul Kader mengingatkan pelajar tingkatan 3 mengenai beberapa garis panduan menjawab soalan Geografi pada jam 2.00petang

Selasa, Oktober 04, 2011

PERINGATAN SEBELUM MEMASUKI DEWAN

Pn. Norlia bt Abu Bakar memperingatkan pelajar mengenai garis panduan menjawab Bahasa Melayu yang akan bermula pada pagi ini.