SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, Oktober 30, 2013

KARNIVAL SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEMESCO 2013

Pada 30 Oktober 2013 telah berlangsung Karnival Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah. Ia telah dirasmikan oleh YB Matnadzari. Banyak acara menarik berlangsung antaranya pelbagai pertandingan permainan tradisi, pertunjukan adat-adat perkahwinan kaum Melayu, Cina dan India dan lain-lain.
















Selasa, Oktober 29, 2013

EKSPEDISI PENGAKAP NEGERI SELANGOR 2013












Seramai 4 orang ahli pengakap Remaja sekolah telah menyertai Ekspedisi Pengakap Negeri Selangor yang bermula dari SMK Meru, Klang dan berakhir di Pantai Remis. Ekspedisi ini dijalankan bagi melayakkan peserta memperoleh Lencana Ekspedisi.

Ahad, Oktober 27, 2013

PERKHEMAHAN LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP MUDA DAERAH HULU SELANGOR 2013








Pada 25-27 Oktober 2013 telah berlangsung Perkhemahan Lencana Kemajuan Pengakap Muda Daerah Hulu Selangor di Kem Rimba Templer, Rawang. Seramai 5 orang ahli pengakap Muda Tingkatan 1 telah menyertai perkhemahan tersebut dan melayakkan mereka memperoleh lencana Usaha. Perkhemahan tersebut telah disertai seramai 132 orang ahli pengakap Muda seluruh Hulu Selangor.

Khamis, Oktober 17, 2013

PROGRAM SULAMAN KASIH

Program ini adalah anjuran bersama PIBG dan unit Kurikulum SMK Sungai Choh. Ia bertujuan memberi semangat dan motivasi serta harapan daripada pihak pentadbir dan PIBG terhadap pencapaian pelajar dalam SPM nanti.






CERAMAH HIV DAN AIDS

Pelajar tingkatan 3 sedang mendengar ceramah kesihatan mengenai HIV dan Aids daripada Doktor Fadilah dan En Ruzaini daripada PROSTAR.







Rabu, Oktober 16, 2013

PROGRAM SELEPAS PMR

Pelajar-pelajar tingkatan 3 bergotong-royong membersihkan dan mengecat taman di hadapan kiosk usahawan . Ini adalah sebahagian aktiviti program selepas PMR.