SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Julai 31, 2009

KEMPEN BULAN KECERDASAN

Sempena Kempen Bulan Kecerdasan, pertandingan Bola Baling LB15 dan Pertandingan Akhir Sepak Takraw LB15 telah dijalankan pada jam 7.40pagi - 10.30pagi.


PROGRAM BULANAN PENDIDIKAN MORAL


En. Revi Chander sedang mengendalikan sesi "Sign Language"
untuk Program Pendidikan Moral pelajar sesi pagi

Giliran Pn. Ng Yoke Cheng mengendalikan sesi Jati Diri bersama pelajar Cina sesi pagi Program Maju diri pelajar Pendidikan Moral sesi petangPn. Soh sedang memasang radio kaset untuk menyanyikan lagu patriotik


PROGRAM BULANAN BACAAN YASIN

Pn. Hjh. Habshah bersama guru dan pelajar sesi pagi
sedang membaca Surah Yasin

En. Mohd. Roseli b. Dardan sedang mengendalikan Program Bacaan Yasin bersama guru dan pelajar sesi petang

RAPTAI MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Pn. Halezza sedang memastikan raptai Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sesi Pagi mengikut seperti apa yang dirancangkan

Khamis, Julai 30, 2009

MESYUARAT GURU KALI KE-2

Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat SEMESCO

Di antara perkara yang telah disentuh oleh Puan Pengetua ialah:
1. Membaca minit mesyuarat Guru Kali Pertama
2. Perjumpaan Warga Pendidik di Pusat Konvension Putra Jaya telah mengumumkan bahawa PPSMI akan tamat pada akhir tahun 2011
3. Buku rekod mengajar hendaklah diisi dan dihantar
4. Kerjasama guru-guru diharapkan agar dapat menyiapkan semua fail-fail untuk pemantauan pihak berwajib

Rabu, Julai 29, 2009

MEMASANG JALUR GEMILANG

Pelajar sedang memasang Jalur Gemilang sempena Sambutan
Bulan Kemerdekaan Kali Ke-52
Terima kasih atas kerjasama mereka

PERTANDINGAN KAIN RENTANG

Pn. Rosnah bt Noh bersama pelajar sedang menyiapkan kain rentang Sempena Pertandingan Sepanduk Bulan Kemerdekaan. Kesemua tujuh pasukan unit beruniform mengambil bahagian

Gambar berikutnya sila klik di sini

KEMPEN BULAN KECERDASAN

Perlawanan akhir Sepak takraw sempena Kempen tersebut

Pertandingan Bola Tampar Perempuan bawah 18tahun

Pertandingan Bola Tampar lelaki bawah 18tahun



Selasa, Julai 28, 2009

PENULARAN VIRUS H1N1

Seluruh warga SK. Serendah telah diberi cuti selama seminggu mulai petang 28/7/09 (Selasa) kerana pelajar sekolah berkenaan telah disahkan menerima penularan Virus H1N1 oleh pihak yang berwajib. Diharap sekolah kita terhindar dari penularan virus selsema babi atau influenza A tersebut.

Isnin, Julai 27, 2009

MEJA DAN BANGKU KANTIN BARU




Sekolah telah menerima tiga buah meja dan enam buah bangku kantin yang baru dari PPD.

Sabtu, Julai 25, 2009

FOLIO SEJARAH

Pelajar yang tiada kemudahan komputer di rumah, datang ke Makmal Komputer 2 untuk menyiapkan tugasan Folio Sejarah mereka.

Gambar lain, klik di sini

KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 3

Matematik - Cik Orathai
Bahasa Inggeris - En. A.Rahim
Sejarah - Pn. Jaharah

KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 5

Bahasa Melayu - En. Kamarulzaman

Matematik - Pn. Wan Supiah Bahasa Inggeris - Pn. Malliga

Jumaat, Julai 24, 2009

KEMPEN BULAN KECERDASAN

Unit Sukan dan PJPK menganjurkan Perlawanan Bola Baling, Bola Tampar dan Sepak Takraw antara rumah sukan sempena Kempen Bulan Kecerdasan.

Kelihatan pelajar sesi petang sedang menjayakan kempen tersebut

Khamis, Julai 23, 2009

MEMOHON MATRIKULASI SECARA ONLINE

Dua orang pelajar ini sedang melengkapkan borang permohonan secara online untuk memasuki Program Matrikulasi

Rabu, Julai 22, 2009

MESYUARAT KOKO KALI KE-3

Pn. Alimah bt Abu Noh sedang mempengerusikan mesyuarat Kokurikulum kali ke-3

Hal-hal yang disentuh:
1. Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-52
2. Bahan-bahan kokurilulum hendaklah dihantar mengikut jadual penghantaran yang telah ditetapkan.
3. Peralatan Kokurikulum yang telah digunakan harap dipulangkan semula.
4. Pelajar tidak boleh mengambil kad kokurikulum.

KEMPEN BULAN KECERDASAN


Sempena Kempen Bulan Kecerdasan beberapa program telah dirancang oleh
Unit Sukan dan PJPK iaitu Ceramah, Pameran, Permainan dan Senamrobik.

En. Sabri sedang menyaksikan perlawanan Bola Tampar antara Rumah sukan
Perlawanan Sepak Takraw

Selasa, Julai 21, 2009

MAJLIS PERHIMPUNAN WARGA PENDIDIK KPM





Pada 21 Julai 2009 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya telah berlangsung Majlis Perhimpunan Warga Pendidik Kementerian Pelajaran Malaysia. Tetamu Kehormat ialah YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan beliau telah memberikan ucapan selama hampir sejam. Diikuti dengan taklimat dan dialog oleh Y Bhg Tan Sri Alimuddin Bin Mohd Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Dalam taklimat ini, YAB Tan Sri Muhyiddin telah menggariskan

1) Penetapan 10 matapelajaran sahaja dalam SPM bermula dari tahun 2010 kecuali sekolah agama - 11 matapelajaran

2) Syarat wajib lulus Matapelajaran Bahasa Inggeris dalam SPM (yang belum ditetapkan bila)

3) Pemansuhan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik iaitu PPSMI bermula dari tahun 2012 - Iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris - MBMMBI

SMKSC telah diwakili oleh Pengetua dan Guru Kanan Sains dan Matematik - Pn Wan Supiah.

KEMPEN BULAN KECERDASAN

En. Sabri b. Ahmad, mengetuai barisan pemandu senamrobik sempena Kempen Bulan Kecerdasan Sesi Petang

Terima kasih atas kerjasama pelajar dalam menjayakan kempen ini. Gambar-gambar selainnya sila klik di sini.

CERAMAH KESIHATAN GIGI

Cik Nurul Aninaa dan Cik Nur Elami dari Wrigley's Extra
sedang memberi ceramah mengenai Kesihatan Gigi

PEMULANGAN LENOVO R61

En. Norhizam Ramli dan En. Walid Safuan Juruteknik KUB Sdn. Bhd. datang memulangkan Latop Lenovo yang telah dibaikpulih.

SELAMAT BERTUGAS

Seluruh warga SEMESCO mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan selamat bertugas kepada Pn. Janiah bt Mohd. Shah. Beliau merupakan Ketua Pembantu Tadbir N22 yang berasal dari Kg. Sg. Choh Stesen. Beliau mula bertugas pada 20/7/09 (Isnin)

Isnin, Julai 20, 2009

SIJIL LENCANA USAHA

Seramai 21orang pelajar sesi petang telah berjaya mendapat Sijil Lencana Usaha semasa Perkhemahan Pengakap Muda pada 18/7 - 19/7/09. Tahniah kepada mereka.

UPDATE KASPERSKY ANTIVIRUS

En. Suherman b Husni Juruteknik GiTN Sdn. Bhd telah datang ke Makmal Komputer SMKSC untuk melakukan instalasi Kaspersky Anti-Virus. Terima kasih kepada GiTN Sdn Bhd kerana telah bertindak segera setelah aduan dibuat oleh Penyelaras Makmal pada 17/7/09 (Jumaat) mengenai masalah teknikal "update" antivirus terus ke schoolnet.

Ahad, Julai 19, 2009

PERKHEMAHAN PENGAKAP MUDA



Pengakap Kelana sedang memberi taklimat


Che Zainuddin b. Che Mohd. Noor selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah, diiringi oleh Pn. Halezza dan Pn. Siti Shanaz menyempurnakan majlis penutup
Gambar kenangan setelah tamat perkhemahan Syabas dan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Pengakap Kelana dan juga guru yang terlibat dalam menjayakan Perkhemahan ini. Jasa anda amat dihargai dan disanjung tinggi.

KHIDMAD MASYARAKAT PELAJAR PENDIDIKAN MORAL SMKSC

Satu Festival agama telah diadakan di Taman Bukit Teratai, pada 18/07/09. Pelajar Pendidikan Moral SMK SG CHOH telah memberi sumbangan tenaga mereka semasa aktiviti menghidang makanan kepada para hadirin di festival tersebut. Petugas diberi T-Shirt Warna kuning, makan dan minum oleh pihak Kuil Maha Mariamman Taman Bukit Teratai. Mereka mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pelajar yang terlibat. Guru Pembimbing En.Revi chander a/l Subramaniam (KP Moral) dan En. Arunasalam a/l Krishna Padayatchi Guru Penasihat Persatuan Bahasa Tamil.
Laporan dikirim oleh En. Revi Chander melalui e-mail.
Syabas atas khidmat mereka terhadap masyarakat setempat.